Thursday, December 30, 2010

Naluri Atau Satu kebetulan..

Sepatutnya saya publish entry ni 24 Disember..Disebabkan banyak sangat tertelan vitamin M, tertunda hingga ke hari ni.Di samping itu saya cuba mencari kekuatan untuk mengarang entry ini.Sempena tahun ke-13 ayahanda tercinta dijemput menghadap Ilahi.

Saya masih ingat 23 Disember 1999, sehari sebelum kematiaannnya saya ketika itu sedang belajar kat Pra APIUM Nilam Puri, Kelantan (persediaan sebelum masuk UM), saya serba tak kena.Dari pagi-pagi lagi mood saya cukup tidak baik.Saya ni bukan jenis moody orangnya.Tapi hari tu saya cukup gelisah.Sehinggakan kawan sekampung bertanyakan saya nak balik kampung atau tidak sempena cuti krismas saya pun kena marah!Apa kenalah dengan saya ni.Saya betul-betul bingung.Kejap jawapan saya nak balik, kejap tak nak balik.Padahal saya memang tak pernah miss untuk balik kampung sekiranya cuti.Sehingga kelas tamat, barulah saya berkeputusan untuk balik.


Balik ke rumah perasaan masih sama.Hanya mak, ayah dan adik-adik kat rumah.Kakak-kakak saya hanya balik pada hari Krismas.Ayah seperti biasa sibuk dengan kerjanya.Tanam padi.Ketika tu musim membaja.Jadi dia hanya akan pulang ke rumah untuk solat Zohor dan makan tengahari.Rehat sekejap sebelum ke sawah lagi lepas asar.Ayah saya memang suka bekerja walaupun kakak-kakak saya berkali-kali melarangnya.Mungkin umurnya masih muda ~ 52 tahun.Kalau kerja gomen pun belum berpencen lagi.Lagipun masih ada enam anak yang perlu ditanggung termasuk saya.Tapi ayah dah berjanji itulah kali terakhir dia akan menanam padi. 


Balik membaja padi, selepas maghrib ayah terus keluar ada kenduri kesyukuran kat rumah jiran.Sebelum itu dia sempat berpesan kepada adik saya, supaya mengilatkan kasutnya kerana nak berjalan jauh esok hari.Saya juga mendengar pesannya.Namun tak tergerak hati nak bertanya.Biasanya ayah tak ke mana-mana bila sibuk membaja.Siap sahaja kerjanya adik meletakkan kasut tersebut kat atas tangga.



Balik dari kenduri, ayah berada kat rumah.Kelihatan gelisah sekali biasanya dia akan join kami tengok tv.Mundar mandir di dapur.Kemudian dia tidur, saya pula cuba menyiapkan beberapa assignment yang perlu dihantar selepas Krismas.Saya masuk ke bilik tidur, saya terdengar ayah mengadu sakit dada kepada mak.Kemudian diorang keluar dari bilik tidur ke ruang tamu saya mulanya ingin tidur saja sebab dah mengantuk sangat.Biasa juga bila kepenatan bekerja ayah sakit-sakit.Biasanya mak yang urutkan.Bila mak panggil, saya keluar juga.Ayah meminta untuk dihantar ke klinik.


Disebabkan tiada orang nak drive, mak minta saya telefon bapa saudara.Saya cuba beberapa kali, malang sekali tak dapat-dapat.Ayah masih mengerang sakit sambil mengucap.Mak pula yang cuba telefon saya memangku ayah.Tiba-tiba saja ayah menggelupur dan berbunyi seperti lembu kena sembelih.Rupanya ayah menghadapi sakaratulmaut di ribaan saya.Bapa saudara dapat dihubungi, ayah memang sudah tidak bernyawa lagi.Tergamam saya.Terus kejutkan adik-adik yang tengah tidur.Saya tak akan lupa peristiwa ni sampai bila-bila.Doktor mengesahkan ayah terkena serangan jantung.Hanya lebih kurang 15 mint saja serangannya.Itulah perginya seorang ayah yang sangat penyabar, rajin, gigih, lemah lembut dan penyayang terhadap anak-anak dan isterinya.


Bila terkenangkan betapa perasaan yang tak menentu hari tu, saya sedar bahawa Allah telah menghantar isyaratnya kepada saya.Kita tak sedar sebenarnya sehinggalah ianya berlaku.Betullah ayah nak 'berjalan jauh'..Semoga dirahmati rohnya dan tergolong di kalangan orang-orang beriman..

 P/S : Sebetulnya saya mengambil hampir seminggu untuk menyiapkan entry ini..

15 comments:

kak Erna said... [Reply to comment]

salam hamizah..alfatiha buat arwah..
meninggal di pangkuan..dah tentu mizah tak kan dapat melupakannya sampai bila2

luahfikiran said... [Reply to comment]

SALAM,
DIDOAKAN ROH ARUAH AYAH DITEMPATKAN DI KALANGAN ORANG2 BERIMAN. AMIN

CT said... [Reply to comment]

Mati sudah pasti, hidup insyallah...pbanyakkan sedekah al Fatihah utk arwah ayah ya...

transformed housewife said... [Reply to comment]

beruntung Mizah dpt memangku muloh ayoh Mizah sampai ke akhir hayat dio. Al-fatihah utk muloh ayoh Mizah. Sy dok de pung tengok atau jupo muloh ma sy sthn sblm tu sbb muloh ma sy meninggal maso sy dok NZ.

azlina said... [Reply to comment]

assalamulaikum mizah...

al faithah buat aruah ayah mizah semuga rohnya di cucuri rahmat beruntung kerana dapat mengadap aruah ayah di saat2 terakhirnya...kak ina x sempat hanya sempat melihat jenazahnya..aruah ayah akk juga meninggal kenrana serangan jantung(ajalnya sudah sampai)..

ainnoraini said... [Reply to comment]

salam hamizah...semoga aruah ayah hamizah ditempat kalangan golongan yg beriman...alfatihah untuknye...semoga allh dipermudah segala urusanye disane...

kak ain pun ayah dah meninggal 4 thn lepas akibat kemalangan j/raye sungguh mengejutkan & sedih sgt2...

maya amir said... [Reply to comment]

sebak mase baca.. saya doakan rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg mukmin insya Allah.. saya harap anda tabah..and happy new year dear..

siti murni said... [Reply to comment]

Salam Kak Mizah..
Al-fatihah..moga rohnya ditempatkan kalangan orang2 yg beriman..
abah saya meninggal 6thn lepas akibat stroke, pun mengejutkan sebab arwah sihat, cuma ada tekanan darah tinggi & tak pernah sakit teruk...sebak rasa...

Affieza said... [Reply to comment]

Al-Fatihah utk ayah K.Mizah...moga rohnya dicucuri rahmat...

fa10 said... [Reply to comment]

takut nok hadapi saat ni...
al-fatihah...

en_me said... [Reply to comment]

Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.. alfatiha wat ayah akak ittewww

Zaidah said... [Reply to comment]

kata orang...sebelum nak meninggal orang yang nak meninggal tu akan berasa gelisah....tak senang duduk...tapi mungkin ayah hamizah dah tahu yang dia memang akan pergi jauh....cuma tak bagitau....semoga arwah dicucuri rahmat...

Hamizah said... [Reply to comment]

tq, atas doa kalian..

DrSinga said... [Reply to comment]

al fatihah

yuzie said... [Reply to comment]

al-fatihah buat ayh akak..semoga arwah ducuri rahmatNya...