Friday, November 4, 2011

Perasaan Bila Anak Minta Sleepover

Memang dah budaya mat saleh dari kecik lagi suka sleepover kat rumah orang.Danish turut terpengaruh.Sebelum ni dia dah merayu-rayu nak ke rumah classmatenya.Kami tak benarkan..Kalau setakat nak bermain selepas balik sekolah ok..Tapi kali ni dia berjanji dengan kawannya awal-awal.Nak tak nak kenalah benarkan.Lagipun ni last chance untuk dia sebelum kembali ke Malaysia.First n last..



macam-macam budaya..


Saya memang tak suka sebab, budak tu memang sah-sahlah kafir.Bimbang dia terpengaruh dengan gaya hidup diorang yang serba bebas.Bila berada di rumah diorang bermakna, tak solat dan tak mengaji al-Quran.Pening Ummi tau.Bab makan-makan pun bahaya juga.Sebelum pergi biasanya saya pesan berpuluh-puluh kali supaya dia tak makan bila di pelawa.Yang boleh hanya minum air kosong atau makan buah sahaja.Itu pun rasa cuak juga sebab pinggan gelas orang tu dah bercampur baur dengan segala benda haram..


bukan senang nak mendidik anak di negara asing..



Hakikat yang ini jugalah menyebabkan saya tak sabar nak balik Malaysia walaupun seronok berada di nagara orang, rasanya tak sanggup mengorbankan agama dan masa depan anak.Ikutkan hati memang suka kalau anak dapat meneruskan study kat sini sebab suasananya sungguh seronok dan tidak menekan.Tapi bila fikir terpaksa berdepan dengan cabaran-cabaran sebegini, saya tak sanggup..    

Wednesday, November 2, 2011

Berjimba di Pantai Mulaloo

Ni kisah lepas balik strawberry picking.Masing-masing menuju ke rumah saya untuk simpan strawberry sebelum ke Mulaloo Beach.Pantai yang sangat cantik.Airnya biru jernih, pantainya bersih.Kami selalu ke sini bila summer untuk makan-makan, atau berBBQ atau main-main sambil mandi-manda.


 dengar baik-baik syaratnya ye anak-anak..


 bila dah besar, mesti Danish malu tengok gambar ni..sapalah gandingkan dia dengan anak dara kawan saya ni..hehe



 Danial berbaju merah dengan best friend..


acara paling digemari..


Tapi dalam keghairahan mandi-manda bimbang tetap ada, sebab beberapa minggu lepas pantai ni ditutup selepas diserang white shark.Memang bahaya.Kebanyakan pantai kat Aussie ni ada shark.Hati-hati kalau ke pantainya.Sepanjang hampir tiga tahun ni, memang dah banyak kes shark telan atau gigit orang.Malang tak berbau,kan?Jadi semua orang hanya dibenarkan mandi di gigi pantai sahaja..


 airnya yang biru memang mengasyikkan..


puas dapat mandi pantai


aktiviti untuk budak-budak kecik..

Saya tak begitu menghayati keindahan pantai dan kemeriahan kali ni, Dalia meragam sikit..Redha je la.Ada masa boleh pergi lagi.Tak jauh pun dari rumah.5minit je..

Monday, October 31, 2011

Petik Strawberry Masam

Tahun ni adalah tahun terakhir memetik stawberry tapi keterujaannya tetap sama seperti tahun-tahun lepas.Bukan tak boleh memetik strawberry lagi kat Malaysia, kan..Kat Cameron Highland  pun banyak ladang..Tapi bagi saya feel takkan sama, sebab strawberry kat sini memang besar-basar dan manis..Sambil petik sambil makan..hehe..Termakanlah segala racun dan baja-baja dari pokoknya..


 Danial bersama buah kegemarannya..


Danish~ rajin petik, sebijik pon tak makan

model-model tak berbayar..


Sedikit kecewa tahun ni mungkin disebabkan hujan terlalu lebat, buahnya agak masam.Danish dan Danial pula terlebih rajin, yang kecik-kecik pun dipetik juga.Tapi telan juga..Dah petik berkilo-kilo, takkan nak buang begitu sahaja.Teringin nak wat cheesecake lagi.Creamcheese habis stok pula.Nak wat jem pun anak-anak dah jemu..Apa lagi boleh dibuat dengan strawberry ni?


 apek, tuan ladang yang peramah..


 ni dia gaya orang 1st time petik strawberry..


ada juga yang teruja dengan tractor ni..

Inilah antara aktiviti terakhir di Perth..Dah nak balik dah..Sedihnya..