Wednesday, September 22, 2010

Rumah Tok Wan ada Penjara!!!!

Semasa balik ke Malaysia Mac lepas, anak-anak saya terpegun seketika bila lihat rumah tok wan mereka (mak saya) ada penjara!Yang dimaksudkan mereka penjara di sini ialah gril yang tedapat di tingkap dan pintu rumah."Hahaha" Saya dan suami hanya mampu tergelak dengan kejakunan anak-anak.Bila diterangkan barulah si abang faham fungsi gril tu.Yang adik masih blur lagi.Kalau mak saya tutup gril biliknya malam-malam dia akan cakap "Apasal tok wan kunci penjaranya?". "Hahaha" ummi dan abahnya tergelak lagi.


Dia betul-betul tak faham beza penjara dan gril keselamatan sebab kat rumah kami di Perth ni langsung tiada.Semua tingkap dan sliding door cuma disendalkan dengan sebatang katu seperti batang penyapu.Tapi Alhamdulillah tak pernah pula dengar rumah-rumah di kawasan kejiranan kami ni kena pecah.Kalau kedai-kedai adalah.Diorang kat sini dah cukup duit gamaknya.Yelah yang belajar dapat elaun bulanan daripada kerajaan, yang menganggur pun dapat, yang anak ramai dapat elaun lebih daripada yang anak sikit, yang tua pun dapat.Sebab tu kurang jenayah pecah rumah.Cuma bila diorang mabuk tak usah ceritalah sampai sanggup membunuh.



hanya kayu lusuh yang menyendal sliding door kami..
(Gambar daripada hp)

Berbeza betul dengan suasana di Malaysia, kan?Hari-ada sahaja rumah kena pecah.Rumah mak saya cuma selang dua buah rumah dengan balai polis pun dipasangkan gril. Dapat membayangkan ketakutan kita.Yang rumah bergril pun kena kopak apatah lagi yang tak bergril!

26 comments:

julietchun said... [Reply to comment]

rumah disini bukan saja kena pasang gril tapi kena pasang cctv dan alarm juga. tu pon kekdg masih dapat dipecah masuk.

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

betul tu kak...kalu di msia sero x selamat jah

cheqna said... [Reply to comment]

malaysia??
hurmmmm tak yah cakaplah..
apatah lagi dikawsan umah cheqna yang dah dicop sebagai black area oleh pihak berkuasa
pepun mendoakan yang baik2 saja

YanDarwisy said... [Reply to comment]

kat M'sia kene lebih berjaga2..
mcm bleh berlaku!

Guru said... [Reply to comment]

kat malaysia ni memang serba tak selamat sekarang kan

Anonymous said... [Reply to comment]

paling takut, bila ade org panjat siling masuk dlm rumah..nauzubillah..

adie said... [Reply to comment]

skang ni bukan tahap kena pasang grill dah, dah sampai tahap kena ada bodyguard. depan rumah pun boleh kena rompak.

ckLah @xiiinam said... [Reply to comment]

Kat sini, dah pecah gril, dah rompak, dia bunuh...lepas tu bakar! Makin teruk jenayah negaraku...

FaAtip said... [Reply to comment]

ada expatriate yang dtg sini, cukup heran dia tengok rumah kat sini penuh dgn gril!!

actually rumah yg tak bergril lebih syahdu, tapikan kak Fa pun risau kalau tak ada gril!!! Sbb kat sini dah ramai penyangak! hehe

transformed housewife said... [Reply to comment]

masa kami dok NZ pun tak dok grill. meme raso selamat jah. tapi di Msia, nok tubik dgn anok2 sediri pun takut sbb bahayo tubik sore dgn 2 ore anok ni.

Unknown said... [Reply to comment]

SALAM,
PENCURI NI PUN BIJAK. ADA YANG MASUK IKUT ATAP/SILING. PASANG GRILL PUN BOLEH MERBAHAYA SEGI KESELAMATAN KPD PENGHUNI. BILA BERLAKU KEBAKARAN, SUKAR PENGHUNI NAK SELAMATKAN DIRI. ADA JENIS GRILL YANG DIREKA KHAS UNTUK MENGATASI KEADAAN INI.

mokja said... [Reply to comment]

itu lah tahap keselamatan diMsia.Ngeri dan was was pula bila rumah tak pasang itu semua.Tak ada security.Tidoq malam pun mimpi menakutkan.

Ibuhani said... [Reply to comment]

umah kat sini kalau x der grill.....makin bermaharajalelalah si pencuri gamaknya....!

Hamizah said... [Reply to comment]

juliet,
betul juga, kan..
byknya kena habiskan duit..

Hamizah said... [Reply to comment]

yatiey,
haah..takut sokmo.oghe jahat dah mace baye2 sdiri doh..

Hamizah said... [Reply to comment]

cheqna,
kat mana2 pon sama saja kalau Msia..
bdk2 sekolah akak selamba je pecah msk rmh org waktu persekelahan..

ye doa sahajalah senjata kita..

Hamizah said... [Reply to comment]

yan,
semakin menyeramkan hidup kat msia,kan

Hamizah said... [Reply to comment]

mak dara,
bkn stakat panjat siling, sedara saya ada yang dibelah tiang rumah oleh pencuri..

Hamizah said... [Reply to comment]

a kl citizen,
kat kg / bandar sama saja, kan..

Hamizah said... [Reply to comment]

Mr.Penyubiru,
kreatif betul pencuri kat Msia sekarang ada saja idea nak merompak.

Hamizah said... [Reply to comment]

ckLah,
nauzubillah sampai camtu sekali..

Hamizah said... [Reply to comment]

Kak Fa,
betul la sangkaan anak saya,kita hidup macam kat penjara..hehehe

Hamizah said... [Reply to comment]

nur,
dok msia ada gril pon rasa xselamat..
hati2 tau..

Hamizah said... [Reply to comment]

LF,
betul tuh..Agaknya diorang ni mmg mencuri tu dah jadi profesion..

Hamizah said... [Reply to comment]

mak cik,
serba salah dibuatnya, kan..psg gril takutkan pencuri tapi kalau kebakaran risau juga xsempat larikan diri..

Hamizah said... [Reply to comment]

kak ani,
kalau x gril mmg serah bulat2 utk dikerjakan la jawabnya..hehehe