Friday, August 20, 2010

Dah Niat ke?

Teringat pada malam pertama bersahur, seorang kawan  update statusnya kat FB supaya lafaz niat takut kalau-kalau tak terbangun sahur.Eh! kalau tak terbangun sahur ada tak kita niat tak nak puasa?

Bukan puasa saja solat pun sama juga..macam-macam cara takbiratul ihram boleh dilihat sampai ada yang terpejam-pejam mata, ada yang terpaksa ulang berkali-kali kerana nak menyeimbangkan antara lafaz niat dengan takbir.. Kesiannya, masa nilah syaitan datang cucuk jarum supaya kita was-was.Kerana nak menyempurnakan lafaz niat iman tergadai.

Lain pula ceritanya dengan student perempuan saya yang dihantar mengikuti kem motivasi untuk pelajar bermasalah bila diminta baca niat mandi wajib dia lafaz " Sahaja aku mandi wajib dua rakaat kerana Allah Taala". Yang ini lagi kelakar..

Macam-macam cerita terkeluar bila topik niat di bincangkan.Mungkin sekarang ramai dah faham apa sebenarnya niat.Niat adalah apa yang terlintas di hati tanpa perlu apa-apa lafaz.Tak kira lafaz Melayu atau Arab.Contohnya nak puasa cukuplah terdetik di hati, "aku nak puasa esok".Tak perlu lafaz Ramadhan, sebab yang tersiratnya memang dah di bulan Ramadhan..Tak perlu lafaz Allah sebab semua ibadat kerana Allah semata-mata, kan..Sebab tu saya kalau mengajar kat sekolah, saya tak minta pelajar hafaz lafaz niat.Kalau ajar kelas yang nakal sikit lagi la susah dia nak mengamalkannya.Usah cakap Arab, cakap Melayu pun belum tentu faham.

Islam itu mudah kan..



15 comments:

Kakcik Seroja said... [Reply to comment]

Salam Mizah...

Aduhai... mandi pun ada rakaat ke?

Memang nampak kelakar, tapi - pengajarannya.. kita tak boleh ambil mudah perkara sebegini. Anak2 itu kena dididik tambah2 dalam 'suasana' persekitaran yang 'mencemaskan' sekarang ini...

Hamizah said... [Reply to comment]

betul tu, kak Chik..kalau nak didik anak sendiri yang xbrapa ramai pon susah, apatah lagi nak didik beratus-ratus orang bdk kat sekolah..

Zaidah said... [Reply to comment]

klu pepanjang bebudak bukannyer nak ingat....biar pendek yang penting memang niat kita tu nak beribadah

a.z.r.i.n.a.03.07 said... [Reply to comment]

Salam Miza,



ada rakaat pulak mandi wajibnya..
mesti dia gabra masa tuh..

YanDarwisy said... [Reply to comment]

Bende2 wajib ni kene bg clear kat anak2..takut nanti diambil mudah.

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

jolor doh kak..Islam mudoh tp ore suko buat bui jd susoh. niat dale hati sudo, xyoh ayat panje2 deh

Yunus Badawi said... [Reply to comment]

Mandi wajib mana cukup 2 rakaat. Sekurang2nya kena 4 rakaat hahaha

transformed housewife said... [Reply to comment]

meme Islam tu mudoh. tapi kito yg pilih jln payoh.

Hamizah said... [Reply to comment]

zaidah,
betul simple but perfect..

Hamizah said... [Reply to comment]

reen,
may be..yg penyoal tu tak faham konsep sebenarnya..so camna nak ajar bdk2?

Hamizah said... [Reply to comment]

yan,
betul tu kalau yang asas dah salah, rosak seluruh hidupnya..

Hamizah said... [Reply to comment]

yatie,
nilah nak wi pehe nih.. susohnyo oghe2 kito nih..

Hamizah said... [Reply to comment]

YB,
eh!ye ke?entah2 4 belum cukup sbb belum rata seluruhnya..

Hamizah said... [Reply to comment]

transform housewife..
tulah pakat dok pening palo habis oghe2 loni.ado hok mudoh dok cr jugok hok payoh..jadi la payoh sengoti..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said... [Reply to comment]

nice suka n3 ni