Friday, January 29, 2010

Masih Mood Cuti Sekolah

Minggu ini adalah minggu yang terakhir Danish, anak saya yang sulung bercuti sekolah. Huh boleh tahan penat melayan dua hero..Macam-macam kerenah perlu dilayani. Saya kagum dengan mak yang mampu melayan kami sembilan beradik. Besarnya pengorbanan mak.

Danish sendiri sebenarnya memang tertunggu-tunggu cuti sekolah berakhir. Hari-hari dia akan tengok kalendar yang dibuatnya sebelum cuti sekolah baru ni yang saya gantungkan di ruang tamu kami. Dia sudah tahu melihat kalendar dan menghitung hari-hari persekolahan akan bermula. Budak-budak kat sini memang suka dengan sekolah. Sesekali dia teruja untuk menghitung hari kepulangan kami ke Malaysia!Kadang saya kesian tengok dia seperti saya, sentiasa menghitung hari..hehehe



kalendar yang menjadi rujukan Danish..

Macam-macam aktiviti perlu difikirkan supaya anak-anak tidak boring di rumah. Daripada mengaji al-Quran kepada melukis, membaca, mengira dan bermain. Semuanya perlu dipelbagaikan supaya mereka tidak hanya memenuhi masa dengan menonton tv..Biasanya waktu pagi saya beri mereka kebebasan untuk menonton kartun-kartun kegemaran. Kemudian barulah beraktiviti bersama ummi.

Susahnya nak mendidik anak. Kadang-kadang pelbagai alasan diberi bila diajak baca buku atau membuat kerja lain selain menonton tv. Banyak sangat daya tarikan tv. Sebelum cuti sekolah dia taklah banyak kerenah. Tanpa disuruh dia akan membaca buku-bukunya. Naik lemak pula sekarang ni..

Pernah suatu hari,bila diajak baca buku bersama, Danish memberi alasan dia sakit kaki. Bila ditanya sebabnya dia memberitahu dia tercekik tulang ikan kat kaki.Macamana tu?Ingat lagi tak saya dan kawan-kawan ada membuat keropok lekor?Sehari selepas tu saya goreng keropok yang masih berbaki entah macamana dia tercekik tulang semasa memakannya. Dua, tiga hari dia sakit tekak. Kemudian tulang tu telah sampai ke kakinya jadi dia tak boleh la buat apa yang saya minta.Bijakkan dia beralasan. Hai Danish,Danish..

Apa pun saya jarang nak memaksanya. Tunggu sehingga moodnya elok barulah disuruh semula.Harap-harap dengan bermulanya sekolah, semangatnya juga pulih kembali! Ummi pun boleh la rileks sikit hehehe

Monday, January 25, 2010

Pesta Nasi Kerabu di Rantauan

Rindu betul nak makan nasi kerabu, makanan kegemaran saya. Hampir setahun kat sini tak pernah pun saya memasaknya. Bukan apa, rasa tak berdaya nak buat seorang diri. Abang, kalau nasi yang berlaukkan ikan tak kena sangat dangan seleranya, anak-anak pula pasti hanya makan nasi dan lauk sahaja tak suka ulam-ulamannya. Itulah menyebabkan saya tak rajin nak memasaknya..


Tapi hampir sebulan lepas, sebelum terjadinya projek laksa dan keropok lekor, seorang kawan kat sini beria-ia sangat nak makan nasi kerabu. Cadangnya nak masak di rumah saya. Tapi memandangkan cuaca yang nyaman, mesti seronok kalau makan sambil berpiknik. Akhirnya semalam kami bersepakat untuk ke Mulaloo Beach.



berselera semuanya..

Buat secara potluck. Tak sempat nak masak ramai-ramai. Tugas saya masak sambal tumis dan solok lada, Nun, pengarah projek masak sambal ikan dan sediakan ulam-ulaman dan budu, Ima, goreng ayam dan sediakan pencuci mulut manakala kak Sya goreng ikan celup tepung..Wah! semuanya berselera makan siap bertambah lagi. Itulah indahnya hidup di rantauan ni. Keadaan pasti berbeza kat Malaysia tak sempat pun bermesra dengan kawan-kawan. Kawan hanya teman sekerja. Kat sini kawan adalah segala-galanya..

Kenyang makan, ramai yang ambil kesempatan untuk mandi manda di pantai pula. Saya tak join, segan nak mandi di depan mata lelaki-lelaki. Tapi rasanya lepas ni tak boleh la buat apa-apa program kat pantai musim summer, kesian kat suami-suami sebab menyaksikan banyak babak yang wajib tayang oleh minah-minah saleh yang tak tau malu. Kesiannya bertambah dosa suamiku semalam..Huhuhu 

 

Saturday, January 23, 2010

Dah Besar Rupanya Anak Ummi

Bila tidur malam, si anak saya yang besar, Danish akan masuk tidur ke biliknya..Si Danial? Pasti berlenggang mengikut ummi. Dia tidur bersama saya. Entah macamana semalam, saya tercakap padanya yang dia dah besar jadi kenalah tidur bersama abelong. Dia pun terus keluar bilik untuk tidur di bilik abelongnya. Saya pun segera turut mengekorinya. Bukan apa nak dengar diorang membaca surah-surah pendek sebelum memejamkan mata. Selesai mereka baca, saya kembali ke bilik.


inilah wajah yang membuatkan tidur ummi tak lena..


Mata saya yang tadi memang berat, memang mengantuk sangat-sangat jadi segar bugar balik. Rasa tak tenang untuk tidur bila Danial tiada bersama. Mengiring tak kena, melentang tak kena. Serba tak kena. Biasanya sebelum tidur, kami akan berborak-borak, dia akan cium saya berulang kali. Itulah menyebabkan saya tidak lena untuk tidur. Hampir setengah jam melayan mata, dia masuk ke bilik saya. Rupanya dia pun tak boleh tidur tanpa saya. hehehe..Kat katil dia terus melakukan kebiasaannya. Hai macamana nak berpisah tempat tidur ni. Dah empat tahun umurnya. Nanti kalau dah beradik pasti sendat katil dibuatnya.

Rasanya kena usahakan juga supaya dia tidur asing sedikit masa nanti. Kena tunggu dia betul-betul lena sebelum meninggalkannya. Tapi si mak macamana?Mampukah tidur tanpa si anak manja ni. Hehehe..Tak pa la kot, nanti dapat baby baru. Itulah anak tak tersedar pun, dia dah besar rupanya. Apatah saya masih memanggilnya Baby. Dengan si Danish dulu tak terasa sangat mungkin sebab dia belum pun tiga tahun dah dapat adik..Macam-macam