Check out hotel pukul 10pagi, kami ke The Fudge Factory. Belum puas hati sebab tak dapat beli kat The Margaret River Chocolate Co.Kami cuma beli sekeping nougat~sedap rasanya.Saya tak pernah jumpa semasa kat Malaysia.Kesemua ramuannya tidak boleh dipertikaikan halalnya.Untuk anak-anak belikan gula-gula panjang berwarna-warni.Ikutkan hati semua coklat nak diborong.Mana boleh tahan melihat coklat yang menggoda rasa.Saya cuba control diri, kot diabetes naik lagi.Hehehe..
|
Tengoklah semua budak2 terpegun dengan gula-gula yang colourful tu.. |
|
Nougat |
Dari Margaret River kami ke Busselton, menghala balik ke rumah kami kat Heathridge.Singgah di Busselton Jetty.Jeti yang panjang dan cantik tapi sayang dalam pembaikpulihan.Disember baru siap.Singgah sekadar untuk bergambar dan membeli sourvenir semata-mata.
|
di Kedai sourvenir |
|
Busselton Jetty |
Kemudian singgah makan di taman yang berhampiran.perjalanan diteruskan sehingga berhenti semula di Masjid Rockingham.Alhamdulillah sampai ke rumah lebih kurang enam petang..Huh penatnya..
6 comments:
penat tapi hepi kan.
salam hamizah..berjalan..memang penat..tapi puas hati kan..
mizah..sedapnya nougat..memang kegemaran akak..sedap..tapi..mahal betul kat sini ..
sedapnya..nak sikit!
salam Mizah
bila bermusafir
melihat keindahan alam
kita pasti rasa tenang kan.
meski letih.
meriahnye.... sayo x beso lg melancong berjemaah
kak sedap nougat tu kak.. kat shopping mall kat kota kinabalu ada jual.. harganya rm4.++, suka sgt sbb rich of multi peanuts.. hihi
Post a Comment