Pengalaman first time jadi matchmaker adalah ketika mengajar kat Lahad Datu, Sabah.Kiranya baru je jadi cikgu ni.Pada masa yang sama, kakak no. dua saya juga mengajar di tempat yang sama kerana mengikut suaminya.Tapi kami berlainan sekolah.Turut posting ke Sabah bersama saya ialah seorang kawan perempuan tetapi dia tercampak ke Tawau.Bandar yang paling best kat Sabah!
Kakak saya memang peramah orangnya.Berbanding saya yang peramah bila dah betul-betul kenal orang.Dia ni memang suka jadi matchmaker.Pantang jumpa orang bujang ada je idea untuk dipasangkan kepada kenalannya.Hehehe...Kebetulan pula ada seorang cikgu lelaki bujang kat sekolahnya tengah mencari-cari pasangan, takkan nak match dengan saya pula.Saya dah bertunang dengan suami masa tu.Saya pun mencadangkan kawan saya yang kat Tawau.
Daripada penjelasannya, cikgu lelaki tu sangat hensem.Tinggi, putih, sopan santun. Pendekata cukup segala ciri-ciri lelaki idaman.Ahaaaa..Saya memang tak pernah jumpa.Wah!Kalau macam ni saya pun sanggup offer diri walaupun dah bertunang.Gatal.Kalau laki baca mati aku!Sayalah yang merancang pertemuan antara dua orang teruna dara ni.Habis duit tunang (dah bergelar suami pun)bayar bil hp.Yelah bukan senang jadi matchmaker.Kena pujuk si pompuan tu,kalau tersilap ayat tak jadilah plan, kan?Ha..macam kita pulak yang mengurat..
Yang pasti saya turut merasa debarnya kerana tak sabar nak melihat si lelaki bakal pacaran kawan saya itu.Hari yang ditunggu tiba.Kakak saya memang tak campur tangan.Bila nampak je lelaki tu saya rasa kaget.Betul ke yang aku nampak?Yang diciri-cirikan oleh kakak saya langsung terpesong.Memang tinggi orangnya tapi gemuk,muka pun taklah hensem sangat tapi taklah cacat.Bab sopan santu mungkin tepatlah kot.Mujur bukan saya yang dikenen-kenen.Kalau tak pengsan kat situ..Hehehe..
Apapun Alhamdulillah, selepas beberapa lama berkenalan mereka berkahwin dan bahagia dengan 3 orang anak.Sekarang ni kalau ada yang minta saya carikan jodoh saya selalu beri alasan "Susah nak cari lelaki bujang sekarang ni.Mujurlah jumpa untuk diri sendiri"..Hahaha..Serik ke jadi matchmaker?Entah tapi takut sejarah berulang.Namun bangga sangat dapat membantu orang dirikan masjid.
22 comments:
pernah juga org mintak jadi matchmaker tapi tak berani la kak. risau kalau lps kahwin diorang bermasalah, kita pulak yg dituding jari. setakat ni mmg tolak la kalau org mintak carikan
kita cuma perkenalkan saja,kan?tak paksa pon diorg terima..jadi kalau terjadi apa2 yg tak diingini sendiri tanggunglah..sbb diorg yg mengemudi rumahtangga
huhu..eina pun pernah cuba2 nak jd matchmaker, kwn suami vs kawan eina, but...eina tak pandai nak kenen2, biar diorang berkawan sndiri..last2 berkawan hampir setahun, tak jd la pulak..huhu..
takmo la jd match maker lagi, skrg kwn en suami dh jauh hati dr kami..sunyi tanpa khabar, aduhai..ntah apa kesah cinta mereka tak menjadi..huhu..
alhamdulillah terbina jugak masjid....walaupun lelaki tersebut tak handsome ...
oh.. cik hamizah pernah mengajar kat sabah ye.. alhamdulilah besar pahalanya neh .. moga2 umur pernikahan hingga ke akhir hayat kan. Amin ya robb
iena,
kita cuma merancang..tp Allah penentunya.Bkn jodoh diorglah tu..
zai,
alhamdulillah..tak hensem tu cuma di mata saya kot..benda subjektif sukar dinilai..
salam kak
doh bakpe dok jadi matchmaker diqna etek???
siang ke diqna..sob sob sob...
cik my new life begin,
1st posting kat sabah..mudah2an pjg jodoh diorg..aminn..
Mizah,
Saya pernah nak match suami saya ( masa belum jd suami sy lg time tu ) dgn kawan baik saya...baru je merancang tiba2 dia tersangkut ngan saya dulu..hehehe..dah jodoh..
baguslah ye berakhir ke jinjang pelamin..alhamdulillah.
bukan senang tugas matchmaker ni :D
saya pon dulu konon2 nak jd matchmkaer utk kawan, alih2 sy yg kawen dengan lelaki yg nak di match making kan kat kawan itu ekekekeeke tak boleh harap punya matchmaker*
Kakak ipar kak Zai pernah jadi matchmaker tapi selepas beberapa tahun kawin bermasaalah terus dia dipersalahkan.
hamizah..alhamdulillah..bertemu jodohnya dan kekal sehingga kini..kalau tidak..akan jadi seperti apa kata kak zai..
tak penah jadik matchmaker tapi penah kenal2kan kawan & sampai skang mereka berkawan baik:)
Heheheh kelakar, mujur juga mereka tu saling berkenan.
Ada jodoh pula.
Moga kekal lah jodoh mereka.
tak berani nak jd match maker. setakat kenal2kan sbg kwn2 tu adala.
Salam Miza,
hehe... berdebar sama pulak .
tah
niah untuk awak. bukan senang tau...
laaaa..nape x bagitau awal2..leh tlg carikan utk MDT..kehkeh!
salam kak mizah,
jadi matchmaker utk saya sekali lah camtu...! hehe:)
tp risiko gak.. kalo yg kita matchkan tu buat hal.. kita yg kene kehkeh :D
Post a Comment