Saturday, December 18, 2010

Summer School Holidays Dah Bermula..

Cuti sekolah datang lagi, maksudnya bermula lagi episod jaga nurseri kat rumah sendiri..Buntu juga bila fikir aktiviti untuk 2 hero ni selama dua bulan ni.Tak kan nak belajar saja.Boring juga cikgunya.Tapi saya rasa nilah peluang yang terbaik nak ajar Danish Pendidikan Islam.Banyak juga yang diceduk dari sekolah pasal Kristian.Semuanya yang diajar cikgu dia serap masuk, bahaya ni.Bukan tak diajar pasal Islam, tapi budak-budak cepat je tangkap kalau cikgu yang cakap.Biasanya saya akan tepis fahamannya.Bukan kerja senang, kan?



Beberapa minggu lagi kelas renangnya akan bermula.Satu program anjuran sekolah-sekolah.Murah saja yurannya mampu la kami.Sebenarnya setiap tahun dia akan belajar renang selama dua minggu tapi tahun ni dia dah terlepas satu level sebab kelasnya ketika balik Malaysia.Jadi harap-harap dia dapat sempurnakan level dua.Penting juga pandai berenang, kan?


Tak sempat rasanya nak bawa diorang jalann-jalan kali ni..Abahnya sangat sibuk.Hari-hari pergi woorkstation pagi, balik malam.Tahun depan dah final year kenalah kerja keras sikit..Dapat balik awal.Anak isteri kenalah sabar banyak-banyak ye..hehehe




10 comments:

maya amir said... [Reply to comment]

bestnye dpt bawak anak gi kelas renang... kat sini, tak tau nak survey & malas pun ye..heheh..sbb mommy die pun tak pandai berenang..heheh

ikan emas said... [Reply to comment]

agak main pondok-pondok

anie,Nagoya said... [Reply to comment]

sib baik kat cini sekolah tak de ajaran kritian.jgn cepat mengalah...be fighting....

sal said... [Reply to comment]

assalamualaikuaam hamizah..moga ceria2 selalu bersama si kecil..

fa10 said... [Reply to comment]

klu nak ikutkan rasa cukup masa nak ajar anak2...
tp saya ni malas, hari2 melangut dpn laptop... skrg lg la dah gila masuk contest kat blog

Hamizah said... [Reply to comment]

maya,
saya pon xreti nak berenang..
biarlah anak tau..
kita ni macam dah malas nak belajar..

Hamizah said... [Reply to comment]

ikanemas,
bagus juga idea tu..
tp anak llk lebih suka main tembak2 hehehe

Hamizah said... [Reply to comment]

kak anie,
kat sini pon x..
tp bila musim2 krismas ni byklah diselitkan unsur2 tu..

Hamizah said... [Reply to comment]

sal,
tq..

Hamizah said... [Reply to comment]

fa10,
samalah dgn sy ni..
sapa xdam nak ajar anak..bahya dih..hehehe