Friday, November 5, 2010

Aduhai Translator

Pagi tadi saya ada appoinment dengan Diabetes Services kat King Edwards Memorial Hospital.Minggu lepas lagi saya terima call daripada pihak hospital.Saya ditanya kalau-kalau perlukan seorang translator untuk memahami nasihat tentang diet bagi diabetes.Fikir punya fikir saya jawab "ye".Bimbang juga nak berdepan dengan dietitian mat saleh.Kot-kot istilah yang digunakan sukar difahami.

Bertemu dengan translator, seorang cina tua warga Malaysia dari Pontian, Johor.Dia dah PR kat sini.Bekerja sebagai cikgu.Sepanjang sesi consultant, saya dapat faham 100%.Malah mampu memberikan respon terhadap pertanyaan dietitian tersebut.Alhamdulillah.Kesian pula saya tengok translator tu, boring sekali.Berbeza dengan dua translator lain pada sesi yang sama yang ditugaskan untuk seorang pesakit dari China dan France.Begitu sibuk menterjemah kepada pelanggannya..

Untuk appoinment akan datang saya telan membatalkan khidmat translator tersebut.Tak payahlah nak bazirkan duit bayar translator.Tak sangka bagus juga penguasaan Bahasa Inggeris saya kini.Midwives pun puji...hehehe.Takaburnya..

24 comments:

Zaidah said... [Reply to comment]

kekadang dah environment kita kat situ lama kelamaan akan improvekan bahasa kita...

Affieza said... [Reply to comment]

Berapa biasanya caj utk pkhdmatan translator ni?

hannahsarah said... [Reply to comment]

bestnyer duk negara omputeh ni...tentunya bi kita pun bole improve sbb hari2 duk ngadap dgn mrk. Nak tak nak kena speking la kan?

Hamizah said... [Reply to comment]

zai,
betul juga tu..
dah hari2 mengadap segala2 dlm bahasa asing, insya Allah boleh improve..

Hamizah said... [Reply to comment]

affieza,
xtau la 1st time pki ni..kat sini segala-galanya mahal..

Hamizah said... [Reply to comment]

kak wan,
kalau dah terpaksa, mesti boleh..Insya Allah

Yunus Badawi said... [Reply to comment]

Org Melayu kat luar negeri ni BI mereka biasanya jauh lebih baik dari penguasaan BI bangsa2 lain spt yg dari China, Jepun dsb.

Mesti doktor tu hairan kenapa Mizah minta khidmat translator sedangkan Mizah pandai cakap omputih.

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

wah bestnya siap ada translator...kami kat sini mitok tulong adik2 degree lah jadi translator tok berbayar hehe

Unknown said... [Reply to comment]

SALAM,
NASIHAT DAN PANDUAN PEMAKANAN DRPD DIAETICIAN ITU HENDAKLAH DIPATUHI. TAKE CARE !

transformed housewife said... [Reply to comment]

I reckon you underestimated your own ability. So, next time you know that you don't need anyone to be your translator. meme kebanyakan ore2 melayu kito ok BI cumo tok yakin dgn diri sendiri jah.

Hamizah said... [Reply to comment]

affieza,
lupa pula nak bgtau..bil hanya akan sampai slps 2-3 minggu lawatan..

Hamizah said... [Reply to comment]

YB,
xyakin + bimbang je lebih2..

Hamizah said... [Reply to comment]

yatiey,
kalu ado hok free kito pon nok..hehehe

Hamizah said... [Reply to comment]

LF,
tq atas nasihat..akan cuba dipatuhi sedaya upaya

Hamizah said... [Reply to comment]

Nur,
betul tuh..insya Allah akan lebih confident next time..

Acik Erna said... [Reply to comment]

salam mizah..terkawal ye..alhamdulillah kalau gitu..
kena ikut je nasihat..insyaallah..

ciK LyndaWawa said... [Reply to comment]

mintak ole2...=)

en_me said... [Reply to comment]

me dah lama x cakap jawa.. ahaha

*tetiba teringat kampung kt pontian ittewww..

Hamizah said... [Reply to comment]

kak erna,
stakat ni masih terkawal lg..alhamdulillah..

Hamizah said... [Reply to comment]

cik Lynda,
nak ole2 apa2 kanggaroo ke wombat?nanti akak kasi sekor..heheheh

Hamizah said... [Reply to comment]

en_me,
kg kat pontian ye?

sori xleh layan cakap jawa..kita tau cakap klateje..hehehe

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

hihi..ok la tu kak..jimat duit! ;)

maya amir said... [Reply to comment]

eh itu bukan takabur.. itu adalah pencapaian yg patut dibanggakan..heheh...

Chenta said... [Reply to comment]

tahniah !

:)