Ha! Tiga topik sekali gus..Semuanya berlaku weekend baru-baru ni.
Pertama Malaysia Food Carnival yang berlangsung hari Sabtu, teruja betul sebab dapat jumpa orang-orang Malaysia.Maklumlah bila jauh di mata mulalah merindu.Tak banyak sangat pun yang mengambil bahagian.Rasanya lebih kurang sepuluh gerai je.Tapi boleh tahan juga memborong.Bab makanan suami saya yang lebih-lebih.Saya ni sejak-sejak disahkan diabetes tengok makanan pun tak selera sangat.Tak sangka pula dalam carnival makanan ada jual tudung.Apalagi, borong,borong dan borong.Hahaha..Murah pula tu sehelai cuma $10!Beli 5 percuma satu.Wah!Sungguh menarik.Singgah makan tengahari di gerai yang terletak di luar bangunan tersebut.Saya dan anak-anak makan sate, suami makan nasi beriani..Hmmm..sedapnya..
|
dah rasa jangan lupa beli..
|
|
antara yang dipamerkan..
|
|
orang Perth yang jakun..hehehe |
Hari Ahad pula seawal jam lapan pagi dah terpacak di strawberry farm.Picking la apa lagi.Punyalah syok memetik sampai tak sedar hampir sepuluh kilo terpetik.Mujurlah harganya cuma $3 sekilo.Tapi sapalah nak habiskan ni.Dah sedekah separuh kat kawan-kawan.Projek kuih muih tak jalanlah di musim ni..Makan fresh je lah atau pun jus strawberry tanpa gula pun sedap.Bila sakit semuanya kena pantang, kan?
|
kenyit mata kat sapa tu? |
|
sukanya dapat main troli tu.. |
|
dah macam petani semuanya..
|
|
hasilnya, 9kg lebih.. |
Balik dari memetik strawberry, langsung ke Mulaloo Beach.Dah lama tak bawa anak-anak mandi pantai.Bila spring cam ni ok sikit nak mandi walaupun cuaca masih sejuk.Tapi bila jumpa pantai, semuanya dah lupa sejuk.Mandi manda sampai tak mahu naik.Makan tengahari kami nasi ayam yang supnya cam tak tumis je..Jangan tanya kenapa..Hehehe.Tak snap pula gambar kat pantai.Cameraman saya bz mandi.
29 comments:
besarnya strawberi..
syoknya dpt beli brg2 malaysia..
hilanglah sikit rindu pd malaysia ye?
nyummi2..stroberi..~
Wow..byknya strawberi smpai 9kg lbh...
huhhhai...
kalaulah anak2 saya nampak ni Miza...
kat kemeren pun dorang dah excited apatah lagi kat sana..
waaah bestnye main petik2 strawbery! ^_^
marinnahunny,
mmg strawberry kat sini besar2 dan manis..best la..
Nadiah,
betul tu..mana nak dpt peluang cam ni, kan?
Nadiah,
betul tu..mana nak dpt peluang cam ni, kan?
sayangsayangibu,
alhamdulillah..dpt rasa suasana Msia kat tempat org..
cik Lynda,
jemput makan..
affieza,
tulah ms petik dah lupa diri..
reen,
dtglah ke sini..murah je tiket..
iena,
mmg best sampai xsedar dah penuh troli..
hoh, banyoknyo strawbery..sedaknyoo. nok sket
Salam kenal
Kalau beli strawbery kat M'sia kadang2 masam lepas tu kecik2 pula. Teringin kak Zai nak menjejakkan kaki ke Perth.
wahh.. nmpak fresh strawbery tu.. nak satuuuuu :D
best giler tang petik strawberry tuh... nampak sgt2 menggiurkan..kalau saya, petik masuk mulut, petik masuk mulut..hehehe
waaa..kak mizah. jeles ~.~ hahahaha.
nak g sana pulak! org sana nak balik sini, org sini nak g sana boleh?? hoho!
salam ..
hamizah..lama sungguh akak tak jenguk sini..hmmm semoga hamizah dikurniakan kesihatan walaupun dah jadi "kilang gula"..
take a gud care of your self..
yatiey,
mari la byk lagi nih..
Zaiton,
salam kenal jg..
datanglah..kalau nak merasa petik strawberry kena dtg hujng tahun la..dah hujng musim bari boleh petik..
kak maiyah,
nak byk pon blh dgn syarat dtg le ke rumah..heheeh
maya,
nak jg petik then makan..
tp kot terlebih racun pula kat perut..
di sebalik wajahku,
memang nak blk sgt2 ni..
manusiatak pernah bersyukur apa yang ada,kan?
kak Nik,
beleum jadi kilang gula tau..tp hampir2 la..hehehe
sonoknyerr mandi tewww.. ehehe
gerammmmmmmnye...bila lah bole petik stoberi kat kebun sndiri ni ye...haha!
Post a Comment