Anak saya si Danish sampai sekarang tak mampu nak menyebut huruf 'R' dengan betul. Macam-macam cara kami buat untuk betulkannya.Tapi dia ni malas nak exercise lidah.Kalau dipaksa-paksa menagislah.Kesian juga bila dia terkial-kial nak membezakan huruf 'ro' dan 'gho' bila ngaji Quran.Kalau speaking lagilah pelik je bunyinya.
Teringat arwah cikgu Arifah (nanti kalau ada kesempatan, saya buat entry khas untuk cikgu tersayang ni), cikgu kelas saya semasa darjah dua dan tiga yang selalu melatih ketua kelas kami yang mengalami masalah yang sama.Lepas mengajar dia akan menyuruh kawan saya tu sebut "Red Lorry, Yellow Lorry".Tapi saya tak pasti sama ada dia pandai atau tidak menyebut huruf 'R'sekarang.Cuba juga latihan ni untuk Danish.Tapi tak mau juga dia..Alahai..
13 comments:
Salam Mizah...
tak mengapa, nanti akan pandailah dia. Si Angah kakcik, masa kecil dulu selalu 'tertukar' huruf t dengan k. Tudung jadi kudung, kaki jadi taki... :)
anak saya yg sulung pun sama kak mie. tak boleh nak sebut huruf 'r'. tp insyallah, lama2 ok la tu. my bro dulu pun macam tu. tp sekarang dah ok. cuma lambat atau cepat je la.
SALAM,
BERAPA UMUR ANAK INI ? LF AGAK BELUM SEKOLAH BETUL LAGI ! TAK MENGAPA, LAMA2 OK LAH TU MACAM EMAK AYAH DIA JUGAK !
dulu slalu main2 sebut red lorry yellor lorry smpai tergeliat lidah..hahaha
salam kak
suka sebut red lorry yellow lorry laju2
hehehehe
insyaallah boleh nanti kot...
hehehee...
normal la tu..
pelat...
=)
kak chik,
lg parah rupanya anak kak chik tu..hehehe
baya,
boleh baiki ke eh?bimbang jg nanti xboleh nak jd imam solat..
LF,
anak saya dah 7thn..hrp2 ok la bila besar nanti..
sbb takut tergeliat lidahlah anak saya enggan buatnya..hahaha
cheqna,
kitasuka dia tak suka..hehehe
lynda,
harap-harap ok lah pelatnya nanti..
salam kunjungan balas utk hamizah..
ooo..maybe lama2 okla tu kot. cuma kita la kene train dia slow2 kan..takut2 terbawak2 hingga dewasa..
teringat anak pengasuh rafiq..dia panggil rafiq..Lafiq..ehehhe..tapi dia leh sebut urup R..cuma sentiasa kene ingatkan..then dia akan sebut nama rafiq dengan betul..:-)
Post a Comment