Thursday, December 2, 2010

Rindunya Dunia Cikgu..

Dah hampir dua tahun saya bercuti tanpa gaji kerana ikut suami belajar kat sini.Mula-mula berhenti kerja dan menjawat jawatan suri rumah memang menyeksakan.Tak tahu apa aktiviti yang nak dibuat untuk mengisi masa yang sangat lapang.Sebelum tu kerja suri rumah adalah bermula lepas balik sekolah dan hujung minggu sahaja tapi cukup memenatkan!Mungkin sebab banyak kerja yang perlu dibereskan dalam masa yang singkat.Saya begitu takut menjadi suri rumah.Tapi tak sangka senang rupanya jadi suri rumah.Setakat kemas rumah, basuh baju dan memasak apalah sangat.Otak rileks je..


Sering juga merengek-rengak minta izin kerja daripada suami.Kat sini ada sekolah agama, dengan kelulusan yang ada saya sangat berharap menjadi cikgu kat situ tapi susah juga bila tiada orang yang sanggup jagakan anak.Nurseri tersangatlah mahal.$300 lebih untuk seminggu!Sama mahal dengan harga sewa rumah.Lama kelamaan hasrat terpendam begitu sahaja..


Hobi saya no. wahid ialah memasak sebenarnya.Apalagi lagi memasak la kerja saya sehari-hari.Macam-macam resepi yang saya cuba.Tapi yang sedihnya cuma anak-anak yang suka makan. Suami cuma gemarkan nasi sahaja.Tak pasal-pasal saya yang kena habiskan makanan untuk elakkan membazir.Dah jadi tong sampah layaknya.Tapi bila sedar tabiat ni boleh membahayakan, saya mula perlahankan aktiviti masak memasak.


Nak mengisi masa, saya cuba cari hobi.Saya bukan orang yang gemar berdepan dengan laptop. Kepala sakit, mata senak-senak.Saya rabun jauh sebenarnya tapi malas nak pakai spek.Sebab tu jugalah saya lambat mula blogging.Tapi saya mulakan juga untuk isi masa lapang.Alhamdulillah..sedikit sebanyak mampu mengisi masa lapang dengan berfaedah.Banyak pengalaman, ilmu dan cerita yang saya dapat daripada blogging.Sejak pasang iklan nuffnang, saya makin bersemangat.Sekurang-kurangnya ada 'sesuatu' yang saya dapat..


Namun realitinya saya kini sebenarnya semakin rindu dengan dunia cikgu yang ditinggalkan lebih kurang dua tahun ni.Sungguhpun bukan senang nak mendidik pelajar menjadi 'orang' tapi di situlah terletaknya cabaran. Kalau pelajar berjaya, kita yang merasa kemanisannya.Maksud berjaya di sini bukanlah dapat masuk universiti semata-mata.Tapi mampu menjadi manusia yang ada guna kepada masyarakat, agama dan bangsa.Bertambah bangga kalau pelajar yang kenang jasa kita..Ahhh..semakin rindulah macam ni..







22 comments:

Zaidah said... [Reply to comment]

klu kita dah biasa kerja memang kita akan rindu ngan pekerjaan kita...so bagi mengisi kekosongan tu ape lagi BW lah...hehehe

a.z.r.i.n.a.03.07 said... [Reply to comment]

kena bersabar sebelum balik sini lah jawabnya Miza...

Nida n' Hanafi said... [Reply to comment]

sangat memahami keadaan Mizah sebab diriku pun begitu... cuma mujur Nida ada kesempatan jadi babysitter di sini, kuranglah sedikit kebosanan.. tapi bila dah lama2 jadi suri rumah ni ok juga... cuma nak berbelanja tu terhad sedikit

p/s: Nida mohon guru ganti dulu (masa balik 3 bulan)melalui PPD bukan dari sekolah.

Kakcik Seroja said... [Reply to comment]

Lama lagikah Mizah akan jadi surirumah sepenuh masa tu? :)

cheqna said... [Reply to comment]

kak..
lama lagi ke duk sana tu??
memnag rindu kan??
sabo kak...

Acik Erna said... [Reply to comment]

hamizah..jadi cik gu dengan anak je la buat sementara waktu..untuk lepaskan rindu..
dah balik sini nanti..teruskan la kerjaya mizah tu..kena bersabar ye..

Zaitun said... [Reply to comment]

Kak Zai pernah merasa apa yang Mizah alami,memang menyiksakan tapi ada untungnya anak2 kak Zai tak payah pergi tuition tapi hanya ditahap sekolah rendah ajelah.Tak cukup pandai mengajar lebih2.

anie,Nagoya said... [Reply to comment]

yuhuuu....Hamidah dah kawen...maaf ya..kkanie lom sempat nak renang blog Hamizah ni.ingatkan masih belajar.

hihihi...jgn jeles.kkanie keje.anak dah besar.tapi balik umah sebelum dia org balik.

buat masa ni pendam le dulu nak keje.anak dah besar sikit leh mengajar balik.sabar ya...

azieazah said... [Reply to comment]

Tak tau nak kata apa. Terkedu, kerana Kak Azie memang sentiasa tabik spring pada golongan guru ni. Sebab anak-anak saya belajar banyak dari guru dan tiada hadiah selain doa buat para guru.

Teringatkan NIDA (di Auckland) bila baca entri ini.

Bila baca blog NIDA lak teringat lak kat HAMIZAH... hehehe

sekadar satu coretan said... [Reply to comment]

sabar ye mizah..nnt bile balik sini boleh kerja semua...kerja sebagai guru adalah sgt mulia...

mcm kak ain ni..bile kerja teringin mcm nak duk rumah...tapi bile fikir2kan semula, kerja jer la...

transformed housewife said... [Reply to comment]

dulu selama 3 1/2 sy pun raso 'puah" sgt2 sbb rutin hr2 samo jah. Sama dgn Miza, rajin try resipi, lps tu start tulis kat blog. Nsib baik ado playcentre jugok tempat sy bulih bawok anok2 main 3,4 kali seminggu.

Hamizah said... [Reply to comment]

zaidah,
bosan jgbilaasik2 BW je...hehehe..rasa xberpijak dibumi yg nyata

reen,
tgh bersabar ni..

Hamizah said... [Reply to comment]

Nida,
bestnya ada jugalah keja bila jd bb sitter..takpelah saya tunggu bb lahir next year hilang boring tu..

kakcik,
1thn lg..insya Allah..

Hamizah said... [Reply to comment]

cheqna,
sabar3x..

kakerna,
ajar anak sendiri lain..ajar anak org lain pula keadaannya..tapi ok juga dapatlah asuh anak sdiri,kan?

Hamizah said... [Reply to comment]

kak zai,
penah keja ke dl?seksa, kan?kalau saya, mmg x igin anak2 gi tuition, tp kalau kat cni anak2 belajar rilek je..xperlu tuition..

Hamizah said... [Reply to comment]

kak anie,
nanti renang dlm2 ye..hehehe
saya cuma ada setahun je lagi kat cni..da nak blk daa..mungkin sbb tulah makin rindu..

Hamizah said... [Reply to comment]

kak anie,
nanti renang dlm2 ye..hehehe
saya cuma ada setahun je lagi kat cni..da nak blk daa..mungkin sbb tulah makin rindu..

Hamizah said... [Reply to comment]

kak azie,
xramai sudi hargai cikgu2..tq..
NIDA = HAMIZAH ke?

Hamizah said... [Reply to comment]

kak ain,
bila biasa kerja mmg ssh juga bila kena dok kat rumah je..

Hamizah said... [Reply to comment]

nur,
hanya kita je faham situasinya,kan..
skrg ni tambah2lah boringnya bila hubby gi pagi blk nak mele doh..huhuhu

Anonymous said... [Reply to comment]

Ini cukup asalkan ada banyak di luar sana hanya menunggu kanan.

Anonymous said... [Reply to comment]

Terima kasih untuk posting yang bermanfaat! Aku tidak akan mendapatkan ini dinyatakan!