Hari Jumaat 30 Sept lepas adalah hari terakhir sekolah sebelum sekolah ditutup selama dua minggu.Kami sepakat dengan dua family kawan kat sini untuk ke Pasar malam kat Curtin University.Ia adalah acara tahunan, cuma kami baru berkesempatan ke sana.Boleh tahan juga jauhnya, hampir sejam juga perjalanan.
Tak banyak pon gerai halal.Dah la tak banyak, menunya sama pula.Sate, char kuey tiau, kebab, burger dan beberapa menu lain.Kami terus meluru ke gerai seorang kawan.Dah lama tak makan char kuey tiau.Disebabkan lama juga menunggu, order sate duli 5 cucuk-$5 tanpa nasi himpitnya!!!Boleh tahan juga mencekik darah.Haha..Kesedapannya, dua bintang la kot.Alahai.
Tak banyak pon gerai halal.Dah la tak banyak, menunya sama pula.Sate, char kuey tiau, kebab, burger dan beberapa menu lain.Kami terus meluru ke gerai seorang kawan.Dah lama tak makan char kuey tiau.Disebabkan lama juga menunggu, order sate duli 5 cucuk-$5 tanpa nasi himpitnya!!!Boleh tahan juga mencekik darah.Haha..Kesedapannya, dua bintang la kot.Alahai.
Dah siap makan sate, barulah tiba char kuey tiau.Juga kurang perisa, kurang masin.Redha je la.Sekurang-kurangnya saya dah tak perlu memasak.Kui kui.Tapi teh tariknya memang best.Sarat perut malam tu.Biasanya saya jarang makan berat malam-malam.
Bezanya pasar malam kat sini ada show kat pentas.Macam-macam ada.Zikir ala aboriginal ada, menari,menyanyi semua ada.Anak-anak sungguh teruja bila ada Rabbit Mascot & Warrior. Yang pasti rasanya idea pasar malam ni daripada Malaysia kerana ianya juga disebut 'Pasar Malam'.
sedang menunggu giliran untuk persembahan
bersama warrior
dapat belon, suka la..
Dalam perjalanan balik, singgah beli kebab pula sebab suami saya lapar lagi.Saya tak order makanan lagi sebab memang dah macam ular sawa kekenyangan dah.
17 comments:
SALAM,
SELAMAT BERADA DI PERANTAUAN
Idea Pasar Malam daripada Malaysia? Menarik tu..
Siap ada warrior lagi..best!
hamizah..dapat jugak pi pasar malam.
wsalam LF,
tq..dah nak balik dah..
Sufia,
kalau byk mknan halal lg best, kan?
K.erna..
ye dpt hilang kempunan wpon tak setanding dgn msia..
kat sana pun ada gak pasar malam rupanya
mesti ada org Msia yg bg idea tu.
menarik jugak pasar malam versi sana...suasana berbeza sikit kan..
Mesti terkenang kampung ye Mizah... Bujang 2 tu mesti serook sebab rasa meriah di Pasar Malam. Dia tak tahu lagi pasar malam M'sia.:)
rasanya my uncle yg stay at perth pun ada pergi sini.. hehehhe.. anyway, enjoy at pasar malam ala perth. ngeh2
wah!!!!!!
ala2 di malaysia..
hamizah...
sukanya ayu lihat anak2 kamu..
mereka gembira...............
nmpk cam best jer kan.....lg2 ada makanan kita!
tak sangka ada pasar malam kat sana
alahai ada gak "Pasar Malam" kat sana yea..
wah best gak nih.. happening, mcm ada show pakaian beragam:)
p/s : tq for the well wishes & doa:)
mamasyaza,
tulah..xsangka dpt jg ke psr mlm..
nur,
agaknya begitulah..
kakzakie,
diorang dah pegi bila blk msia thn lepas..mmg seronok kat msia lg..mcm2 ada..
misznina,
ur uncle kat mana ye?rasanya di kalang bkn student xramai yg tau..
ayu,
bdk2 dpt bjalan suka la..
Nadiah n Chik Na,
antara keistimewaan hidup kt perth..heeeeeee..
maya,
alhamdulillah dpt jg merasa..
cm ne agak nyer kalu ada bazar yg meriah mcm kt mesia ni..dibuat kn sn? mesti happening!
Post a Comment