Saturday, October 31, 2009

House Inspection

Hai, dah banyak hari tak update blog..bz manjang..sebenarnya sejak beberapa hari lepas saya memang agak bz sikit coz menunggu seorang tamu yang membuatkan jantung kami anak beranak berdag dig dug. Dia ni memang tamu tak diundang tapi 2,3 bulan sekali mesti nak menziarahi kami.. ..sapa?Dia la agen yang menjaga rumah yang disewa kat sini..



wah bz nampak..


Kat sini kebanyakan rumah sewa diserahkan kepada Real Estate of Western Australia (reiwa) untuk diuruskan. Iaitu satu badan yang menguruskan semua perkara berkaitan hartanah..so kalo nak beli rumah ke, nak jual ke, nak sewa ke bole dirujuk kepadanya. Badan ini pula melantik agen2 mereka sendiri untuk menguruskannya..

Macam kami, memang tak kenal sapa tuan rumah..kerana sejak apply rumah, kami hanya berurusan dengan agen. Proses mencari rumah pun agak rumit kat sini.!st kena buka web reiwa,pilih mana rumah yang berkenan dan berpadanan dengan budget kuarga. Sewa kat sini memang antara yang termahal di dunia. Rumah kami ni $325 p.w bermakna kami perlu membelanjakan lebih kurang $1300-1600 (RM3900-4200) setiap bulan untuk sewa rumah sahaja. Lumayankan..habislah separuh elaun KPT..Semua rumah kat sini adalah banglo dan apartment sahaja..so memang tak ada pilihan..kalo kat Malaysia boleh juga pilih rumah flat ke setinggan ke..heheh

Kalo berkenan dgn rumah dipilih, tak semestinya kita dapat. Sebaliknya kena isi borang dulu..ramai pemohon kena fight lebih sikit. Agen yang akan menentukan siapa yang layak..memang agak susah untuk mendapatkan rumah.. Bila dah menduduki rumah, segala problem kena refer kepada agen.

Setiap dua atau tiga bulan si dia ni akan membuat kunjungan..sejak tinggal kat sini lebih kurang 10 bulan dah dua kali dia datang..itu yang kami kalut sikit dua tiga hari ni..nasib kami bergantung kepadanya..kalo tak puas hati dgn keadaan rumah, kena halau lah kami. Tapi Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan..So pengunjung2 setia terutamanya Fara yang x sabar2 tnggu entry terbaru blog ni jangan marah sebab byk hari tak update..nanti kena jual.




Tuesday, October 27, 2009

Tv oh tv

Bila melihatkan anak2 gemar sangat tengok tv saya teringat nostalgia saya n tv..Kehidupan saya sekeluarga dulu nak dikatakan susah tidaklah sangat. Arwah ayah saya bekerja sendiri tapi masih mampu memberi kami adik beradik segala benda yang kami hendak KECUALI tv..

Bagi ayah, tv adalah penghalang besar anak-anak2 daripada berjaya dan punca maksiat. Minta la apa sahaja daripadanya, Insya Allah dia akan tunaikan..tp kalo minta belikan tv memang ayah melenting. So rumah kami memang tiada tv.

Walau bagaimana pun kami dibenarkan menumpang rumah jiran untuk menonton tv sekali saja seminggu iaitu pada hari Jumaat kerana malamnya ada drama Melayu. Saya dan adik beradik tertunggu-tunggu hari jumaat, itu pun dengan syarat tak boleh buat kecoh kat rumah orang dan kakak sulung atau kedua mesti ikut serta..Kalau diorang tak nak join, adik2 tak merasa la tengok tv. Begitulah tegasnya ayah..

Kadang-kadang kakak saya panjang akal juga supaya adik2 tak menyusahkan mereka sepanjang di rumah jiran, macam-macam helah dibuat agar kami tidak mengikuti mereka..yang sering jadi mangsa saya dan adik lelaki la..yang paling biasa, bila saya bersiap-siap sama utk ikut mereka, disuruhnya saya menemani adik lelaki tido. Tau2 saja la bila dok kat katil saya pun tertidur sekali. Jaga je dari tidur mesti saya mengamuk kerana frust tak dapat tengok tv..hahaha..Nakal sungguh kakak2 saya..

Bila diceritakan semula kini ,kami mesti tergelak besar..indahnya kenangan. Ayah pun dah meninggal 13 tahun lalu..al-Fatihah..sebelum ayah meninggal, kakak saya yang ketiga belikan kami sebuah tv 16” dengan biasiswanya, ayah cuba menghalang, tapi ibu berkeras juga kerana tidak tahan bila adik bungsu saya hampir sepanjang hari berada kat rumah jiran utk tengok tv.. Ketika itu saya sendiri akan menghadapi SPM..sebab tu la agaknya sampai sekarang saya kurang gemar menonton tv atau movie. Saya jarang sempat menghabiskan tontonan sesebuah movie atau drama..

Alhamdulillah kesemua 9 beradik berjaya. Hasil didikan mak dan ayah tercinta..


Friday, October 23, 2009

Gigi bertukar jadi duit?


Tengok gigi baru Danish..


Balik je dari sekolah semalam,belum sempat saya membuka pintu, Danish dengan bangganya memberitahu gigi susunya dah tanggal..sebenarnya ni dah dua batang giginya tanggal..sejak dari umur 5tahun tahun lagi dia dah ada gigi kekal. Mujur la dia nak gosok gigi, kalau tak susah nak menjaganya kan..Dia ni memang fobia dengan darah so agak susah juga la nak mencabutnya..

Saya bertanya dia "buang kat mana gigi tu?",dia pun seluk poket seluarnya "ni, Umi"..bertuah punya anak..ingatkan dia dah buang gigi tu.."Dah, buang kat tong sampah gigi tu", kata saya. Balasnya "Tak nak. Ayden, kawan Danish cakap kalau letak di bawah bantal, nanti di bertukar menjadi duit"..saya terangkan kepadanya "Itukan gigi buruk, mana boleh jadi duit"..dia tetap enggan membuangnya. Pujuk punya pujuk dia pun buang juga dalam tong sampah gigi tu..

Tak sangka ye anak mat saleh pun ada kepercayaan karut marut sebegini..teringat zaman kanak-kanak dulu bila gigi tanggal mak suruh saya menanam di bahagian dapur supaya bila dah dewasa pandai masak..macam2.. sekali fikir, kita ni banyak sangat amal perkara bidaah dan khurafat dalam hidup ye..

Thursday, October 22, 2009

Danish ke sekolah



Saya cuba utk uppdate blog ni hari-hari kalau boleh tp nampaknya kering idea juga ye..heheh.tp saya cuba juga..

Sejak-sejak merantau kat sini, banyak juga perkara yang sangat menyenangkan hati saya.Contohnya makanan anak kat sekolah.sekolah dia ni kecik je.bdk2 xramai. xsampai 200 orang pun..so ada disediakan kantin untuk pelajar-pelajar.tp kebanyakan ibubapa membekalkan anak2 makanan..kantin pun cam hidup segan mati x mahu la..




ni la bekal Danish

Untuk Danish setiap hari saya akan bekalkan roti yang disapu jem..bukan uminya malas tau tp ni la favourite food anak saya.rutinnya 3keping untuk dibawa ke sekolah.bila balik dari sekolah dia masih mampu menghabiskan sekurang-kurang lima keping roti lagi sehari..tak makan nasi pun tak pe..di samping tu anak2 diwajibkan bawa buah ke sekolah.apa buah sebijik sehari.



makan sama2 buah..

Diorang ni akan break dua kali sehari..1st pukul 10 pagi untuk makan buah..so buah yang dibawa tadi akan dipotong oleh cikgu-cikgu atau kadang-kadang volounteer drp kalangan ibu bapa..mereka akan makan beramai-ramai..2nd kul 12 tghari untuk lunch pula. ada juga yang membeli kat kantin. tapi untuk membeli di kantin mereka perlu menempah makanan sehari sebelumnya lagi.

 Leceh kan jadi ramai pelajar yang memakan bekal dari rumah..so senangla nak control makanan dia dan Danish sejak-sejak dok sini memang tau nak membeli sendiri  ..kalau kat Malaysia dulu walaupun di jamu kat Tadika, dia tetap nak bawa duit ke sekolah coz ada orang jual macam2 kat luar pagar sekolah..bagus juga jimat duit abah..

Sunday, October 18, 2009

Ronda-ronda di Perth Zoo





posing di atas kanggaroo..


kat sini ada monkey2



jambatan gantung pun ada..





naik replika gajah tp xnampak badan la plak




auuummm..


sukanya dapat tgk orang utan..


cak.. dia bersembunyi kat cni..


naik kura2 tiruan


ni baru ori..


lukisan aborigin..


tiga mak dara..


kita makan dulu..

Habis separuh hari meronda kt Perth Zoo...dah lama janji dengan anak2 tp ni baru berkesempatan..sukanya budak2 dapat tengok haiwan2..mak bapak budak pun apa kurangnya..tambahan lagi cuaca pun pun  tak panas sgt hari ni. cuma 27 darjah celcius.best la.. bertambah best lagi coz zoo kat sini cantik landskapnya.ada taman2.so sambil jalan2 tengok haiwan sempat lagi manjamu selera..

pegi ke sana bersama Syikin n family juga Ina n Family. 3 family semuanya..Ina ni baru je pulang dari bercuti2 kat Malaysia..tp minggu dpn dah nak balik coz hubby dia dah tamat belajar..tak tau la bila lagi boleh jumpa Ina bila dia dah balik Malaysia kan..

hampir lima jam juga kami berada di sana, dari pukul 8 hingga pukul 1tgh.penat giler.nak tercabut kaki rasanya berjalan2 sekitar zoo..

Saturday, October 17, 2009

Abah beli nyawa

Sebelum baca entry ni saya nak minta maaf sekiranya mengundang ketidakselesaan pembaca..

Ceritanya begini suatu pagi ketika anak saya yang kecil mengorek-ngorek hidungnya, saya tegur dia "kenapa korek2 hidung?". Dia jawab "sebab ..... banyak.Kenapa ye umi?". Saya pun tercari-cari la jawapan utk diberikan anak yg umur tiga tahun ni..

"Oo ni sebab kita bernyawa jadi banyak la habuk2 dan debu2 masuk ke hidung". jawab saya. dia tanya saya lagi "Umi, abah ke beli nyawa ni?". hahaha nak tergelak pun ada..susahnya nk beri penerangan kepada budak yg masih pendek akal ni ye.."Tak, Allah berikan nyawa ni free je tak payah bayar apa2 percuma saja, faham?". Dia  jawab "ye".saya pun tertanya - tanya juga betul faham ke budak ni..

Apepun harapan umi baby akan dipermudahkan Allah untuk faham bila besar nanti..amiiiinn



Summer datang lagi



Alahai panasnya hari ni..ikutkan hati nak bermalas-malas kat rumah je..tp camna pun rutin hari sabtu mesti berjalan seperti biasa. Pukul 6 pagi kuar dari rumah utk mengedar katalog..tapi cuacanya Masya Allah cam kul 9 pagi dah..

Rasanya last week sejuk masih terasa dgn suhu 16-19darjah celcius hari dah meningkat ke 35 darjah celcius..huh panasnya..ape pun syukur la masih diberikan peluang hidup di atas muka bumi Allah..



katalog yang masih 'mentah' lagi

sedia utk diagih-agihkan


susun camni ye..
Bbalik dari menghantar katalog pegi beli barang dapur kt nguyen n phat supermarket Asia kt sini segala benda boleh beli asalkan sanggup kuarkan ongkosnya..heheh.nama supermarket ni mengingatkan saya tentang sorang kawan di SMK Saujana tempat saya mengajar sebelum datang ke sini..Mek Kephat juga dipanggil Phat..

Friday, October 16, 2009

Gumbiranyer hari ni..



Hai gumbiranyer hati hari ni..mesti ramai tertanya-tanya nape ye saya gembira sgt hr ni?jeng..jeng..jeng..abang dah book tiket utk blk Msia bln Mac thn depan..Insya Allah akan berada di Msia tiga bulan..

Setakat berada di cni nilah tiket Air Asia paling murah sempat kami survey..$52 dari Perth n $68 dari Kuala Lumpur..total lbh kurang $1100 (RM3300) utk kami empat beranak..boleh tahan juga..jenguk2 jg web MAS, takjub dengan harga tiketnya yg mencecah $3000 (RM9000).So sapa2 yg nak melancong ke sini boleh  la book Air Asia awal2..






ni family mentua saya



ni mak tercinta (panggil we)

Ya Allah mmg xboleh nk gambarkan perasaanku ni..kalo blh nl terloncat2, menari-nari..huh apepun Alhamdulillah,mudah-mudahan Allah masih panjangkan nyawaku utk bertemu org2 yg ku rindu...we, adik beradik,ma abah, ipar duai dan kwn2 semua..lamanya tak bersua muka..plan asal bln ni nk blk tp sbb2 yg tak dapat dielakkan. Kena tangguh..

Kalo nak kira ni blk nanti masa yg paling sesuwei coz adikku pompuan saya akan melangsungkan perkahwinan..dgn sapa?Saya pun xkenal sapa bakal suaminya..tp dia dh pernah ke rumah kami kat kampung semasa aku kt cni..

Tuesday, October 13, 2009

Sekolah Bermula dan Kawan dari Msia

Hari Danish mula bersekolah stlh dua minggu bercuti..rutin harian seperti biasa semula.pagi2 masak sarapan, kena lebih skit krn menyambut kwn yg pulang beraya ke Msia.Hari ni kak Sya sampai..dia ni org Perak suami org Trg.

Org1st sampai lepas beraya..so saya mskkan nasi minyak,lauk kurma n acar timun..di samping tu saya jemput juga Syikin n Iza sekeluarga memeriahkan suasana..mmm best juga berkumpul begini setelah lama xjumpa.bila la nk jumpa lg.masing2bz dgn study..xsempat nk snap gambar..


 Utk Danish saya sediakan roti, buah n air kosong dibekalkan kt sekolah.nanti entry akan dtg saya akan ceritakan pasal sekolah Danish.hari ni dah xlarat..penat giler dah ni..

Monday, October 12, 2009

Imbauan Syawal





Memandangkan Syawal masih berbaki lagi,saya nk imbau sambutan raya baru2 ni. raya kali ni adalah raya yg paling tak best dalam diari hidup saya.dah la jauh kawan2 semua blk coz cni ada Air Asia..tinggal la dua family.sambutan raya mmg xterasa. Last day posa br bli bj anak2.xberebut,xpayah nk queue pjg2.xbest pula bila xberebut2 ye.bkn apa mmg tak rasa langsung kemeriahan..nk wat kuih ry lagi la tak smgt.tp buat jg 2jenis almond london n tart nenas, my favourite.huhu..yang paling saya miss ketupat daun palas..sebelum, ni la kuih raya yang wajib saya buat.tak pe la nanti akanku balas dendam..heheh

1st day raya pg2 lg abang psg takbir raya. Masa tu saya tgh bz kat dapur. Buat kuah lontong utk dibawa ke rmh Syikin.sebak,tp masih boleh bertahan.abang pegi masjid Hepburn utk solat sunat Aidilfitri.xjauh lbh krg 15minit je dr cni.saya xikut coz susah nk control si baby so solat kt rmh je..sambil2tu layan perasaan.kul10.30 pg br la abang blk.pastu kitorg beraya ke rmh Syikin.dlm keta abang psg lagu raya la plak sambil nyanyi2..hah part ni mmg dah xtahan.berjurai-jurai air mata.habis make up.sib baik blh control..

Sampai rmh Syikin je posing2 jap, then mkn.saya mmg dah dah pakat dgn Syikin, dia buat nasi himpit kuah kacang n saya buat kuah lontong.tu la juadah pagi raya kami.dah kenyang beraya di rmh kak Pah, org Melaka yg dah menetap di cni puluh2 tahun dah.Anak2 pun dah besar.adik dia, tuan rmh Syikin.lepak2 kt rmh dia sampai ke ptg.sambil2 tu layan rtm1.rmhnya ada satelit jd dpt la siaran rtm.tgk org Msia beraya..mlm br berpeluang skype dgn family kt Pulai Chondong.xpuas hati sgt coz kakak2 dh blk ke rmh mentua msg2.mlm esok sype lagi.

2nd day raya wat open house utk tiga family je.family saya, family Syikin n family abg Zainol Mc wilson.penah dgr nama tu?dia la x-celebrity tv3 kalau korg igt dia penah baca berita.dia dah menetap kat cni.dlm proses dptkan PR.hari tu aku msk mee kari.itu je la menu open house.kalu ramai2best gak nk masak..huhuhu sedih xleh nk gambarkan perasaan.kalo kt kg semua adik beradik n saudara ada..pepun layan gambar je la ye..

Silap ropanya..

Hari ni pagi2 lg dah bersiap-siap utk Danish mulakan persekolahan.dah hbs cuti la konon..dia pun dah siap sarapan terus mandi, pakai uniform tunggu si abah bersiap plak..sekali bila check jadual sekolah, 'school development day'.la belum sekolah lg rupanya..esok br mula.Danish pun apa lagi suka sgt xpyh pegi sekolah. lama sgt cuti dia pun dah liat..baby pun turut gembira abelong ada lg utk bermain dengannya..sambung tgk cd la apalagi..



Sunday, October 11, 2009

Kita dan alam

Oleh AMIN AHMAD
Dipetik drp mStar Online

DARI semasa ke semasa, saya sering mendengar pandangan orang ramai bahawa cuaca semakin panas di Malaysia. Tetapi, saya jarang mendengar orang membincangkan isu alam sekitar secara serius.

Pada awal Ramadan ini, saya sempat mengikuti Simposium Kepimpinan Pemapanan Alam Sekitar yang dianjurkan oleh rakan-rakan di Malaysian Youth Climate Justice Network (mycjn.org).

Program ini disertai kira-kira 30 anak muda pelbagai bangsa yang bertujuan memberi kesedaran dan kepimpinan untuk menjadi katalis kepada perjuangan membela alam sekitar di Malaysia.
dalam Simposium ini, kami dimaklumkan berkenaan Agenda Copenhagen-15 di mana para pejuang alam sekitar akan melobi perwakilan di Bangsa Bersatu berkaitan isu Perubahan Iklim.
Pejuang alam sekitar ini telah memulakan kempen 350 ppm (350.org) di mana angka kempen ini merujuk kepada pendapat saintis bahawa 350 ppm adalah kadar selamat jumlah karbon dioksida di atmosfera.
Perwakilan Bangsa-bangsa Bersatu akan bersidang di Denmark berkaitan perjanjian pengeluaran tebangan di mana perjanjian selama ini telah melangkau paras 350 ppm.

Mengambil kira pandangan ramai bahawa cuaca semakin panas, saya berpendapat ia penting untuk media memainkan peranan memberi kesedaran kepada orang-ramai tentang peranan yang mereka boleh mainkan.
Kata orang tua-tua “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”. Jika kita bersama-sama mengusahakan penambahbaikan kepada usaha menangani masalah perubahan iklim ini, ia berpeluang menjadi lebih baik. Jika kita bersama-sama mengambil sikap tidak kisah, lama kelamaan ia akan memberi kesan kepada kita sendiri.

Apa itu masalah perubahan iklim?
Perubahan iklim berlaku apabila gas rumah hijau dilepaskan ke atmosfera dan gas utama yang dilepaskan ialah karbon dioksida, metana dan nitrogen oksida.
Gas-gas ini berfungsi menyerap radiasi solar dan menyebabkan bumi kian panas.

Aktiviti melepaskan gas-gas ini ke udara ini berlakun di sekeliling kita apabila kita membuka lampu, memasak, menggunakan pemanas dan pendingin hawa.
Apabila kegiatan ini meningkat keterlaluan, ia boleh mengancam manusia itu sendiri tanpa mengira siapa.
Sebab itu rungutan cuaca semakin panas ini kian kedengaran.

Manusia tidak akan bermasalah secara mengejut apabila suhu di atmosfera meningkat melebihi 350 ppm.

Tetapi, ia boleh mengancam manusia pada jangka masa yang panjang. Mengikut unjuran, cuaca dunia meningkat 0.7 darjah celcius sejak abad ke-19 di mana pada tahun 2100, peningkatan boleh menjangkau sebanyak tambahan 1.8 darjah celcius kepada 4 darjah celcius sekiranya tidak ada tindakan-tindakan penting diambil.

Perubahan iklim yang melampau lambat laun mengancam manusia kerana akses kepada makanan, air dan tanah akan menjadi terhad.

Negara-negara yang bergantung tinggi kepada sektor pertanian lebih terancam kerana perubahan cuaca, hujan dan banjir. Kualiti air dan makanan juga akan berbeza.

Dari 1970-an sehingga tahun 2005, data di UNICEF menunjukkan peningkatan sebanyak 70% dan 1998 direkodkan sebagai tahun paling panas di dunia sejak ia mula direkodkan pada 1850.

Ironinya, kesedaran global terhadap perjuangan membela alam sekitar telah bermula secara besar-besaran selepas Sidang Bangsa Bersatu di Stockholm pada tahun 1972, 10 tahun selepas Rachael Carson menulis Silent Spring, buku yang menginspirasikan pergerakan alam sekitar.

Sejarah perjuangan alam sekitar walau bagaimanapun telah bermula lebih awal dan antara yang dapat dikesan ialah pembukaan Taman Negara Hot Springs di Amerika Syarikat pada 1832 dengan tokoh-tokoh penting yang memainkan peranan ialah Henry David Thoreau, John Muir dan George Perkins Marsh.

Saya memuji kesedaran ramai anak muda yang hadir dalam Simposium tersebut. Kebanyakan mereka masih belasan tahun dan awal 20-an.

Mendengarkan nyanyian lagu-lagu bertemakan alam sekitar oleh saudara Jes Ibrahim, ia membuatkan saya gembira kerana anak muda Malaysia belum gersang idealism dan kaedah perjuangan mereka.

Jes, anak muda yang pernah mewakili Malaysia dalam TUNZA 2007 telah menerbitkan EP-nya dan lagu-lagunya cukup menghiburkan sambil memuatkan mesej pembelaan terhadap alam sekitar.

Thoreau juga menggunakan medium seni dalam mengungkap kesedaran ramai terhadap isu alam sekitar.

Tulisannya, Walden; or, Life in The Woods mengkisahkan perihal haiwan liar.

John Muir menubuhkan Kelab Sierra, salah satu organisasi terbesar di Amerika yang memperjuangkan konservarsi. Rachael Carson pula menulis Silent Spring secara saintifik untuk menunjukkan kesan bahan kimia kepada alam sekitar.

Selepas Carson, puluhan lagi dapatan saintifik mula dibuat berhubung dengan situasi alam sekitar.

Kesan daripada usaha-usaha pejuang alam sekitar ini, selain daripada Sidang Bangsa Bersatu di Stockholm pada 1972, juga menyebabkan Club of Rome yang menghimpunkan para saintis dan pemimpin politik menerbitkan The Limits of Growth pada tahun yang sama.

Namun, ada sesuatu yang cuba saya bawakan semasa berbual dengan para peserta Simposium berkenaan pada masa lapang.

Ia berkaitan unjuran minyak yang diramal habis pada 1980-an tetapi masih kekal hingga ke hari ini.

Juga berkaitan dimensi ekonomi yang sering diabaikan malah dipersalahkan oleh pejuang alam sekitar sedangkan hakikat bagi mereka yang miskin tidak mampu membeli produk mesra alam.

Hakikatnya, jika diberi 10 keutamaan kepada masyarakat, mereka akan mengundi keutamaan ekonomi melebihi keutamaan alam sekitar.

Saya tidak memaksudkan kita mesti memilih salah satu, tetapi kita mesti mendatangkan alternatif yang lebih baik untuk menangangi pelbagai persoalan dunia yang datang hampir serentak kini.

Saya fikir, dengan kerajaan mewujudkan agenda Teknologi Hijau, kita boleh mengusahakan sesuatu yang lebih baik untuk masa depan bumi dan kita!

Kadangkala sayu memikirkan persoalan alam sekitar kita saat tuntutan hidup terlalu banyak. Namun, saya yakin tiap dari kita boleh memulakan sesuatu – sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit!

AMIN AHMAD ialah mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Perhutanan (Permai Hutan) dan beliau pernah mengetuai jurulatih bagi Kem Alam Sekitar Kebangsaan 2007 serta alumni Outward Bound School (OBS) yang mengajak manusia belajar memperbaiki diri melalui interaksinya dengan alam.

Tahniah UM! Kini dalam ranking 200 terbaik dunia

Oleh KAREN CHAPMAN
dipetik drp mStar Online

PETALING JAYA: Universiti Malaya (UM) meletakkan Malaysia semula dalam senarai 200 universiti terbaik oleh Times Higher Education (THE)-QS World University Rankings 2009 selepas melonjak sebanyak 50 tangga tahun lalu ke tangga 180 tahun ini.


Pengarah Urusan QS, Nunzio Quacquarelli berkata, ranking itu bukan sahaja mengenalpastikan ranking tertinggi universiti di dunia, bahkan universiti yang cemerlang dalam subjek-subjek utama tertentu, menjadi sasaran para majikan, menghasilkan penyelidikan terbaik, melabur dalam pengajaran serta mempunyai profil antarabangsa.

Universiti tempatan lain yang turut meningkat rankingnya ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), menduduki tangga 320 berbanding 356 tahun lalu.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) jatuh antara satu hingga 41 tangga kepada kedudukan ke-291, 314 dan 345 masing-masing.

Ketua QS Quacquarelli Symonds Ltd Intelligence Unit Ben Sowter berkata, kebangkitan semula UM dalam ranking 200 terbaik dunia adalah amat mengagumkan.

"Usaha kolektif universiti untuk menarik sejumlah besar para pelajar antarabangsa menunjukkan satu harapan yang progresif," katanya dalam satu temuramah emel.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberitahu The Star bahawa kementerian menyedari universiti-universiti tersebut lemah dalam citation per faculty dan peer review.

Universiti Harvard sekali lagi mengungguli ranking THE-QS diikuti Cambridge, Yale, University College London, Imperial College, Universiti Oxford, Universiti Chicago, Universiti Princeton, Massachusetts Institute of Technology dan California Institute of Technology.

Institusi pengajian tinggi Asia yang mempunyai ranking tertinggi dalam senarai THE-QS adalah Universiti Tokyo (22), Universiti Hong Kong (24), Universiti Kyoto (25) dan National University of Singapore (30).

Naib Canselor UM Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon berkata kejayaan tersebut meningkatkan semangat dan motivasi semua staf dan pelajar agar lebih berusaha mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

"Pendefinisian semula Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk para akademik, inisiatif-inisiatif baru dilaksanakan dalam rangkaian antarabangsa, pengambilan staf dan para pelajar telah menghasilkan impak yang cepat dan positif," katanya.

Naib Canselor UTM Prof Datuk Dr Zaini Ujang berkata peningkatan dalam ranking universiti adalah ekoran strategi dalam perangkaian, kualiti, penyelidikan strategik, sinergi dan budaya organisasi.

Mengenai kejatuhan ranking UKM dari tangga 250 ke 291, Timbalan Canselor (Akademik dan Hal Ehwal Antarabangsa) Prof Dr Hassan Basri berkata pihak universiti tidak terkejut dengan penurunan ranking itu.

Ini kerana katanya, THE-QS telah menunjukkan bahawa penyelarasan secara metodologi dan tinjauan dinamik akan mengurangkan markah secara signifikan untuk academic peer review and kriteria tinjauan majikan untuk tempoh tiga tahun bermula tahun 2008.

Naib Canselor UPM Prof Datuk Dr Nik Mustapha R. Abdullah berkata dia hairan mengenai penurunan ranking universiti walaupun pencapaian universiti tahun lalu adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Saturday, October 10, 2009

Satu hari yang sgt bz

Hari ni hari yg sgt bz saya n family kerana setiap hari sabtu kami akan mengedar katalog supermarket2 n kedai2 ke kawasan kami iaitu heathridge.ni kiranya kerja part time saya n abang ttp memandangka tiada sesiapa yg dpt menjaga anak2, terpaksa la bw sekali. hari jumaat lagi kerja kami bermula apabila katalog2dihantar kami akan susun dl mengikut rumah2 yg kami edarkan.lebih krg sejam br siap.huh boleh tahan jg la rasa tegang segala urat saraf..

pg sabtu lps subuh je lbh krg kul enam kerja mengedar la plak.berjalan lbh krg 1jam dr rmh ke rmh..kematu kaki rasanya..upahnya ciput je min $22 seminggu (keja sekali seminggu je) tp enjoy jg sbb blh excercise..sambil2 tu blh juga jamu mata dgn pemandangan indah di kawasan ni yg penuh dgn bunga2 sempena spring ni..lg pun kat cni buat kerja penat xberpeluh..ttp fresh walapun penat..

Balik dari edar katalog aku bergegas ke dapur, masak kek gula hangus utk jamuan hari raya n deepavali anjuran MyPSA n Konsulat Msia di Kardinya, lbh krg 30min perjalanan dr rmh. lega sampai2 je majlis belum mula.boleh tahan jg ramai jemputan semua bangsa ada melayu, cina, india n mat saleh pun ada. mknan disediakan mmg xbanyak so digalakkan pot luck. xsangka pula kaum len bw mknan jg..nasib baik kami sampai awal dpt la mknan yg disediakan yg lewat...geli tekak saya melihat mereka mkn..
blk dr sana lepak2 kt rmh syikin..


bersama family Syikin..




bergilir-gilir amik gambar

menu utama



antara yang hadir




Friday, October 9, 2009

Cuti sekolah



danish baca buku bersama abah



mengaji Quran pulak


skrg ni ming kedua cuti sekolah bg Danish so umi pun boleh la lepak2 skit kalo x pagi2 mesti bz nk sediakan breakfast n bekal dia ke sekolah..bdk2 pg pg dah ngadap tv layan madagascar 2.xhabis2 repeat cd2 lama.umi biarkan dl diorg layan dl.nanti kalo dah siap kerja rmh br umi kerahkan Danish bc buku.biasanya dia senang je nak disuruh membaca tp mesti ikut syaratnya bc 2 pages je.xpe la kan asal bc..nanti ptg 2 pages lg.

Malam kena paksa bc Quran.yg ni mmg dia liat..tp dlm terpaksa pun dia dah mampu baca dgn baik.Kdg2 tu umi mmg xpayah betulkan bacaannya.just dengar..Alhamdulillah.



Cartoons Myspace Comments

MyNiceSpace.com

Halalkah makanan anak2 ku?

sketsa satu
semalam kawan saya ada memberikan anak saya, abelong n baby ice cream yg dibelinya daripada supermarket berdekatan..katanya dia dh pasti kandungannya halal.

sebaik kawan tersebut pulang (dia dtg sekejap sahaja),anak2saya minta utk makan ice cream tu, saya buka kotaknya. entah la camna terdetik di hati saya nk bc dl ingrediant, rupa2nya ada emulsifier (471).kandungannya syubhah la krn ia mungkin berasaskan binatang or tumbuhan.apasal kwn saya xteliti ye masa membelinya?saya berbelah bahagi utk berikan kpd anak2.

saya call suami yg berada di ofis, jwpannya xpayah beri nanti dia akan belikan yg len.saya terfikir camna saya nk terangkan kpd baby, yg berumur 3tahun yg ice cream xboleh makan..saya katakan kpdnya ice cream tu ada babi jd kita xboleh mkn.dia pun nangis sekuat hati.frust xdpt mkn ice cream.saya pujuk nanti abah bli yg lain..dia jwb "bie nk makan yg ada babi". nk tergelak pun ada geram pun ada.setelah dipujuk2 dia boleh terima kenyataan..
dia tunggu abah blk dr ofis..kesian pula saya melihatnya
hari ni kwn saya dtg lg ke rmh.saya akan bincang dengannya..

sketsa dua
semasa mendaftarkan Danish di primary school, guru kelasnya, Mr. Beyne bertanya tentang makanan yg tdk boleh di makan oleh anak saya.kami terangkan padanya semua mknan yg berasaskan binatang..so kalau ada apa2 jamuan, dia akan melarang Danish drp memakan mkanan tersebut..ataupun kalau ada kelas memasak dia akan menyediakan bahan2 yg tdk mengandungi bahan2 tersebut.memang dia sporting..saya sendiri pun sentiasa berpesan kepada Danish spy makan buah2an saja bila berada di sekolah..

lebih kurang tiga minggu lepas kelasnya mengadakan jamuan sebelum cuti sekolah.kebetulannya Mrs Beyne bercuti..so menggantikannya Mrs Hughes, saya dah katakan pada suami supaya menerangkan kepada ttg makanan halal krn dia yg menghantar Danish ke sekolah setiap hari..tp dia terlupa..bila blk dr sekolah Danish bercerita betapa sedapnya sosej yg dimakannya di sekolah. Ya Allah...apa yg telah dimakan anakku?..
inilah antara cabaran berada di rantau org..

Alhamdulillah

Berjaya juga merasmikan  blog saya yg kedua.blog ni berkisar tentang liku2 kehidupan saya n family yg terdiri drp saya atau umi, nazli -abah, danish-abelong n danial-baby di rantau org.saya tau bukan senang nk manage dua blog sekaligus..tp saya cuba utk menghidupkan kedua2 nya selagi termampu.Insya Allah..blog ini saya bina khas utk semua tatapan org yg MERINDUI diri ini.terutamanya family tercinta dan kawan yg berada di tanah air.Miss u all semua.Kepada pengunjung blog ini yg cuba kenal saya di alam maya ini, salam perkenalan.semoga terjalin silaturrahim antara kita.saya sgt2 mengharapkan komen yg membina drp anda semua.