Pendek je doa suami saya lepas solat Isyak berjemaah malam tadi..Saya tanya dia "Apa yang abang minta?Pendek benar doanya". Balasnya"Ya Allah bukakan hati isteriku untuk menandatangan segala borang-borang..".Ayatnya tergantung sampai situ saja.Tapi saya dapat tangkap maksudnya.Saya"Betul-betul berhajat ke?Bak sini nak sain.Hahaha"Suami saya memang suka bergurau, kalau masa mula-mula kawin mesti nangis punya.Yelah tak faham peelnya.
Kemudian saya kata lagi "Abang, kalau betul-betul teringin kena fikir banyak-banyak, sapa la sanggup jaga abang selain sayang.Bab nak jaga makan pun mesti orang lain tak sanggup".Saya cakap begitu kerana dia ni memang cerewet bab makanan.Banyak pantang larang, itu tak suka makan, ini tak boleh makan. Yang paling utama tak suka makan kat kedai.Sibuk macamana pun dia akan pastikan makan kat rumah.Bila sedar kelemahannya kat situ saya sentiasa berusaha belajar memasak segala makanan kegemarannya.Saya tak malu-malu menanyakan mak mentua kesukaan suami.
Tapi kalau dah ditakdirkan berpoligami juga, apa nak kata..Jodoh dan maut, semuanya ketentuan Ilahi.
P/S: Sekolah mula bercuti hari ni selama dua minggu.Bolehlah jalan-jalan tengok bunga.Spring dah tiba ni..
17 comments:
ooo hubby akak cerewet gitu ye? sama macam abah saya, susha nak makan kat luar sbb dia cerewet sgt bab makan.
salam..
hehehe..apa la doa mcm tu, cubit je kak :D jgn main2kan doa..kang makbul mcm mana? hati isteri mana yg tak terusik kalo suami plan nk cari isteri lg 1..mustahil tak rasa apa2.
semoga rumahtangga akak dan suami t'syg bahagia dan kekal sampai akhir hayat. cerewet mkn takpe, masih boleh cover. kalo cerewet yg jenis 'tak dapek den nk nolong' mcmmana? kekekekeke!
cubit dan bergurau tandanya sayang...
suami cerewat makan tak pe boleh belajar, jgn suami cerewet yang lain
heheh..takpe2..seb baik dah paham peel nye..bestnye dpt jalan2 mase spring..sure lawa kalau amek gmbr:)
salam mizah.
berani suami mizah acah-acah begitu ya. kakchik baca dr tulisan mizah tu seperti mizah ni boleh berlapang dada bila ditakdirkan poligami. kakchik pun tak tahu mampu hadapi atau tak. allahu'alam.
Salam Mizah ..
Samalah hubby saya
mesti balik rumah makan
kecuali terpaksa
sebab dia allergik makan luar
pastu kena cirit birit .
salam manis and ceria utk awak .. musim spring . wow ! mesti cantik pemandangan kaans..
hubby Nur kdg2 ada bergurau juga mcm tu. lps tu msti kena cubit manja dan dia boleh tergelak je.
yatie,
mmg ssh nak kena tastenya kalau makan kat luar
Lyn,
entah ye..mmg dah lali kot.selalu sgt bergurau camtu..
harap kekal hingga ke akhir hayat..
ibuintan,
takbergurau hilanglah seri berumahtangga..setakat ni rasa mampu lagi nak kendalikan laki nan sorg ni..hehehe
maya,
dah hampir 10thn kawin dah masak dgn peelnya..
kak chik,
bukan berlapang dada juga..tapi rasanya kalau kita dah cuba yg terbaik, tapi terjadi juga itulah takdirnya, kan..
LiNda
sama la kita ye..suami mmg allergik dengan mknan tertentu sbb tu jugalah dia xsuka mkn kat luar..
jomlah tengok spring kat Perth..
Nur,
dia mmg suka bergurau..
kalo betul pun x jd salah jnji sama2 setuju hehe :)
Uih..saspen je husband kak mizah...heheh
salam,
Alhamdulillah, nampak sangat serasi dan saling memahami antara satu sama lain.
Post a Comment