Ketika mengajar di sebuah sekolah menengah kat Johor Bharu, saya pernah ditanya seorang pelajar tingkatan dua "Ustazah, orang mabuk boleh solat tak?" Jawab saya "Kalau sedang mabuk memanglah tak boleh solat kang kita salah membaca segala bacaan.Sebelum arak diharamkan sepenuhnya Islam melarang umatnya solat ketika mabuk.Kenapa tanya camtu?" Biasalah saya ni ustazah yang busy body sikit.Kalau tak, mana nak tau masalah pelajar.
"Ustazah, dulu masa cuti sekolah hujng tahun saya kerja kilang.Bila tension kerja saya akan minum arak.Release la sekejap" dia mula mengadu.Tengok, memang penting cikgu-cikgu yang busy body!!!Rasa nak pengsan saya dengar budak 12 tahun dah mula tau mabuk-mabuk.Dia ni pelajar pintar. Suatu ketika dulu ada Penilaian Tahap Satu (PTS) yang membolehkan pelajar tahun 3 terus ke tahun 4.Dia salah seorang yang terpilih.
"Kenapalah awak buat camtu?Kan kita ada Allah berdoalah mintalah Allah lapangkan dada,mengadulah segala masalah kita padanya.Lagipun arak menyebabkan kita terjebak dengan bermacam lagi maksiat.Bila otak dikawal oleh arak, kita sanggup mencuri, berzina, membunuh.Ia juga boleh menganggu kesihatan dan tumbesaran "Panjang lebar pula saya mengingatkan dia.Balasnya "Yelah ustazah, sekarang saya dah insaf sangat-sangat.Saya dah tak ambik lagi". "Alhamdulillah, ustazah doakan awak kuatkan semangat dan berjaya dalam hidup"Balasnya" Terima kasih ustazah".
Itulah bila budak-budak dah mula pegang duit sendiri, arak pula boleh dibeli senang-senang oleh sesiapa sahaja.Saya tak tahu apa nasib budak tu sejak-sejak bertukar ke Terengganu.Apapun sentiasa mengharapkan semuanya berjaya dunia dan akhirat..
27 comments:
terkesima...
12 tahun??!!
Mujur dia cepat sedar.
Anak saya yg sedang tunggu result SPM tu tak nak kerja kat kedai tujuh sebelas sbb di situ ada jual arak.
apa...?? dhsyatnye..
sekarang ni yg byk terlibat kes jenayah pun kebanyakannya remaja.
arak tu kan ibu segala kejahatan...jangan mencuba minum arak...klu dah jadik darah daging memang tak bleh tingal...
...remaja masa kini.Mencabar, kan!
salam hamizah.12 tahun??
keciknya lagi..
12 tahun dah pandai minum arak,kenapa jadi macam tu agaknya.
Ni lah bahayanya bila budak2 dah mula pegang duit sendiri...main beli je apa yg dia nak tnpa mengira benda tu halal ke tak...
Takut ngan perkembangan budak zaman skrg!! Ya Allah jauhkanlah dari segala kejahilan...
seriousss??? oh my god.. tetibe saya takut memikirkan danial & airell..nauzubillah..mintak dijauhkan anak2 kite..huhu..
oi... advance,
mitok2 la dia x terjebak sekali lg... bahayo tu!
nasib baik budok tu kato dah insaf. Dio sanggup tanyo pun, napok dio sedar doh tu. Dunio akhir zamae ni mace2 sungguh.
terkejut kak ain bacenye...takut bile memikirkan semua ni...mintak2 jaukkan terjadi kat anak2 kite semua...
adakalanya budak dah maju betul pasal ni..harap merekayg tergelincir, cepat sedar akan kesilapan..
SALAM,
ORANG YANG BERSOLAT DENGAN SEMPURNA, DIA TIDAK AKAN MAKAN/MINUM BENDA2 YANG MEMABUKKAN. KALAU DAH MABUK, MACAM MANA KITA NAK KHUSUK SEMBAHYANG?
DrSinga,
yup..kesian,kan?
YB,
ye mujur dia sedar cepat..tp bimbang juga dia terjebak lagi..
marinna,
ye, kan?
juliet,
kesian remaja sekarang terlalu byk cabaran..
zaidah,
bahaya org ketagih dadah,kan..
ckLah,
yup..zaman plg suka buat yg org xsuka,kan?
puas hati bila dpt sakitkan hati org..
kak Erna,
mmg terlalu kecik lg..ubun2 pon belimkeras lg..hehehe
kakzai,
sbb duit ada kat tgn kot..
affieza,
kesian bila akal xdpt bezakan baik dan buruk...
yuzie,
byk cabaran bdk2 sekarang,kan?
maya,
ajar anak2 agama..kalau ada iman di dada, mesti diorg takut nak wat maksiat..
Post a Comment