Minggu lepas saya mendapat newsletter daripada cikgu Danish yang memperingatkan kami bahawa 15 Disember ni hari Chrismast Party kat sekolah.Kami dihendaki membekalkan anak sepinggan makanan sempenanya.
Semalam ketika menjemputnya pulang sekolah cikgunya bertanyakan saya adakah Danish boleh join party tersebut?Saya terangkan, mungkin dia tak join sebab bimbang dengan makanan yang dihidangkan.Kot tak halal.Dia cakap boleh je kalau nak bawa bekal sendiri.Tapi saya tetap cuak dengan anak.Yelah kalau nampak makanan yang banyak, sedap-sedap pula tak mustahil dia nak makan juga.Hish..confused juga.Biasanya saya akan pontengkan saja dia hari yang ada makan-makan kat sekolah.Tapi bila cikgunya beria-ia menjemput tak tergamak juga nak tolak.
Lagi satu bab Akidah, krismas kan perayaan keagamaan. Budak-budak memang belum dikira dosa pahalanya tapi macamana dengan kita orang tua yang membenarkan bukankah akan dapat saham bersubahat? Saya sebenarnya tersangat bimbang kalau-kalau dia rasa perayaan tu sangat menyeronokkan.Biasanya party diorang ni selain makan-makan, akan diberikan hadiah, ada majlis tari menari. Kot-kot nanti dia terpengaruh pula. Orang tua kata jangan dah terantuk baru nak terngadah, kan?Lagi pun dalam dalam beragama kita tak bolehlah nak bertoleransi sangat..
Macamana ni?Hati saya sangat berat nak benarkan dia celebrate..Apa pendapat kawan-kawan?
28 comments:
jalan yang terbaik, pontengkan saje
tp bawaklah keluar berjln2 dimana mana yang dia suka sebagai ganjarankan?
betul tu..pontengkan jek..heheh..
baik2nye tak payah dtg kot...takut nnt terpengaruh pulak..budak2 ni bknnye tahu kalau nnpk menarik jer semua nk dicubenye..
zai teringat cikgu yang mengajar Pendidikan Islam kat skolah pernah cakap bahawa kita mengucapkan SELAMAT HARI KRISMAS pun dah tak bleh...seolah2 kita mendoakan untuknyer...apetah lagi bersama2 celebrated party...better pontengkan aje ....
maso kat playcentre dulu pun Tini & Fizah keno jugok gi maso xmas. Ambo tok bawok pung sbb takut pasal mknan, nyanyi2 xmas carol tu dgn tok se dok sambut retek. Pasal nok wish tu, kito bulih royak "Happy Holiday intead of Merry Xmas".
mak ayah tak dijemput ke ??
kalu rasa berat hati bauik xyah..
pontengkan sajalah. betul kata mizah kot dia termakan ke makanan yg dihidangkan tu.
kak mi, saya dijemput gak pegi majlis sambutan krismas dept tiap2 tahun. Tapi saya org dewasa, jd bulih tanya mn boleh makan atau tak.
Rasanya kak mi boleh mintak join, kalau nk pantau danish. Tak salah tanya makanan apa yg ada, sbb biasa diaorg akn beritahu.
Saya kena join jugak tapi bukan sbb nak sambut krismas. Ni sbb sy kena bersosial dgn org dkat department, sbb waktu kerja diaorg mn borak sgt. Jd masa tu aja boleh berkenal2. Nanti dikata sombong pulak..
Kalau tak nak pergi, ckp aja No kt cikgu dia. Diaorg takkan paksa, dn kita pun jgn rasa sush hati.
apa kata cuba bertanya pada ustaz? saya pun nak tahu gak jawapan dia
sayangsayangibu,
kalau ponteng kat rumah sajalah..bapaknya bz sgt skrg ni..kalu weekdays mmg xbolehlah nak jln2..
kak ain & maya,
rasanya nak pontengkan je drp dok pk pro & cons..
zai,
dok igt camtu gak..
nur,
last year mmg saya pontengkan terus juga..xkuasa nak tolong celebrate..
ikanemas,
xdijemput sbb party utk bdk2..
marinna & juliet,
setuju3
yani,
org tua senang cite..
tau doh nak pilih baik dan buruk..
bdk2 apa dia tau..danish beso doh make sosej cikgu dia hidang..hehehe
bkn xsir gi..tp party tu khas utk bdk2 jah..mesti boring dok sana..
eelobor,
kalau ikutkan mmg xleh la nak sambut perayaan bbentuk keagamaan..
lgpun kita bukannya kena paksa gi, kan..
hamizah..rasanya elok berterusan dengan cik gu..dan pontengkan sehari..
i think no need to attend..lainlah klu tak dtg tu boleh menyebabkan danish dibuang sekolah..
bwk gi round2 perth la kak..hehe
satu hari tak datang tak mendatangkan keburukan pada Danish kan..
akidah anak2 kita kena jaga.Di sini dah risau apatah lagi di sana.
Bertegas:
1. Benarkan anak pergi dengan kawalan ibubapa yg dibenarkan hadir sama.
2. Tidak hadir langsung.
xyah datang..susah gak nak wat pilihan ni kan..
Salam,
Pada pendapat saya, baik tak payah pergi terus.
Walaupun kita yang dah dewasa ni boleh bertanya mana yang halal atau tak, sebenarnya pengertian "halal" bagi kita pun masih ramai yang kabur. Ada hanya ambil kesah tentang "ayam sembelih sahaja" sedangkan kita juga kena prihatin tentang ramuan yang mereka gunakan masa masak.
Bagi masyarakat bukan islam pula, makna halal bagi mereka adalah "tak ada babi" jadi benda-benda lain tak apa makan. minyak masak ka, sos ka...depa ingat boleh siram sahaja apa pun...dalam makanan depa juga banyak tuang arak tu...
kita tak boleh harapkan orang lain yang sahkan apa yang kita makan itu halal ke tidak, melainkan kena check sendiri...
Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia
SALAM,
SESUATU YANG DIBIMBANGI BOLEH MENIMBULKAN KERUMITAN (APATAH LAGI BERSABIT DENGAN HUKUM AGAMA), ELOKLAH DIJAUHI.
salam.. first time disini.. kamu kat mane eh?
Saya pun rasa patut pontengkan je, coz takut gak benda2 yg tak diingini berlaku..
tak perlu hadir sebab Islam tak benarkan kita celebrate perayaan agama lain.
akidah perlu dibentuk sejak kecil.
kalau saya, x takut sgt pasal halal haram tu sbb cikgu2 dia faham bab tu...
cuma tang subahat dan akidah tu yg jd masalah utama. baik x payah la...
Post a Comment