Pengalaman first time jadi matchmaker adalah ketika mengajar kat Lahad Datu, Sabah.Kiranya baru je jadi cikgu ni.Pada masa yang sama, kakak no. dua saya juga mengajar di tempat yang sama kerana mengikut suaminya.Tapi kami berlainan sekolah.Turut posting ke Sabah bersama saya ialah seorang kawan perempuan tetapi dia tercampak ke Tawau.Bandar yang paling best kat Sabah!
Kakak saya memang peramah orangnya.Berbanding saya yang peramah bila dah betul-betul kenal orang.Dia ni memang suka jadi matchmaker.Pantang jumpa orang bujang ada je idea untuk dipasangkan kepada kenalannya.Hehehe...Kebetulan pula ada seorang cikgu lelaki bujang kat sekolahnya tengah mencari-cari pasangan, takkan nak match dengan saya pula.Saya dah bertunang dengan suami masa tu.Saya pun mencadangkan kawan saya yang kat Tawau.
Daripada penjelasannya, cikgu lelaki tu sangat hensem.Tinggi, putih, sopan santun. Pendekata cukup segala ciri-ciri lelaki idaman.Ahaaaa..Saya memang tak pernah jumpa.Wah!Kalau macam ni saya pun sanggup offer diri walaupun dah bertunang.Gatal.Kalau laki baca mati aku!Sayalah yang merancang pertemuan antara dua orang teruna dara ni.Habis duit tunang (dah bergelar suami pun)bayar bil hp.Yelah bukan senang jadi matchmaker.Kena pujuk si pompuan tu,kalau tersilap ayat tak jadilah plan, kan?Ha..macam kita pulak yang mengurat..
Yang pasti saya turut merasa debarnya kerana tak sabar nak melihat si lelaki bakal pacaran kawan saya itu.Hari yang ditunggu tiba.Kakak saya memang tak campur tangan.Bila nampak je lelaki tu saya rasa kaget.Betul ke yang aku nampak?Yang diciri-cirikan oleh kakak saya langsung terpesong.Memang tinggi orangnya tapi gemuk,muka pun taklah hensem sangat tapi taklah cacat.Bab sopan santu mungkin tepatlah kot.Mujur bukan saya yang dikenen-kenen.Kalau tak pengsan kat situ..Hehehe..
Apapun Alhamdulillah, selepas beberapa lama berkenalan mereka berkahwin dan bahagia dengan 3 orang anak.Sekarang ni kalau ada yang minta saya carikan jodoh saya selalu beri alasan "Susah nak cari lelaki bujang sekarang ni.Mujurlah jumpa untuk diri sendiri"..Hahaha..Serik ke jadi matchmaker?Entah tapi takut sejarah berulang.Namun bangga sangat dapat membantu orang dirikan masjid.