Monday, March 8, 2010

Danial 'Diganggu'

Dah dua hari saya tak cukup tidur disebabkan Danial semacam 'diganggu'.Kelmarin kawan saya kat sini ada berkunjung sebab kami nak balik lama. Jadi disebabkan ada kawan bermain ramai, dia main kat luar sehingga hampir magrib.Sudah disuruh masuk, dia tak nak..

Malam pula bila tetamu balik, dia masih tak nak tidur.Nak menengok kartun kat psp.Hai!memaksa tidur pula..Akhirnya pukul sepuluh setengah dia tertidur juga.Tapi dia jaga pukul satu lebih.Terjerit-jerit macam takutkan sesuatu.Saya cuba baca ayat-ayat Al-Quran..Nampak tak berjaya juga menghilangkan takutnya.Pujuk punya pujuk, dia nak susu.Lepas minum susu, tidur kejap kemudian jaga lagi.Kali ni dia mengadu kakinya panas, padahal malam tu cuaca sangat sejuk sehingga kan saya terpaksa berselimut.Jadi saya basuhkan kakinya, tapi masih belum hilang panasnya.Akhirnya sambil-sambil baca al-Fatihah, 3 Qul dan ayat Kursi, saya urut-urut kaki.Barulah dapat tidur.Paginya dia tanya "Kenapa hantu datang malam tadi?".Meremang bulu roma saya dibuatnya.Dia dah terkena sekali bulan lepas semasa saya keguguran.Siapa ada petua nak mengatasinya?

Semalam dia demam pula hingga tak tertidur.Hmm kesian anak ummi..

p/s: Ini mungkin entry terakhir sebelum balik kampung.Kalau internet ok, boleh la publish berita terkini dari kampung.Kami akan berada di kampung tiga bulan~9 Mac- 9 Jun..


Tuesday, March 2, 2010

Malaysia, Malaysia, Malaysia..

Seminggu lagi kami akan balik ke Malaysia.Semua isi rumah kini seolah-olah hanya badan di Australia, minda dah sampai ke Malaysia..

Abang hari-hari ke ofis untuk menyiapkan segala kelengkapan kerjanya untuk collect data di Malaysia.Macam-macam yang perlu diselesaikan.Print itu,print ini, taip itu,taip ini..Rumah juga perlu dibereskan kerana walaupun kami tiada dirumah, inspection tetap akan dilakukan oleh agen kami.Memandangkan kontrak baru je diperbaharui, dalam masa 3 bulan peninggalan kami mungkin dia akan inspect sebanyak dua kali..Jadi rumah mesti dalam keaadaan 100% memuaskan.Kalau tak, hilang bond bila nak keluar nanti.Abang juga la kena kemaskan kerana saya masih 'berpantang' buat kerja-kerja rumah yang berat-berat.Kesian dia terkejar-kejar nak menyiapkannya.Di samping tu dia jugalah yang pack barang-barang yang akan dibawa blk.75% dah siap.Tinggal lagi sedikit pakaian yang belum terisi dalam beg..

Saya hanya tolong tengok je lah..hehehe.Nak buat apa-apa kerja pun tak senang rasanyaSemua mood dah hilang yang ada hanya mood balik kampung macam orang angau lagaknya..Lain yang dibuat lain yang jadi.Kesimpulannnya mandi ingat kampung,tidur mimpi kampung, makan terbayang-bayang masakan mak, shopping ingat KB Mall, tengok pakaian ingat pasar Isnin kat Machang.Memang sah-sah hati dah terbang dahulu sebelum badan.Hmm lambatnya perjalanan masa..


ops! seksinya..

Anak-anak pun sama.Yang paling kelakar si Danial, bercakap pasal kampung seolah-olah dia ingat segala-galanya.Padahal ketika sampai ke sini dia hanya 2 1/2 tahun.Bila tengok gambar-gambar, dia mula membayangkan dia mandi di dalam kolam di rumah Tok Ma, naik motor bersama atuk, main-main bersama sepupu-sepupunya, Pak Su, Ayah Chik, Cik Na,Pak Uda.Tinggi benar imaginasi budak ni..

'Karangan' Danish..


Si Danish pula memang dia dah mampu ingat sikit-sikit pengalaman sebelum datang ke sini.Mungkin sebab dia dah enam tahun.Kelmarin bila abahnya minta dia tulis benda yang dia nak sangat buat masa ini, dia tulis 'I want go back to Malaysia. I want buy Lefo, car, train, Ultraman and football'..hehehe panjang pula senarainya.Sebenarnya kami kini sedang melatih Danish menulis segala aktiviti hariannya untuk melatih dia kemahiran menulis.Dah lancar baca tapi menulis masih lemah lagi..tengoklah tulisannya, kelakar sekali..

Apa-apa pun saya bermohon kepada Allah damikanlah hati kami menanti saat itu, serta selamatkanlah perjalanan kami nanti..

Monday, March 1, 2010

Selamat Hari Pekerja, Oz..

1 Mac adalah hari pekerja kat sini.Danish tak ke sekolah hari ini.Tapi abang dah ke ofis sekejap tadi. Itulah Australia, bukan semua sektor cuti.Hanya sekolah-sekolah dan ofis-ofis yang bercuti.Universiti hanya bercuti bila cuti semester kerana silibus perlu dihabiskan mengikut jadual.Tapi tiada pula lecturer yang merungut atau tunjuk perasaan.Mungkin kerana jadual kerja yang fleksibel agaknya.Mereka bebas untuk datang kerja atau tidak asalkan tugas diberikan terlaksana dan kelas berjalan seperti biasa..

Jadi, sempatlah saya melepak depan lappy pagi-pagi hari ni.Sebab sarapan dah siap,rumah dah berkemas..Tunggu masak lunch la pula.Ingat nak ajak Syikin makan kat rumah hari ni.Adiknya dari Malaysia datang.Tapi apa la yang nak di masak, buntu pula..