![]() |
| alat penguji sugar level dalam darah.. |
Saya dibekalkan alat untuk uji kadar gula dalam darah 4 kali sehari.Sebelum sarapan, 2 jam selepas sarapan, 2 jam selepas makan tengahari dan 2 jam selepas makan malam.Tak boleh skip sebab kesemuanya perlu direkodkan dan alat itu sendiri boleh memuatkan history ujian yang dilakukan.Setakat ni masih terkawal tetapi kadang turun kadang naik.Memang tak boleh tersilap diet.Makan terlebih nasi, atau terlebih makanan manis boleh menaikkan bacaan meter alat tu.Tension juga macam ni. Banyak pula masalah pregnant kali ni.Mungkin nilah ujian Allah untuk diri saya.
Bila ada tester ni, suami pun ambil peluang untuk test sugar leval juga.Dia ni kurus saja orang berbanding saya yang memang montel.Tapi mana sangka dia punya level lagi tinggi daripada saya.Mungkin sebab suka sangat minum kopi untuk tahan mengantuk bila study.Dia boleh habiskan 2-3 cawan kopi setiap hari.Bahaya, kan.Berbeza dengan saya, saya tak suka minum air bergula.Kadar gula saya ketika tidak pregnant adalah normal!Saya pula tumpang susah hati untuknya.Apa pun kena control diet satu family la kalau macam ni.
Dari pemahaman saya semasa sesi consultansi baru-baru ni, semua bahan makanan mengandungi gula secara semula jadi kecuali sayur dan lauk-lauk seperti ayam, daging, ikan, seafood dll.Jadi makanan ni boleh diambil dengan kadar 1/2 pinggan sayur (bukan digoreng, tapi steam atau rebus sahaja), manakala 1/4pinggan lauk (juga dimasak secara sihat).Susah juga nak amalkan sebab makanan Melayu kebanyakkannya digoreng.Apa pun saya akan cuba ubah diet keluarga saya..




