Wednesday, December 1, 2010

Mr. Bean Islam ke?

Ketika sedang menengok video Mr.Bean kat PSP yang abahnya download, tiba-tiba Danial, anak saya bertanya..

"Ummi, Mr.Bean tu Islam ke?"

Saya tanya "Kenapa tanya macam tu?".

Balasnya "Ni dalam video ni dia main dengan kucing".

Alahai tersilap faham pulaklah budak empat tahun ni.Saya pernah buat entry pasal ni dulu.

Saya balas balik "Oooo..dia tu orang Kristian. Dia boleh main kucing dan anjing.Orang Islam je tak boleh main anjing"

"Oooo..macam tu ye, Ummi"

Alhamdulillah dah faham agaknya.

Tiba-tiba dia sambung lagi "Jadi orang Krismas je yang boleh main anjing ye".

Laaa ke situ pulak sesatnya..Sampai sekarang dia masih tak boleh bezakan antara Kristian dan Krismas.Nak tergelak pun ada..

Saya tegur silapnya "Orang kristian la, baby.

"Oopps" balasnya sambil gelak.Dah tersedar la tu.

Kesian dia terpaksa membezakan antara Islam, Krismas dan Kristian dalam usia yang masih mentah.

 

14 comments:

fa*atip said... [Reply to comment]

mmmm...good for him. kecik2 dah kumpul ilmu... :)

fa10 said... [Reply to comment]

mujur la mamanya cikgu, boleh la menghurai dengan lebih lanjut

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

dia tgh nak belajar :)

ainnoraini said... [Reply to comment]

pandainye dia...
dah boleh fikir mcm2 w/pun belum tahu nak bezakan itu semua...
cume kite la yg perlu terangkan semua tu kan..

maya amir said... [Reply to comment]

tapi bagus die terdedah mcm tu sejak dari kecik..die boleh faham & berfikir...:)

Zaidah said... [Reply to comment]

baguslah kecik2 lagi dah tahu membezakan agama, bangsa n perayaan.....

Zaitun said... [Reply to comment]

Mamanya ustazah mesti boleh turunkan banyak ilmu tentang agama.

DrSinga said... [Reply to comment]

lurusnya cara dia berpikir!!!
:)

cheqna said... [Reply to comment]

salam kak
alahai..
budak2 kang....
kristian vs krismas...kelako plak...baby baby...=)

anie,Nagoya said... [Reply to comment]

sekom.
salam kenal n terima kasih sudi ke blog kkanie...

Affieza said... [Reply to comment]

Bijak betul dia...mcm2 nk tau kan...hihi

kak Erna said... [Reply to comment]

salam hamizah..tak pe kecik lagi..mizah kena ingatkan selalu..lagi budak bijak ni..rajin bertanya..dan umi pun kena rajin jadi cik gu..

ckLah@xiiinam said... [Reply to comment]

Aruah ckLah sampai ke sudah dia sebut krismas tu kismis!

:D

siti murni said... [Reply to comment]

Salam Kak Mizah..

cute je bunyinye..hihi.
baby dalam proses belajar...straight forward je diorang :)