Abelong @Danish dah hampir tiga tahun bersekolah kat sini.Memang dah cair dah speaking omputehnya.Tapi kalau kat rumah dia sedaya upaya akan cakap Melayu berslang 'klate'.Kadang-kadang saya sangat kesiankan dia sebab vocab Bahasa Melayunya terlalu teruk.Miskin sesangat.
Dia akan cuba translate word by word atau pun main cakap je sesuka hatinya menyebabkan saya selalu keliru dengan ceritanya.Bila disuruh bercakap english, langsung tak mahu.Dia hanya akan bercakap english dengan adik dan kawannya sahaja..Pusing kepala saya dibuatnya.
Contohnya satu hari masa bulan puasa baru-baru ni dia pening kepala lepas bersahur.Dia bagitau saya yang otaknya pening.Tergelak besar saya dan abahnya..haha..
Danish sebelah kanan, dah dua tahun berturut-turut jadi finalist spelling competetion..
Kemudian beberapa hari lepas masa ke open house kawan, dia mencari tong sampah untuk buang papercup alas biskut raya yang dimakannnya.Dia bertanya kepada tuan rumah tu "to sapoh dok mmano (tong sampah kat mana)?".Menyebabkan orang tu tercengang-cengang.Orang tak biasa dengan slang Klate mesti tak faham apa yang dia cakapkan.Tapi nak buat macamana dia memang suka cakap Melayu.Patriotik sungguh.
Bila orang tu bagi duit raya, dia pon baca kuat-kuat tulisan kat sampul tu "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin".Tiba-tiba je dia bertanya kepada saya "Ummi, sapo (siapa) Zahir dan Batin tu?"Alahai anak!!! Saya dah tak tahan.Gelak besar lagi..Haha. Kesian sungguh budak ni.Dia tahu baca tapi memang dia tak faham apa yang dibacanya..
Itulah Danish.Belum lagi dengar cerita aktiviti dia kat sekolah.Entah amenda yang dia buat di sekolah saya memang tak mengerti.Kadang-kadang saya paksa dia cakap English.Barulah faham hujung pangkal ceritanya.Balik Malaysia nanti banyak kena ajar ni.Tapi saya yakin budak-budak cepat je dia belajar sesuatu perkara.
16 comments:
hahahaha..sabo jela
insyaallah..budak2 cepat belajarnya =)
Keno banyok buat latihae
hok ngaji sini pun , BM litae pukae ....
budok cino lagi terror ngaji BM
hahahah bagus lah long nih..masih ada usaha nk ckp melayu walaupun slang kelate kat rumah...
Berair mata kakcik gelak! (tapi tak boleh gelak kuat2 - nanti hairan pulak orang lain). :)
kalu msk RHB spell it right, jgn termengeja english - kelate udah ler ya danish! ;-)
hehehe comel la danish, tanyo to sapoh kui3x.
SN pun supo abe danish dio jugop lo ni, dio reti kecek jepun dengen kelate jah hahahaha
Hamizah..lagi lama disana..lagi dia tak pandai BM..he he..
teringat anak sedara dulu..mula2 mak nya tak kisah sangat..sampai cik gu panggil..sebab pelajaran BM dia fail..
harap2 abelong cepat belajar bila balik nanti..
comey tuh..
hahaa..comeynya dansih kecek kelate. Anak saya pun sama susah sgt nak suruh dia cerita apa yg dibuatnya kat sekolah.Cakap pun dah rojak campur 3 bahasa :-)
cheqna,
insya Allah..doakan saja terbaik untuknya..
pB,
tulah bimbae jugok main kecek pon litae pukae ni..hrp2 okla lepah blk ni..
marinna,
semangat melayu lebih2 plak bdk ni..heeh
kakcik,
saya sampai ke hari asyik tergelak bila igt kisah ni..hehe
khairin,
harap2 tidaklah..sbb dia blajar english ngan omputeh bkn dgn mak pak dia..hehe
yatiey,
baby SN teruklg la g2 xramai oghe msia tau kecek jepung nih..hee
kak erna,
bimbang juga kot dia lambat belajar..kdg2 bdk lelaki lambat matang skit..hehe
Diana,
^_^
Ladylavender,
suka perhati perkembangan anak,kan?
sampai 3bahasa dah pandai?hebat tu..
bijakla danish..=]
hehehe... lawaknya cerita ni.... Siapa Zahir dan Batin tu yang tak tahan
bile bacenye tergelak la pulak..bile dia tanya sape zahir dan batin tu...hihihi...
bijak..bijak...
ye betul tu budak2 cepat belaja...danish..danish...hihi
Post a Comment