Thursday, September 23, 2010

Kalau Nak Berjimat Boleh Saja

Bulan lepas semua kawan kat sini merungut bila bil elektrik masing-masing melambung.Sehingga mencecah $200-$300. Saya cool sahaja, bil elektrik kami cuma $90.Semuanya bertanyakan petua.Hahaha.Mana ada petuanya.Kadar elektrik kan sama untuk semua rumah.


Saya faham dah 2,3 bulan kami kat sini mengalami winter, jadi masing-masing memasang heater 24 jam sehari mana tak tinggi bil elektrik.Berbeza dengan saya, heater hanya akan dipasang hanya pada malam hari, itupun sekiranya tak mampu menahan sejuk.


Jadi nak mengatasi kesejukan, kami akan mengenakan 2-3 lapis baju tebal.Kemudian berselimut pula.Tak kira siang atau malam, itulah pakaian kami.Saya yang sedia montel ni dah macam mak bear besarnya..Kuikuikui.


Anak-anak pun tidur dibilik kami.Anak belum pun sepuluh tahun jadi masih boleh tidur dengan mak bapak, kan.Islam tak larang.Bila dah panas sikit baru pindahkan anak ke biliknya.Kami boleh jimat lagi.Lagi satu latih anak-anak tidur tanpa lampu sejak dari kecil, kalau tidur bergelap pun tiada masalah.Biasanya hanya satu lampu terpasang kat rumah kami sama ada di luar bilik tidur atau di ruang tamu (sebelum tidur).


Akhir sekali, pastikan semua stand by plug ditutup bila tidak digunakan.Tak kiralah cerek ke, mesin basuh ke, microwave ke..Barulah boleh jimat.Bab ni saya banyak belajar daripada mak yang memang sentiasa melatih anak-anak berjimat.Tq, Mak..


Alhamdulillah terselamat daripada jadi kawan syaitan.Duit yang ada sedikit sebanyak tu boleh la saya beli corelle banyak-banyak.La bazirkan kat situ pulak..Tak pe la kawan-kawan lain pun beli juga..


P/S: Agak-agaknya, suami bangga tak dengan diri saya ni? Ahaks..


16 comments:

cheqna said... [Reply to comment]

saya selaku suami eh eh tak tak
hehehehehe
bagus akak ni..
teruskan =)

Ibuhani said... [Reply to comment]

pandai Hamizah berjimat! Tp Nana x nak tdo dlm gelap.....lebih2 lg dia tdo sorg2.... :(

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

buleh pakai ni tips k.hamizah maso winter nanti ;)

marinahunny said... [Reply to comment]

hahahaha kekdahnye gtu plak...beli corelle..hahahaha

ingt salah blog td..cantik layout baru ni..nampak berilmu je..hahahahaa gurau je ye hamizah..

Lynn Nasir said... [Reply to comment]

salam..

saya setuju latih anak tido dlm gelap. mula2 diorg nangis takut. tp kalo dh hari2 pun istiqomah mcm tu, mmg terbiasa la kan? berjimat mmg bagus..takde ruginya :)

julietchun said... [Reply to comment]

beli corelle tu satu terapi juga,ehehehee

Ummu Ammar said... [Reply to comment]

Mizah..

Beli corelle tu..ingat2 la membermu di sini..hehehhe

transformed housewife said... [Reply to comment]

kami dulu pakai flat pay utk berjimat masa winter. Maksudnya tiap2 bln bayar dlm NZD160. Masa summer tak pakai sebanyak tu jd duit lebih tu dibawa bakinya utk winter. Sblm kami balik hr tu, hubby boleh claim balik duit baki yg banyak jugakk dr syarikat tu.

Hamizah said... [Reply to comment]

cheqna,
hehehe
pandainya menyakat..

Hamizah said... [Reply to comment]

kak ani,
saya mmg dr mula2 lahir lg dah latih anak2 tdo bergelap..dah biasa ok je la

Hamizah said... [Reply to comment]

yatiey,
xjamin bulih pakai x di jepong, kot sano cuaca lbh sejok

Hamizah said... [Reply to comment]

marinnahunny,
berkorban demi corelle..

Hamizah said... [Reply to comment]

Lynn,
nak seribu daya..

Hamizah said... [Reply to comment]

juliet,
mmg terapi yg sgt bagus..release sgl tension..hehehe

Hamizah said... [Reply to comment]

pah,
xleh nak janji juga, sbb kluarga ramai sgt doh dok kirim..

Hamizah said... [Reply to comment]

ooo..kat cni xkotyg offer servis cam tu..boleh la berjimat..