Tuesday, December 7, 2010

Pendidikan Seks di Sekolah

Mulai tahun depan pendidkan seks akan mula diajar secara formal dan berasingan dengan subjek lain di sekolah semua peringkat, rendah menengah.

Objektifnya menurut yang saya petik daripada BERITA HARIAN :

"Pada peringkat menengah rendah, antara tumpuan diberi ialah kecekapan psikososial atau kemahiran hidup menangani situasi berisiko, pengurusan tekanan, jangkitan penyakit seksual, dan perkembangan sifat seksual sekunder.Di peringkat menengah atas, ia membabitkan kemahiran kecekapan psikososial, kestabilan emosi dan mental, kehamilan remaja, kekeluargaan, jangkitan penyakit seksual, langkah pengawalan dan pencegahan rokok dan dadah," -Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran..

Mungkin macam-macam persepsi akan timbul daripada idea ini.Bagi saya, perkara ni ada pro dan cons.Bagi saya kita seolah-olah sedang menghala ke arah menghalalkan seks luar nikah tetapi cuba mengelak daripada berlakunya kehamilan di kalangan muda mudi..Bimbang juga kalau-kalau semakin diajar semakin kemuncak rasa ingin mencuba.Apa pun baik juga melatih pelajar mengenalpasti gangguan seksual seperti rogol, cabul dsb..Selain pengajaran seksual seperti rokok dan dadah memang wajar diberi lebih pendedahan.

P/S: Sefaham saya kat Oz pendidkan seks hanya diajar di peringkat sekolah menengah sahaja.Harap-harap saya tak diberi kepercayaan untuk mengajar subjek ni..Tak sanggup nak berceramah pasal seks kat kelas selama 40 minit (untuk sekolah menengah).

15 comments:

kasihibu said... [Reply to comment]

subjek cabaran bagi guru alaf ini

julietchun said... [Reply to comment]

dapat pulak pelajar cina dan india yg susah paham lagi haru nak terangkan :D

a.z.r.i.n.a.03.07 said... [Reply to comment]

minta2 berkesanlah nanti...

edina said... [Reply to comment]

saper hok keno ngajar subjek PEERS ni ek?

maya amir said... [Reply to comment]

saya sbnrnya against psl nak ajor seks ni.. kenapalaa takmo ditingkatkan lagik pendidikan agama kat sekolah2..selalunya, kat sek rndah jek dititikberatkan ..bila naik sek men, hancusss...huhu..skang tak belajo secara rasmi pun dah pandai, apatah lagik bila dah diajor..haisshhh:(

Anonymous said... [Reply to comment]

harap2 berkesan..jgn kejap ckp nak ajar, pastu buat sparuh jln..

cikgu suhaila said... [Reply to comment]

nasib...akk ajo math n kimia...
rasa macam selamat.
mizah joint tau bloglarian...

en_me said... [Reply to comment]

rasa memuncak nk mencoba kanns.. ekeke

Hamizah said... [Reply to comment]

sayangsayangibu,
besar benar cbran jd cikugu ni..

Hamizah said... [Reply to comment]

julietchun,
biasanya diorg ni cepat je faham bila diajar benda2 camni..hehehe

Hamizah said... [Reply to comment]

reen,
harap2 lah..

Hamizah said... [Reply to comment]

maya,
itulah dok bimbang nih..

Hamizah said... [Reply to comment]

mak dara,
harap2 positif la kesannya..

Hamizah said... [Reply to comment]

kak su,
rasa2nya cam ustz atau cikgu sains je yg kena ajar..

Hamizah said... [Reply to comment]

en_me,
x diajar pon dah sampai kemuncaknya..diajar lagi lah..xbimbang pregnant, sbb dah arif semuanya..