Thursday, September 16, 2010

Nuffnang, di Mana Dikau?

Sejak-sejak lepas raya ni, semangat 'M' kembali membara,
Perut selalu penuh gamaknya,
Mata berat, otak lagilah slow..hehehe
Puasa enam baru sehari terlaksana.
Jemputan Open House masih ada lagi hari ni.
Tak pergi, rasa macam tak kena pula.
Bukannya ramai orang kita kat sini.
Pagi ni saya terbaca artikel pasal Nuffnang kat KOSMO
Wah! Rasa teruja pula nak tulis blog.
Teruja bila baca kisah kak RED, VIVVY SOFINAS,NOR IZDYANI..
Pendapatan mereka dah mencecah RM5000-RM10000 sebulan.
Hanya menulis blog dan menyiarkan iklan nuffnang..
Kalau camni boleh lah bekerja dari rumah, kan?
Saya memang dah lama mengimpikan kerjaya yang tak memerlukan kita keluar rumah.
Tapi saya memang tabik spring dengan mereka,
Untuk update blog ada yang sanggup habiskan 5-6jam masa di depan komputer..
Memang betul apa yang ditulis hanya berkisar tentang kehidupan seharian,
Namun nak memerah otak untuk update setiap hari, bukan kerja yang senang..
Saya sebenarnya dah hampir sebulan berdaftar dengan nuffnangAustralia.
Seminggu sebelum raya, dah naik BEGA CHEESE, produk Australia.
Tapi kenapa tiba-tiba hilang iklan tu ya?
Ada idea tak macamana nak timbulkan semula iklan tu?
Niat saya berblog hanyalah nak mengisi masa lapang je.
Bila tengok bloggers dok tayang cek masing-masing, apa salahnya saya turut mencuba.


  

15 comments:

Acik Erna said... [Reply to comment]

sakam mizah..betul ke..sampai banyak tu..tentu seronok kan..tapi..kalau dah hadap sampai 5..6 jam..tak cukup masa...kan..balik kerja aje dah pukul 6 ptg..nak buat macam2 kerja lagi..malam dah letih tidur la..
tapi mizah boleh cuba..mana tau rezeki mizah..

Unknown said... [Reply to comment]

SALAM,
TERUSKAN APA YANG TERBAIK YANG TIDAK MELANGGARI AJARAN AGAMA KITA. LF NAK BERI PANDUAN PUN, LF TAK TAHU TENTANG BENDA NUFFNANG INI ! SELAMAT MAJU JAYA

Yunus Badawi said... [Reply to comment]

Mak ai sampai 5K - 10K sebulan! Saya dua tahun baru dapat 232 ringgit aje huhuhu

Buat malu aje tunjuk cek nuffnang hari tu ngeeee

Unknown said... [Reply to comment]

salam mizah. kakchik pun ada baca pasal team nuffnang dlm kosmo tu. really envy those bloggers. kakchik kena ambil masa 3 bulan untuk kumpul RM100 lebih.
mizah, kena tak letak semua kod iklan? kakchik nampak yg di sidebar satu je. cuba letak semua kod, mgkn akan tambah iklan yg muncul.

kasihibu said... [Reply to comment]

semoga mizah berjaya
manalah tahu
bak kata pepatah
rezeki jangan di tolak
musuh jangan di cari... ;p

Hamizah said... [Reply to comment]

salam kak Erna,
tgh mencuba ni..drp dok goyang kaki je, hrp2 ada juga yg tersangkut..

Hamizah said... [Reply to comment]

LF,
insya Allah halal di sisi agama..kita dibayar sbb menyiarkan iklan2 je.tq atas support

Hamizah said... [Reply to comment]

kak chik,
tq atas nasihat tu..
saya dah buat dah..hehehe

Hamizah said... [Reply to comment]

sayangsayangibu..
tq..akan ku usaha hingga jaya..insya Allah

Hamizah said... [Reply to comment]

YB,
apasal cakap plak tu pndptan 2thn blogging..
saya truja tgk kat blog YB la ni sbb tu sy bersemangat nak pasang iklan ni..hehehe

ckLah @xiiinam said... [Reply to comment]

Salam kunjungan...
Terima kasih kerana sudi datang beraya di blog ckLah..

ftrhd said... [Reply to comment]

akak..saya bagi tips skit.. pada permulaan mendaftar, memang susah skit dapat iklan..nuffnang cari blog yang ada pengunjung ramai..kalau akak bleh maintain dlm 100 visitor sehari itu dah cukup untuk dapat iklan, insyaallah.. apa pun setia dan bersabar dulu..

saya dah dua tahun dengan nuffnang, memang itu salah satu tips yg saya ikut..yg penting cari visitor sebanyak mungkin..

selamat hari raya.. :)

Hamizah said... [Reply to comment]

cKLah,
welcome....

Hamizah said... [Reply to comment]

hadi,
tq, 4 info..
tp akak dah dptnya sblm ni..ke mana dia hilang?

ftrhd said... [Reply to comment]

oh lupa nk cakap...iklan tu ada masanya dia nak keluar..bukan 24 jam sehari.. kengkadang tengah malam kengkadang lepas kul 8 pagi.. kita tatau bila masanya..ermm