Friday, September 24, 2010

Terimalah Dia Seadanya

Macam-macam cerita timbul sejak ramai orang Malaysia 'mampu' menggaji pembantu rumah asing.Tapi lebih banyak cerita duka daripada yang suka.Didera, dirogol, dibiarkan kelaparan, berkerja tanpa rehat, diperlakukan seperti hamba.Sekarang ni dengan membayar $500-$600 sebulan kita mampu memiliki hamba.Yang langsung tak dibayar pun banyak juga.Inilah bentuk perhambaan zaman moden.Mereka diperlakukan sesuka hati tanpa rasa kemanusiaan.


Saya tak suka mengambil pembantu rumah, sebab saya bukan penyabar orangnya.Bimbang kalau tak puas hati dengan hasil kerja mereka saya naik angin tak tentu pasal.Biarlah rumah tunggang langgang, rela saya lakukan segala kerja bibik.Lagi satu, rasa macam privacy rumahtangga terganggu gugat bila ada orang asing.Bukan cemburu.Tapi mesti tak bebas nak buat aktiviti dengan keluarga sendiri.Kalau dapat yang bagus tak pe.Bukan senang nak cari yang tahu buat kerja sekaligus tahu menjaga aurat & tahu menjaga tingkah laku (tak pasal-pasal suami kita menambah dosa!).


Saya biasanya hanya mengupah orang mengasuh anak semasa kami bekerja (nurseri hanya terdapat di pekan Setiu kira-kira 15km dari rumah).Tapi kena pandai jugalah pantau kot-kot anak terdera semasa kat rumah pengasuh.Walaupun pengasuh tak tinggal bersama, saya akan pastikan kebajikan mereka tetap terjaga.Saya akan beri mereka gaji lebih sedikit berbanding upah pengasuh lain.Tak sampai $50 pun.Setiap kali gaji, saya pasti membelikan hadiah kain pasang ke, kek ke, atau apa-apa yang patut.Bukan nak menunjuk-menunjuk.Tapi saya sedar manusia kalau diberi penghargaan mesti dia menghargainya.Anak kita pula pasti lebih terjaga.


Saya pernah dimarah oleh seorang kawan kerana memberi gaji lebih kerana pengasuhnya juga meminta gaji yang sama.Entahlah kenapa si dia berkira sangat dengan duit, padahal suaminya ada bisnes sendiri, sedangkan suami saya cuma pensyarah cabuk..hehehe..Duit banyak pun bukan boleh dibawa masuk kubur pun.

P/S: Jangan terlalu diharapkan kesempurnaan daripada manusia.Kekurangannya sedikit sebanyak mestilah kita bersedia memaafkannya.

11 comments:

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

jame kecik2 dulu kami ado pembantu rumah dr Siam..maso tu bibik Indon x masuk lg pasare Msia.

Kakcik Seroja said... [Reply to comment]

Kakcik juga tak pernah menggunakan khidmat pembantu rumah. Selain kuang berkemampuan, kakcik juga bukan seorang yang penyabar! :)

julietchun said... [Reply to comment]

sekarang pembantu rumah Indonesia dah susah nak dapat, yg tinggal kemboja dan filipina, lebih baik hantar ke nurseri, lebih terjamin pemakanan dan penjagaan anak2.

cik ct payung said... [Reply to comment]

actually, kes yg dera maid ni terpinggir, tak byk sgt berbanding kes maid yg bermasalah dan buat masalah - xbuat kerja dgn baik, lari, curi, tipu dsb. kawan2 saya ramai dah yg terkena.

saya mmg sependapat dgn kak mie, esp tang xdak privasi tu. tmbh lak rmh saya rmh atas rmh, space sgt2 terhad.

by da way, saya pn dibesarkan oleh pembantu rmh, org tempatan dan sehingga sekarang masih lagi kerja di rumah mak di jitra, lani dia jg ank2 adik plak (kira cucu dia la). dah 20 thn dgn keluarga kami.

Unknown said... [Reply to comment]

LF,
MENGAPA NAK DERA2, NAK TIPU MEREKA DAN MACAM2 LAGI YANG TAK ELOK? APAPUN LF PERCAYA BILANGAN MAJIKAN YANG BUAT PERKARA MACAM INI TIDAK RAMAI (TERLALU KECIL PERATUSANNYA). JANGAN LUPA JUGAK, PEMBANTU RUMAH NI KADANG2 BUAT PERANGAI JUGAK. DERA ANAK YANG DIJAGA, PANJANG TANGAN, DAN MACAM2 LAGI !

Ummu Ammar said... [Reply to comment]

Mizah > Suka entry ni..dr pndangan ttg pembantu rumah sampai kebajikan pengasuh..saya sependapat dgn awk..asalkan kita hidup besederhana dan tidak menyakiti org lain..itu sdh cukup mnjdkan hidup ini bermakna..

ikan emas said... [Reply to comment]

orang kita memang baik hati. Sorang dua orang kita yang buat hal tidak menggambarkan semua majikan rakyat kita berperangai macam tuu

silalah baca kisah benar di sini:

http://aksarapower.blogspot.com/2010/09/dailog-yang-bibiek-tak-suka-nak-dengar.html

ikan emas said... [Reply to comment]

orang kita memang baik hati. Sorang dua orang kita yang buat hal tidak menggambarkan semua majikan rakyat kita berperangai macam tuu

silalah baca kisah benar di sini:

http://aksarapower.blogspot.com/2010/09/dailog-yang-bibiek-tak-suka-nak-dengar.html

transformed housewife said... [Reply to comment]

sy pun kalau boleh tak nak ambik pembantu rumah. lebih rela hantar nursery walaupun skrg bayar RM800 utk 2 org anak. Kat Kelana Jaya ni biasalah segala2nya mahal.

ftrhd said... [Reply to comment]

sekarang ni susah nak percaya ka torang.. takut nanti dia tikam belakang..yg penting kita berserah lah pada yang berkuasa supaya terjaga keselamatan keluarga kita..

a.z.r.i.n.a.03.07 said... [Reply to comment]

Teringat pulak kisah lama Miza..


2 kali pembantu rumah saya lari. Itu pun dah cukup baik dengan dorang. Macam2 dibeli utk jaga hati diorang tapi dah nak kena. Sakit hati memang ada tapi pasrah ajelah. Alasan yg ditulis di surat; penat jaga budak2..

Sekarang hantar dinurseri. Memang penat buat kerja rumah tapi hati tenang.