Pening kepala juga bila baca banyak pasal makanan haram kat Malaysia.Akhir tahun lepas minyak sapi.Pusing sana pusing sini, last-last jadi halal pula.Terbuang juga satu tin besar kat rumah saya ni.Bila tau halal, rasa geram pun ada..
Beberapa hari kebelakangan ni Secret Recipe pula haram.Tapi dinafikan.Timbul pula isu haram produk Syarikat Prutotos sebab menyalahgunakan sijil halal daripada JAKIM.Tup tup halal pula.Selalu sangat timbul isu camni..
Macamana orang-orang JAKIM buat kerja?Nak isytihar halal ke haram sepatutnya siasat betul-betul dulu.Sekarang ni saya percaya ramai yang dah meragui kewibawaan mereka..
Sunday, May 29, 2011
Friday, May 27, 2011
Jandakot???
Saja nak berkongsi kat sini.
Di Perth ni ada satu tempat namanya Jandakot.Kelakar, kan?
Saya berteka-teki dengan suami agaknya perempuan-perempuan kat situ keliru dengan status masing-masing
Sebenarnya ia bersempena nama sebuah tasik.
Perkataan 'Jandakot' ni sebenarnya berasal daripada bahasa aboriginal yang bermaksud "place of Whishling Eagle".
Di Perth ni ada satu tempat namanya Jandakot.Kelakar, kan?
Saya berteka-teki dengan suami agaknya perempuan-perempuan kat situ keliru dengan status masing-masing
Sebenarnya ia bersempena nama sebuah tasik.
Perkataan 'Jandakot' ni sebenarnya berasal daripada bahasa aboriginal yang bermaksud "place of Whishling Eagle".
Labels:
Celoteh,
Hidup di Rantauan
Wednesday, May 25, 2011
Cheesecake Sedap
Betul-betul busy sekarang ni.Memang tak sempat nak updateb blog dan BW.Sorry ye.Baby meragam sikit.Sejuk agaknya.Udara winter dah mula terasa!Dia pula tak suka 'dibungkus'.Kesian..
Semalam hari jadi mentua saya, sambil baby duduk kat rocker, sempat juga menyiapkan cheesecake.Mula-mula berura-ura nak beli saja, tp bila meneliti bahan-bahan kat CheeseCake Shop yang kononnya halal, was-was pula.Gelatin halal tapi emulsifier tak dinyatakan pula sumbernya.Nak selamat wat sendiri la.Hampir pukul 12 malam barulah kek masak.Tak sempat nak hias.Cukuplah dengan strawberry diatasnya.Tulisan Happy Birthday tu suami beli kat kedai je.
![]() |
Nampak jerawat..hehe.Percbaan pertama oklah, kan? |
Resepi ni saya ambil dari internet juga tapi telah diubahsuai mengikut citarasa sendiri.Best!!!!!!Tak manis sangat.Kalau berkenan silalah salin resepinya ye..
CHEESECAKE SEDAP
Bahan-bahan
Based:
2 cawan biskut digestive (saya pakai shortbread)
2 sb butter
Cheesecake
250g creamcheese
4sb gula
4sb plain yogurt
2biji telur
1sb gandum
2sb jus lemon
1st esen vanila
Cara-caranya:
Based:
1.Hancurkan biskut, gaul dengan butter yang telah dicairkan 10saat dalam microwave..
2.Tekan dalam springfoam, masukkan dalam freezer
Cheesecake:
1.Pukul creamcheese dan gula sehingga lembut dan sebati.Kemudian masukkan yogurt.Pukul hingga sebati
2.Masukkan telur satu persatu.Pukul lagi.Kemudian tambah jus lemon dan esen vanila.Pukul sekejap.
3.Akhir sekali masukkan gandum.
4.Masukkan adunan kek ke dalam springfoam yang telah diisi biskut dan butter tadi.Bakar secara bain marine selama 20-25minit, suhu 150degrees.Balut tapak springfoam dengan aluminium foil untuk elakkan air masuk.
*Saya gandakan bahannya, jadi masa membakarnya pun berganda!!
5.Sejukkan 2-3jam.Overnight kat freezer.Baru sedap.
Labels:
Diari hidup,
resepi
Subscribe to:
Posts (Atom)