Sunday, October 18, 2009

Ronda-ronda di Perth Zoo





posing di atas kanggaroo..


kat sini ada monkey2



jambatan gantung pun ada..





naik replika gajah tp xnampak badan la plak




auuummm..


sukanya dapat tgk orang utan..


cak.. dia bersembunyi kat cni..


naik kura2 tiruan


ni baru ori..


lukisan aborigin..


tiga mak dara..


kita makan dulu..

Habis separuh hari meronda kt Perth Zoo...dah lama janji dengan anak2 tp ni baru berkesempatan..sukanya budak2 dapat tengok haiwan2..mak bapak budak pun apa kurangnya..tambahan lagi cuaca pun pun  tak panas sgt hari ni. cuma 27 darjah celcius.best la.. bertambah best lagi coz zoo kat sini cantik landskapnya.ada taman2.so sambil jalan2 tengok haiwan sempat lagi manjamu selera..

pegi ke sana bersama Syikin n family juga Ina n Family. 3 family semuanya..Ina ni baru je pulang dari bercuti2 kat Malaysia..tp minggu dpn dah nak balik coz hubby dia dah tamat belajar..tak tau la bila lagi boleh jumpa Ina bila dia dah balik Malaysia kan..

hampir lima jam juga kami berada di sana, dari pukul 8 hingga pukul 1tgh.penat giler.nak tercabut kaki rasanya berjalan2 sekitar zoo..

Saturday, October 17, 2009

Abah beli nyawa

Sebelum baca entry ni saya nak minta maaf sekiranya mengundang ketidakselesaan pembaca..

Ceritanya begini suatu pagi ketika anak saya yang kecil mengorek-ngorek hidungnya, saya tegur dia "kenapa korek2 hidung?". Dia jawab "sebab ..... banyak.Kenapa ye umi?". Saya pun tercari-cari la jawapan utk diberikan anak yg umur tiga tahun ni..

"Oo ni sebab kita bernyawa jadi banyak la habuk2 dan debu2 masuk ke hidung". jawab saya. dia tanya saya lagi "Umi, abah ke beli nyawa ni?". hahaha nak tergelak pun ada..susahnya nk beri penerangan kepada budak yg masih pendek akal ni ye.."Tak, Allah berikan nyawa ni free je tak payah bayar apa2 percuma saja, faham?". Dia  jawab "ye".saya pun tertanya - tanya juga betul faham ke budak ni..

Apepun harapan umi baby akan dipermudahkan Allah untuk faham bila besar nanti..amiiiinn



Summer datang lagi



Alahai panasnya hari ni..ikutkan hati nak bermalas-malas kat rumah je..tp camna pun rutin hari sabtu mesti berjalan seperti biasa. Pukul 6 pagi kuar dari rumah utk mengedar katalog..tapi cuacanya Masya Allah cam kul 9 pagi dah..

Rasanya last week sejuk masih terasa dgn suhu 16-19darjah celcius hari dah meningkat ke 35 darjah celcius..huh panasnya..ape pun syukur la masih diberikan peluang hidup di atas muka bumi Allah..



katalog yang masih 'mentah' lagi

sedia utk diagih-agihkan


susun camni ye..
Bbalik dari menghantar katalog pegi beli barang dapur kt nguyen n phat supermarket Asia kt sini segala benda boleh beli asalkan sanggup kuarkan ongkosnya..heheh.nama supermarket ni mengingatkan saya tentang sorang kawan di SMK Saujana tempat saya mengajar sebelum datang ke sini..Mek Kephat juga dipanggil Phat..