Thursday, November 18, 2010

Hari Raya Haji

Alhamdulillah dah selamat merayakan raya haji semalam.Sambutan serba sederhana tapi bila dah berkumpul ramai-ramai pasti meriah.Menu yang dirancang dah selamat hadam.Tapi sedikit kecewa kuah nasi dagang saya kurang menjadi kali ni.Entah apa yang terkurang.Mujur boleh cover dengan nasi himpit dan sate yang memang sedap..Apa pun saya cuma makan sikit je sahaja.Bukan sebab tak sedap tapi masih mengekalkan diet sihat.Ahaks..

Sebenarnya mak bapa je yang beraya semalam, anak-anak dikerah ke sekolah kerana tak tergamak nak memontengkan diorang lagi.Semasa ke Albany tempoh hari dah ponteng seminggu.Terukkan?mak bapak nak berjalan-jalan anak jadi mangsa.Hehehe.Alah kalau beraya pun setakat berkumpul kat rumah sahaja bukannya ada ziarah menziarah...

Sungguhpun meriah, raya di kampung tetap dalam ingatan.Kalau kami kat Kelantan Raya Haji tetap memang meriah mungkin sebab upacara korban dijalankan sendiri di rumah.Dah habis kerja melapah lembu atau kambing masing-masing akan membahagikan hasil korban kepada orang kampung.Bakinya akan dimasak beramai-ramai.Macam kenduri pula.Teringinnya nak makan sup perut, air asam gearbox dicampur paru atau limpa, daging goreng kunyit..Wah!Semuanya menggoda rasa.Bila daging dimakan fresh pasti berbeza rasanya.Hari-hari ada jemputan makan-makan.Seronoknya beraya di kampung..

P/S: tak boleh nak upload gambar..Kat manalah pak weku letak external disk..

22 comments:

noor said... [Reply to comment]

salam ziarah n salam kenal dr sy

Zaitun said... [Reply to comment]

Semalam kak Zai pun duduk rumah aje makan2,lepas tu tengok Maher Zain kat tv9,best.
Masih belum terlambatkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat Hamizah sekeluarga.

maya amir said... [Reply to comment]

alah..sure menggamit2 perasaan bile terkenangkan sup perut etc tu kan... takpe, inilaa yg dinamakan berkorban..

en_me said... [Reply to comment]

sonok kanns.. ehehe

julietchun said... [Reply to comment]

makan daging banyak2 rasa pening dan kembong semacam.

al-lavendari said... [Reply to comment]

salam.

macam mana agaknya orang di sana mengadakan ibadah korban ? tentu tak sama dengan cara di kelantan kan ?

Affieza said... [Reply to comment]

Kesian kt diaorang raya2 pn kena g sekolah ekh...hihi

Murni Alfathunnisa said... [Reply to comment]

salam kak mizah..
sama..saya pun raya kat umah sedara je. tk ke mana2 pun..

azieazah said... [Reply to comment]

Tak kira lah di mana pun menyambut raya, asal bersama keluarga, pasti meriah juga, kan?

Dekatkah dengan tempat NIDA tuh?

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

raya tahun ni kat sini kurang meriah la berbanding tahun lepas. dah raya jatuh hari bekerja..nak buat mcm mana..uhuhu..

Hamizah said... [Reply to comment]

noor,
salam kenal juga..
dtglah selalu ye..

Hamizah said... [Reply to comment]

kak Zai,
tq..la awat xjln2?xbestlah bila raya kat rmh je..

Hamizah said... [Reply to comment]

maya,
bkn setakat menggamit..tp dah meleleh air liur nih..hehehe

Hamizah said... [Reply to comment]

en_me,
seronok tp cam ada yg kurang jek..

Hamizah said... [Reply to comment]

Mr.Lonely..
tq sudi berkunjung..i will visit you soon..

Hamizah said... [Reply to comment]

Juliet,
saya mmg xblh mkn dgg byk2, senang pening to kalau jumpa mmg bedal hbs2..hehehe

Hamizah said... [Reply to comment]

al-lavendari,
tak tahulah camna diorg ni buat upacara korban..sbb mmg tak pernah tgk..setahu saya mmg xboleh disembelih secara terbuka oleh org ramai..hanya yang memiliki lesen je layak..

Hamizah said... [Reply to comment]

Affieza,
kesian,kan..nak wat camna terpaksalah..

Hamizah said... [Reply to comment]

murni,
tak samalah kita x sedara kat cni..hehehe

Hamizah said... [Reply to comment]

kak azie,
alhamdulillah dpt bersama keluarga sendiri..

ke tempat NIDA tu mungkin lebih jauh drp blk msia rasanya..perth dekat je dr msia hanya 5jam perjlnan..

Hamizah said... [Reply to comment]

Nadiah,
tulah tak terasa sgtlah rayanya,kan?

transformed housewife said... [Reply to comment]

buke Hamizah jah dok teringat sup perut cicoh air ase. ambo pung dok terliur ni sbb dop balik Kelate marin. cuti sari jah. huhu