Thursday, July 8, 2010

hmmmm..Dah Nasib Hidung

Malam semalam, saya baru je melelapkan mata,Danial terjaga. Dia menangis-nangis entah apa la budak ni nak..Sekali dia termuntah.Habis satu katil terkena muntahnya.Selimut, cadar.Geramnya saya tengah-tengah sejuk winter ni dia buat hal.Dah la esok agen nak datang inspect rumah..Badannya, kepala sampai ke kaki terkena.Jadi terpaksalah umminya memandikannya.Menangis lagi.Mulut ummi memang tak diam la..hehehe..

Dah abah pakaikan baju dia pun tertidur.Satu bilik disembur perfume.Tapi saya hairan kenapa la hidung ni asyik terbau-bau lagi muntah.Ingatkan saya basuh dia belum betul-betul bersih.Bila check ok je.Manalagi ni?Check punya check bantal yang saya tidur pun terkena juga.Macamana boleh terkena?Padahal dia membelakangkan bantal.Hai kesian hidung..Saya pun kena mandi juga...brrrrrrrr..sejuknya..

 

Sunday, July 4, 2010

Tag Daripada Nadiah

Kebetulan pula, kena tag masa tengah rajin..Buat terus la..
1.barang kawin pertama yang dipakai
-handbag dan kasut..

2.barang elektrik pertama yang dibeli selepas bernikah dan duduk sebumbung
-peti ais

3.barang peribadi yang pertama dibeli dengan wang hantaran
-barang kemas

4.barang peribadi pertama dibeli selepas bergelar isteri
-kasut (masa tu tengah gila membeli kasut)

5.barang mahal pertama kali dibeli selepas bergelar suami isteri
-perabut rumah..

6.tag 5 blogger lain
-Nida
-Chik Na
-mamalieyna
-azrina
-Ibuhani

Thursday, July 1, 2010

Nak Ummi Baru..

Melayan kerenah anak-anak kadang menyebabkan saya pening kepala juga.Anak dua je, bukannya 19, kan Nadiah?Hehehe..

Pernah saya cakap kat Danial : Kalau Baby banyak sangat buat hal, nanti ummi mati cepat.Abah pun kenalah cari ummi baru
Danial : Ye ke ummi?Baby nak la ummi baru...

Terdiam saya, abah pula tersenyum simpul.Penuh makna..Hahaha terkena lagi..