Friday, January 21, 2011

Bertambahlah Sunyi...

Dah dua hari saya ada tetamu kat rumah.Kawan kami yang dah submit thesis PhD, tunggu masa nak balik hari Ahad ni.Agak busy jugalah saya.Tapi diorang pun tak melekat kat rumah pon.Ke sana ke sini nak settle segala urusan sebelum balik.Hari Sabtu ni konvo.So tahniah Dr.Tuan Zainun.


Masa yang ditunggu-tunggu

Hilanglah satu famili lagi.Tinggal lagi 4famili.Bertambah sunyilah kami nanti.Bulan Augus ni lagi dua famili balik.Tinggallah kami dua famili terkontang kanting di daerah Joondalup.Kami memang agak terasing dari pelajar-pelajar yang tinggal di Perth City.Sebab agak jauh untuk berhubung dan masing-masing busy dengan study.Sedihnya.Bilalah giliran kami pula..Hanya masa yang menentukan..


Wednesday, January 19, 2011

Dai'e Kristian Mengetuk Pintu Lagi

Saya paling tak suka diganggu oleh orang yang tak dikenali.Tak kiralah orang nak promote barang ke, nak berkempen ke, tersilap rumah ke.Paling benci pendakwah Kristian yang suka sangat 'bertanya khabar' kami sekeluarga.Baru hujung minggu lepas kami dikunjungi dua pendakwah lelaki (tak pasti sama ada diorang ni paderi atau tidak).Masa tu kami kat halaman rumah.Dari jauh saya perhatikan memang diorang tak singgah ke rumah orang Kristian, sebalik menuju terus ke rumah kami.Rasanya memang rumah ni dah jadi tumpuan sebab hanya rumah kami dan rumah kak Ani jiran saya je yang Muslim.Yang ni tak bercakap banyak, cuma tinggalkan kami satu pamplet.



'Hadiah' yang dapat hari ni..

Pagi ni dua orang perempuan pula datang mengetuk pintu,ingatkan budak-budak nak datang mengaji.Banyak pula syarahan pasal Kristian.Rasa macam nak sekeh-sekeh je kepalanya.Tapi nak buat hidup di tempat orang kenalah beralah walaupun kita yang benar.Diorang bagi saya pamplet sama seperti diberikan kawannya minggu lepas, juga satu buku 'What Does the Bible Really Teach'.Janjinya nak nak datang lagi minggu depan.Ikutkan hati nak berdakwah pasal Islam tapi bimbang juga keselamatan kami sekeluarga..Kalau anda macamana ye?Apapun saya akan cuba cari hujah untuk berdakwah kepada mereka pula.Biar diorang takut sikit.Tunggulah minggu depan..



Tuesday, January 18, 2011

Bila Doktor Berleter

First time saya jumpa doktor garang kat sini semasa check up bulanan hari Rabu lepas.Doktor Cina.Nada suaranya tinggi sekali bila dia tengok rekod paras gula saya yang turun naik.Sepatutnya test dilakukan 4kali sehari, saya cuma buat tiga.Skip test sebelum breakfast sebab biasanya ok je.Malas nak menghabiskan strip yang mesti bertukar setiap kali test.Saya beri alasan benda alah tu mahal sebab tu saya skip.Insurans pula tak cover.Subsidi hanya untuk orang tempatan sahaja..


 
bukan doktor ni yang saya jumpa..hehehe


Yang dia bebelkan tu memang benda baik tapi rasa macam tak boleh terima caranya yang terjerit-jerit tu.Lastly dia warning saya kalau paras gula lebih 6.9, saya kena cucuk insulin.Lagilah tak sanggup.Sebab mahalnya mak datuk..Hehehe.Tapi betul, ada hikmahnya Lepas kena leter sebegitu, saya mula berdiet sayur dan lauk sahaja.Karbohidrat cuma ambik dalam kadar yang sangat sedikit sahaja.Dan pastinya gula kembali normal.Dia juga bagi bekalan strip free untuk saya.Tq doktor..