Wednesday, November 3, 2010

Trip ke Albany~Hari Ketiga

Bila celik mata pagi-pagi baru sedar betapa tebalnya hutan di sekitar kawasan Bushland Cottage.Tapi sungguh menyegarkan.Ada macam-macam jenis burung.Yang paling cantik tentulah parrot.Bersebelahan cottage terdapat ladang kanggaroo.Apa lagi excited kedua-dua hero saya sampaikan tak mahu keluar berjalan-jalan.
teropong kanggaroo..

kanggaroo berlari-larian..


Parrot di depan cottage kami..


Destinasi kami hari ketiga ke Cape Leeuwin, di hujung WA.Inilah kawasan sempadannya.Daya tarikannya adalah rumah api.Saya tak sempat baca sejarahnya!Sekadar bergambar sahaja, kemudian terus ke Lake Cave.

berposing..

rumahapi leeuwin
Lake Cave adalah gua yang tercantik di sini.Tapi untuk masuk ke gua ini kami dinasihatkan menunggu Guide kerana terdapat kanak-kanak.Dibimbangi terjatuh atas batu-batu yang tajam.Disebabkan terpaksa menunggu guide lebih 1 jam.Terpaksalah batalkan.Kami ke Mammoth Cave.Pemandangannya seperti yang pernah dilihat di gua-gua kat Malaysia sahaja.Tapi betul-betul memenatkan kerana terdapat beratus-ratus anak tangga.Dengan keadaan yang pregnant saya betul-betul kepenatan.Betul-betul macam tak cukup oksigen.Hehehe..
keadaan di luar Mammoth Cave


keadaan di luar gua..


kepenatan..



Dalam kepenatan kami menruskan lawatan ke kilang coklat-The Margaret River Choclate Factory.Menurut kawan yang pernah melawat cawangan berhampiran rumah kami, kesemua coklatnya halal.Jadi sedaplah kami mencuba sampel-sampel coklat.Suami saya tak cuba, tak berani katanya.Lalu dia bertanyakan pekerja kat situ.Dia pun tak pasti kandungan coklat-coklat tersebut.Apalagi, buang segala coklat yang belum selamat masuk perut.Waaaaaaa.. terkena lagi.Astaghfirullahal azim.
kilang coklat..



Kemudian terus balik ke rumah masak nasi goreng dan BBQ.Lunch kami hari tu adalah pukul 7malam merangkap dinner juga.Huh..Betul-betul memenatkan tapi tetap seronok..


16 comments:

cheqna said... [Reply to comment]

beshnya.....
sekian terima kasih =)

Kakcik Seroja said... [Reply to comment]

Salam Mizah...

perjalanan yang memberikan pengalaman dan mungkin juga sedikit sebanyak pengetahuan baru. :)

Chenta said... [Reply to comment]

wow..
bestnya trips ramai-ramai

tq Mizah berkongsi pengalaman ini .

Yunus Badawi said... [Reply to comment]

Salam Mizah,

Seronok dapat melihat tempat org dan kebesaran Ilahi.

Awak nak dapat anak kelahiran Australia ya? Tahniah.

Zaidah said... [Reply to comment]

seronoknyer dapat jejalan n lihat keindahan tempat orang....

Anonymous said... [Reply to comment]

nak coklat..nak coklat.. :D

Rozita said... [Reply to comment]

besnya
mati idup balik aku tk kan smpi ke sana bermain2 bersama kanggaroo :))

salam ziarah

zarin said... [Reply to comment]

bestnya and cantik gambar2 tu
btw, suami sy pun slalu mcm tu bila tiba tang coklat ke apa saja lah,mesti tanya apa kandungannya n if tk pasti dia tk beli n tk mkn :D

Hamizah said... [Reply to comment]

cheqna,
terima kasih juga sbb sudi baca..

Hamizah said... [Reply to comment]

kakcik,
betultu..byk pengalaman yg dapat bila berada kat ngr org ni..

Hamizah said... [Reply to comment]

salam YB,
kat mana2 pon byk tanda2 kebesaran ilahi, kaan..
alhamdulillah saya diberi peluang menjenguk ngr org..

Insya Allah bakal lahir seorg bb kat Oz nie..

Hamizah said... [Reply to comment]

zaidah,
jom ler..

Hamizah said... [Reply to comment]

mak dara,
i pon xbeli la..hehehe

Hamizah said... [Reply to comment]

rozita,
mana tau dpt peluang satu hari nanti,kan..

Hamizah said... [Reply to comment]

zarin,
tq..
tulah gopoh nak makan sbb lapar..tak sangka lain cawangan lain pula ingredient..

di sebalik wajahku.. said... [Reply to comment]

nak ikot.hihi