Tuesday, September 28, 2010

Nak dikasihi Mestilah Mengasihi

Biasanya bila menjelang raya kita banyak didedahkan dengan kisah ibu bapa terdampar.Ditinggalkan di rumah-rumah orang tua.Anak langsung tak menjenguk bertanyakan kabar.Kadang-kadang saya terfikir apalah kesilapan dan dosa mereka sehingga keadaan sebegini berlaku?Biasanya kita cuma didedahkan dengan cerita hubungan mereka dengan anak-anak tapi tidak pula hubungan mereka dengan ibu bapa mereka sendiri.

Kawan saya pernah menceritakan dukanya memelihara ibu mentua.Adik beradik suaminya, seramai lapan orang yang semuanya bergaji besar, tak pernah bertanyakan kabar apatah lagi nak menjaga ibu mereka.Disebabkan kawan saya juga bekerja, ibu mentuanya terpaksa ditinggalkan kepada maknya yang juga sudah agak uzur.Ditambah pula ayahnya juga tidak begitu sihat.Kesian juga maknya terpaksa menjaga suami dan besan yang uzur sekaligus.Rupanya mentuanya juga pernah melakukan perkara yang sama kepada mak bapanya.Tak hairan.Buat baik dibalas baik itulah janji Allah.Kemungkinan ipar-ipar kawan saya untuk mengalami keadaan yang sama bila tua sangat besar,kan?Jangan pula nak salahkan anak bila kita terdera di hari tua..

Nabi dah ingatkan kita :Abu Hurairah r.a berkata:
Seorang lelaki datang bertemu Rasulullah SAWdan bertanya:
"Siapakah manuasia yang berhak aku layan sebaik-baiknya?"
Baginda menjawab:"Ibumu"
Dia bertanya lagi:"Kemudian siapa?"
Baginda menjawab:"Ibumu"
Dia betanya lagi:"Kemudian siapa?"
Baginda menjawab:"Ibumu".
Dia bertanya lagi:"Kemudian siapa?"
Baginda menjawab:"Bapamu". (Sahih al-Bukhari)

Kemudian diingatkan lagi kepada kita:"
Daripada Jabir bin Abdullah r.a katanya: "Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Barangsiapa yang tidak menyayangi (mengasihi) sesama manusia, niscaya Allah tidak akan menyayangi (mengasihi)nya. (sahih al-Bukhari)

P/S: Nak dikasihi, mestilah mengasihi..

18 comments:

marinahunny said... [Reply to comment]

tanoa ibu dan bapa, tiadalah kita..

cik ct payung said... [Reply to comment]

betul tu kak mi. anak2 belajaq dari ibu bapa, sama ada baik atau buruk. dan dosa kepada ibu bapa ni, balasan dia Allah tunjuk masa di dunia lagi.

al-lavendari said... [Reply to comment]

memang benar tetapi ada pengecualiannya.

saya pernah lihat ibubapa yang terbiar walaupun mereka dulunya sangat baik menjaga anak2 mereka. dan juga ada ibubapa yang tidak bertanggungjawab, tetapi bila sudah tua, mereka dijaga dengan baik oleh anak2 mereka.

hanya Allah sahaja yang tahu mengapa.

Hamizah said... [Reply to comment]

mirnna,
sapalah kita tanpa mak bapak..

Hamizah said... [Reply to comment]

baya,
anak-anak ni ibarat sponge,serap semua kelaluan mak bapak..

Hamizah said... [Reply to comment]

baya,
anak-anak ni ibarat sponge,serap semua kelaluan mak bapak..

Hamizah said... [Reply to comment]

al-Lavendari,
betul cakap AL tu.
kalau kita buat baik dgn anak-anak tapi xbaik dgn org tua, tiada berkatnya..

Ibuhani said... [Reply to comment]

yelah Hamizah.....life is a cycle. Kalau kita nak yg baik terjd pd kita maka buat baiklah or vice versa.....

julietchun said... [Reply to comment]

tak sampai hati kalau tgk org2 tua kat rumah orgtua dok merenung dikejauhan. tapi kita taktau cerita yg sebenanrya, hanya doakan yg terbaik saja.

maya amir said... [Reply to comment]

betul..sape laa kite tanpa mak ayah.. seburuk mcm mana pun mak ayah kite, kite patut hormati & jaga die hingga kahir hayat kite..

Zaidah said... [Reply to comment]

betul tu....klu kita berbuat baik kat ibu bapa...anak kita akan buat macam tu jugak bila kita dah uzur....Allah akan membalas perbuatan kita cash...

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

peringatan yg bagus utk diri sy sendiri ni.

Yunus Badawi said... [Reply to comment]

Masa anak2 kita kecil kita hantar mereka ke nursery kerana kita suami isteri bekerja. Bila kita dah tua, anak2 pula hantar kita ke rumah org2 tua kerana mereka suami isteri sibuk bekerja.

sukemakan said... [Reply to comment]

suke entry nie
=)

adie said... [Reply to comment]

betul tu. kalu nak org hormat kita,kita mesti hormat org,kalu nak org buat baik kat kita,kita kena buat baik kat org. tengok,baik tak saya.hehe

Maiyah said... [Reply to comment]

inilah ketentuan Allah.. ada petunjuk disebalik kejadian.. kita yg diduga harus lebih bersyukur dan kuatkan keyakinan utk trus hidup krn Allah bersama kita

kita yg semakin tua ni pun rasa risau bila tgk kejadian camni pas tu mula terpikir kemana le kita bila dah tua.. nak ke anak jaga kita

bg sy.. lebih berdoa.. dimana hala tuju kita bergantung pada usaha kita masakini yg lebih terarah pd apa yg kita harapkan dgn keyakinan yg kuat.. yakin pada Allah ;)

Acik Erna said... [Reply to comment]

hamizah..sentiasa berdoa semoga anak2 kita tidak seperti itu..

transformed housewife said... [Reply to comment]

harap2 anak2 tak buat mcm tu. teringat pd arwah ma yg sy tak sempat jaga pun. skrg tinggal abah je.