Tuesday, November 30, 2010

Cita-cita yang Tak Tercapai

Anak-anak saya Danish dan Danial walaupun baru berumur 7 dan 4 tahun, masing-masing dah ada cita-cita sendiri.Si abang nak sangat menjadi askar manakala si adik mengidamkan polis sebagai kerjaya.Biasalah budak-budak lelaki, kan.Minat dengan senjata.Saya sendiri sebenarnya tak menggalakkan mereka bercita-cita sedemikian.Lagipun pasti cita-cita mereka akan berubah mengikut umur.Apa pun sentiasa berdoa mereka akan berjaya hidup di dunia dan akhirat..



Teringat ketika kecil-kecil dulu pun saya ada pelbagai cita-cita kejap nak jadi cikgu, kejap doktor, kejap akauntan..Yang paling suka, nak jadi penyanyi!Rasa nak tergelak pula bila kenang kembali.Saya memang suka melaram, jadi bila tengok penyanyi yang sentiasa bergaya, itulah idola saya. Tak sedar diri suara bagaikan katak di musim hujan..Hehehe..Saya sendiri tidak menyangka akan menjadi ustazah.Bezanya bagai langit dengan bumi antara ustazah dan penyanyi.Itulah kita perancang, Allah penentunya.Syukur sangat tak jadi penyanyi.Namun begitu saya sangat berharap untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya suatu hari nanti.Saya rasa inilah cita-cita saya sebenar.


24 comments:

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

hehe..budak2 dulu mmg byk cita2. kejap nak jadi tu, kejap nak jadi ni. tgk2 tak kena langsung dgn cita2 tu semua. sipi pun takde..hihi..

cheqna said... [Reply to comment]

salam kak
cheqna plak nak jadi cikgu
isi bidang ni pun kat UPSI
tapi tak de rezeki...
jadilah seperti sekarang
pegawai psikologi
walau kadang2 cheqna psikologila
huhuhuhuhu

kakcik said... [Reply to comment]

Salam Mizah...

Budak2 akan bercita2 mengikut apa yang mereka nampak dan suka. Ada juga yang ikut saja apa kata ibubapa.. tapi, bila dah dewasa - ikut kecenderungan yang sebenar. Apa2pun, biarlah cita2 itu menjuruskan kepada yang baik2. Tahniah Mizah keran menjadi seorang ustazah yang boleh membimbing anak2 ke jalan yang diredho Illahi. :)

LiNda said... [Reply to comment]

Setuju dgn kakcik ..

Dulu saya belikan anak saya mainan lori yang besar . Pastu dia kata nak jadi driver lori .. ekekeke

a.z.r.i.n.a.03.07 said... [Reply to comment]

Along kononnya nak jadi angkasawan pastu bila tengok citer rocketman di tv terus tukar sebab dia takut tangki kehabisan oksigen ..


saya dulu nak jd art& designer konon...tapi sekurang2nya sekarang tahulah jugak menjahit hanya tak mendesign aje.. hehe

Lynn Nasir said... [Reply to comment]

adik-beradik suami (suami included) saya semua mencapai apa yg dicita2kan masa kecik. pelik bin ajaib..

Zaitun said... [Reply to comment]

Masa kecik2 kak Zai pun punya macam2 cita2 tapi bila dah dewasa lain jadinya,dan sekarang jadi surirumah sepenuh masa hehehe....

DrSinga said... [Reply to comment]

saya dulu.. nak jadik lecturer
'lecturer' adalah satu perkataan yang glamer taim tu..
hapah tak tau apakebendanya 'lecturer' itu..

Ummu Ammar said... [Reply to comment]

Mizah...saya yakin awk akan jd bussineswoman yg berjaya sbb awk mmg ada bakat & keinginan...hehehe..ayat2 dr yg pernah mnjd pelangganmu dulu..hehehe

Yunus Badawi said... [Reply to comment]

Salam Mizah.

Murni cita awak nak jadi peniaga tu. 9/10 pintu rezeki adalah dalam perniagaan. Mula kumpulkan pengetahuan dalam bidang tersebut sebelum terjun melakukannya kerana cabarannya sangat hebat.

Saya bercakap dari pengalaman saya yg ada sikit2 ni sejak buat bisnes sendiri ni.

Affieza said... [Reply to comment]

Semoga berjaya jd peniaga kelak...

Hamizah said... [Reply to comment]

Nadiah,
zmn bdk2, zmn berangan..sbb tu byk yg dicita2kan..

Hamizah said... [Reply to comment]

cheqna,
rezeki Allah dah ttpkan..jgn la jd psycologila kesian clien plak..hehehe

Hamizah said... [Reply to comment]

kakcik,
tq atas doa tu..Insya Allah akan jd ibu yg baik..

Hamizah said... [Reply to comment]

LiNda,
driver lori tu byk duitnya..hehehe

Hamizah said... [Reply to comment]

reen,
bagus juga tu..
saya sampai skrg xminat nak menjahit apa2 pon..

Hamizah said... [Reply to comment]

reen,
bagus juga tu..
saya sampai skrg xminat nak menjahit apa2 pon..

Hamizah said... [Reply to comment]

Lynn,
ada jugak ye..baguslah..

Hamizah said... [Reply to comment]

kak zai,
saya suka jd suri rumah..
xpayah pening2 kepala nak pk problem kat tempat keja..
boleh jaga anak2 sendiri tu yg best..

Hamizah said... [Reply to comment]

drsinga,
xpe skrg dah jd doc..mulia keja tu..blh tlg org..

Hamizah said... [Reply to comment]

Pah,
Aminn...tq sudi jdd pelanggan saya dl..
i benar2 gian nak jd bisnesswoman ni..hehehe

Hamizah said... [Reply to comment]

YB,
boleh la tunjuk ajar saya..

Hamizah said... [Reply to comment]

Affieza,
tq..

Yaniey said... [Reply to comment]

saya nk jd lawyer. tp rasanya ada hikmah xjd lawyer. Pastu cita2 yg xpenah ada, jd doktor.. xpenah nk jd doktor, wpun dr hewan. Tapi jd jugak.. last skali, sy pilih cita2 sbb nk cr keje. bad idea... ;(