Alhamdulillah dah hampir 1 1/2 bulan kami satu famili sampai ke Malaysia.Tapi saya memang tak sempat langsung nak update blog sebab betul-betul bz..Balik je dari Perth, Danial anak anak saya no. dua tak sihat..Mula-mula sakit kaki hingga tak dapat berjalan.Kemudian bersambung dengan sakit perut pula. Keluar masuk hospital sampailah saya kembali mengajar.Syukur dia dah pulih..
Bila dah mengajar bertambah bz la pula dengan tugasan kerana saya posting ke sekolah baru yang jauh dari tempat suami bekerja.100km lebih..Terpaksalah kami berpisah buat sementara waktu.Suami kat KT, saya dan anak-anak ke Dungun..Memang memeritkan.Tapi apakan daya..Perancangan Allah lebih baik untuk kami..
Sejak Khamis lalu kami datang ke Perth lagi untuk menghadiri majlis convocation suami..Tahniah suamiku, Dr Nazli..Mudah-mudahan ujian Allah untuk bertambah mematangkan hubungan kita.Amiiin..