Monday, November 22, 2010

Kesian Isteri..

Saya terbaca satu artikel di Harian Metro minggu lepas, semakin ramai isteri diceraikan akibat tidak secantik sebelum berkahwin.Maksudnya selepas memiliki beberapa anak, fizikalnya juga turut tidak seanggun dulu sehinggakan mengundang para suami mula beralih kepada cinta lain.Salah siapa?


Bagi suami berkenaan mungkin ini kesilapan isteri yang mungkin sibuk dengan urusan rumahtangga terutamanya bila terpaksa melayan kerenah anak-anak sehingga terabai penampilan diri sendiri.Entah-entah baju pun tak sempat ditukar.Itulah baju ketika masak kat dapur dan itu jugalah baju dipakai ketika tidur.Saya pernah jumpa orang camni!Kalau ini masalahnya, pasti silap isteri,kan?


Tapi kadang-kadang bukan isteri tak suka nak pasang badan untuk  memikat suami, kekangan ekonomi menyebabkan isteri tak mampu nak beli barangan peribadi tambahan lagi jika dia tidak bekerja dan suami pula bakhil orangnya.Manalah nak cekau duit untuk bergaya.Nak amalkan petua tradisional pun perlukan duit tau.Jadi nak isteri bergaya, kenalah suami sediakan ongkosnya..


Tepuk dada tanyalah iman..



22 comments:

julietchun said... [Reply to comment]

berkahwin kerana isteri cantik jawabnya hanya bertahan 4-5tahun sajalah.

ckLah@xiiinam said... [Reply to comment]

Yang suami tu...adakah makin kacak? Cesss!

maya amir said... [Reply to comment]

lelaki kene ingat jugak.. die pun tak selamanya kacak & gagah.. boroi ke dpn sape nak jawab..haisshh, makin berusia, makin laa byk alasan kalau nak pasang 2,3,4..adoii yaii

en_me said... [Reply to comment]

tetiber teringat kata abg yunus yg itteww ~ 'x chantek xper, janji baek ati'.. ihiks

kak Erna said... [Reply to comment]

salam hamizah..
betul tu..nak jaga..perlukan duit..
nak isteri sentiasa cantik..kena bekerjasama..

Zaitun said... [Reply to comment]

Kalau nak kahwin hanya memandanag pada wajah yang cantik bermakna perkahwinan itu tak akan kekal lama.

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

huu..risau dengar berita mcm ni. mintak2 dijauhkan..

transformed housewife said... [Reply to comment]

mmg kesian kat isteri2 tu. suami2 mcm tu mmg tak berhati perut sbb nak isteri cantik tapi tak pernah ingat pengorbanan isteri tu. huhu.

liana said... [Reply to comment]

tu la..kdg2 lelaki ni x pk ape yg isteri dia buat kan...tau nak perfect jer...

azieazah said... [Reply to comment]

Statistik tu meningkat di Sarawak.

Ada banyak sebab, tapi jika tak kuat iman, tak jaga moral yang sayang pun boleh jadi benci.

Hamizah said... [Reply to comment]

juliet,
bila dah amal ajaran Islam, itulah padahnya..

Hamizah said... [Reply to comment]

ckLah,
makin perasan je tu..tp yg hairannya ada juga pompuan minat laki org..

Hamizah said... [Reply to comment]

maya,
yg llk makin besar perut makin tinggi saham kot..

Hamizah said... [Reply to comment]

en_me,
betul cantik xpenting, asal hatinya bersih..tp xsemua org blh terima..

Hamizah said... [Reply to comment]

kak Erna,
sekarang ni sglnya mahal..sediakan saja ongkosnya..

Hamizah said... [Reply to comment]

kak zai,
cantik bukannya brg kekal..

Hamizah said... [Reply to comment]

Nadiah,
nauzubillah..tphati org senang berubah, kan?

Hamizah said... [Reply to comment]

Nadiah,
nauzubillah..tphati org senang berubah, kan?

Hamizah said... [Reply to comment]

nur,
yelah,kan..ms susah sama2 dah senanh sikit mulalah lupa diri..

Hamizah said... [Reply to comment]

liana,
betul..tp xsemuanya camtu,kan?

Hamizah said... [Reply to comment]

kak azie,
tp saya rasadptan ni boleh kita wakilkan utk satu Msia..

layla_elyas said... [Reply to comment]

suami milik Allah..kitalah berusaha merebut hatinya..lakukan solat malam supaya hatinya tetap pd kita walaupun kecantikan berubah..suami yg soleh tidak mengutamakan kecantikan sahaja..byk zikir dan doa2 yg boleh diamalkan dan penjagaan diri yg baik..jika masih terjadi penceraian kerana kecantikan, serahkan pd Ketentuan Allah..InsyaAllah..;)