Monday, November 8, 2010

Susah Juga Kalau Macam Nie..

alat penguji sugar level dalam darah..

Saya dibekalkan alat untuk uji kadar gula dalam darah 4 kali sehari.Sebelum sarapan, 2 jam selepas sarapan, 2 jam selepas makan tengahari dan 2 jam selepas makan malam.Tak boleh skip sebab kesemuanya perlu direkodkan dan alat itu sendiri boleh memuatkan history ujian yang dilakukan.Setakat ni masih terkawal tetapi kadang turun kadang naik.Memang tak boleh tersilap diet.Makan terlebih nasi, atau terlebih makanan manis boleh menaikkan bacaan meter alat tu.Tension juga macam ni. Banyak pula masalah pregnant kali ni.Mungkin nilah ujian Allah untuk diri saya.

Bila ada tester ni, suami pun ambil peluang untuk test sugar leval juga.Dia ni kurus saja orang berbanding saya yang memang montel.Tapi mana sangka dia punya level lagi tinggi daripada saya.Mungkin sebab suka sangat minum kopi untuk tahan mengantuk bila study.Dia boleh habiskan 2-3 cawan kopi setiap hari.Bahaya, kan.Berbeza dengan saya, saya tak suka minum air bergula.Kadar gula saya ketika tidak pregnant adalah normal!Saya pula tumpang susah hati untuknya.Apa pun kena control diet satu family la kalau macam ni.

Dari pemahaman saya semasa sesi consultansi baru-baru ni, semua bahan makanan mengandungi gula secara semula jadi kecuali sayur dan lauk-lauk seperti ayam, daging, ikan, seafood dll.Jadi makanan ni boleh diambil dengan kadar 1/2 pinggan sayur (bukan digoreng, tapi steam atau rebus sahaja), manakala 1/4pinggan lauk (juga dimasak secara sihat).Susah juga nak amalkan sebab makanan Melayu kebanyakkannya digoreng.Apa pun saya akan cuba ubah diet keluarga saya..



 

12 comments:

Zaidah said... [Reply to comment]

klu ade diabetis memang kena control gula...pastu kena diet...sampailah bersalin...huhuhu...

Chenta said... [Reply to comment]

Baguslah sekeluarga kena diet ..
sama2 sihat kaans...

Jaga diri and kandungan ok..

K.Nor said... [Reply to comment]

salam hamizah.. based pd pengalaman hb akak lepas buat by-pass bulan 4 dulu kan.. paras gula dia mmg naik. dah cuba mcm2.. blend peria katak dgn apple la, blend cellery dgn apple ijau pun... semua tak jadi.. last2 doc suruh gi excercise.. tak perlu berlari, sekadar berjalan secara pantas. lebih kurang 45min sehari dan paling kurang 3x seminggu... alhamdulillah.. gula dia menurun molek jer.. skrg ni tahap 5 jer.. kita perlu bersenam utk bakar gula dlm badan tak cukup dgn diet aje.. try la..

Murni Alfathunnisa said... [Reply to comment]

salam kak mizah,

Walaupun nampak rumit, tapi kak mizah kena ikut jugak lah. utk kebaikan sendiri tu..bagus jgk ada alat uji kadar gula tu..indirectly, boleh control apa yg kita patut makan...

kak wan said... [Reply to comment]

Salam Mizah,
Akak 3x pregnant ..tiapkali pegi check-up mesti kena tegur bab gula tinggi dlm airkencing bila check darah ;- masih ok Alhamdulillah .
Puncanya ialah akak suka minum tehbeng sebelum pegi check-up.

Hamizah said... [Reply to comment]

zaidah,
huhuhuhu..

Hamizah said... [Reply to comment]

LiNda,
susah juga sebab selalunya nak makan sedap jek..hik hik hik..

Hamizah said... [Reply to comment]

kak nor,
saya ni mmg jenis yg exercise hari2..cycling 20-3- minit sehari..Sbb tu ok je sblm pregnant..problemnya bila pregnant je..Hb saya mmg jenis malas exercise pon..hehehe

Hamizah said... [Reply to comment]

kak wan,
oghe klatemana bulih tinggal manis, kans?hik hik hik..

Hamizah said... [Reply to comment]

murni,
cuba patuhi ni, dik..hehehe

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

akak pregnant lagi ek?? knp nadiah baru tahu? huhu. terlepas pandang ke? congrats ye!

kdg2 mmg mcm tu kan kak..bila pregnant je diabetes. kalau tak pregnant, normal je. kena jaga betul2 tu..bahaya kan diabetes masa pregnant? nadiah alhamdulillah belum pernah ada masalah diabetes (harap2nya jgn la kena langsung..)

di sebalik wajahku.. said... [Reply to comment]

kak mizah jaga diri ya. kak ti doakan. ^^. dapat baby baru nanti! baby yg dah ade tu tak jeles ke dgn baby yg baru nak ada? hehehe