Semalam, disebabkan boring tak tau apa nak buat, dah pukul 5 petang kami satu famili ikut suami basuh kereta.Memandangkan roti untuk dibekalkan Danish ke sekolah dah habis, kami menyinggah supermarket untuk membelinya.Kat sini memang susah nak cari roti yang ada certificate halal, dulu ada sekarang langsung tiada.Jadi kenalah berhati-hati bila membelinya.Kena baca ingredient betul-betul.Biasanya kami akan memilih yang 100% berasaskan tumbuhan..
|
Inilah rotinya.. |
Kami beli dua jenis roti, roti burger dan roti sandwich wholemeal.Suami yang pilihkan.Jenama yang biasa kami beli.Masa sahur pagi tadi saya cuma makan roti sandwich sahaja dicicah susu.Tak selera nak makan nasi.Disebabkan lewat terjaga-pukul 4.30pagi, (sekarang ni 4.45pagi dah subuh) saya terus makan roti tu dengan yakin sekali. 2keping jugalah habis.Hairan juga sedap je roti tu, gebu sangat dan warna pun lain sikit daripada biasa.Tapi memang tak syak apa-apa.
Bila Danish nak ke sekolah saya letakkan jem pada 5keping roti.3keping dimakan kat rumah,2keping dibekalkan ke sekolah.Dia sempat makan 1keping barulah terlintas saya nak check ingredientnya.YaAllah! emulsifier 471,482e kat dalamnya.Kalau berasaskan tumbuhan,biasanya akan ditulis soy atau vegetable emulsifier.Saya dan anak dah termakannya!Macamana ni?Mudah-mudah diterima Allah kekhilafan ini.Memang tak sengaja.Bila diberitahu suami dia pun beristighfar panjang..Itulah antara cabaran kat tempat orang.Nasib baik jugalah roti burger halal.Jadi sarapan burgerlah anak-anak hari ni.
31 comments:
Allah Maha Mengetahui.. bukan disengajakan pun, kan? :)
takpe..tak sengaja..
mizah pon dah cuba utk tgk satu2 kan ingridients dia..cuma terlepas pandang
ehehehe.patut ler sedap ye? ngeh ngeh nngeh
di negara sendiri pun kekadang ada jugak makanan yg diragui halalnye,apatah lagi di negara luar kan.
masih teringat makcik peristiwa makcik menegur seorang wanita yang dok belek belek makanan dalam tin.
Terang terang tertulis LARD.
Itu belum lagi tentang yang tulis halus halus tu,yang bahasa dan kod dia tak mudah difahami.
betul kak, sini pon sama..asyik kena check emuslifier dr apa, shortening dr apa, lecithin dari apa.huhuuh...mmg complicated la nk makan roti..kdg2 smp malas nk beli roti
kakchik,
mmg tak disengajakan..insya Allah..
Rose,
mmg yg berasaskan haiwan lbh sedap..terlebih lemak agaknya..ngeeee
Mr Penyubiru,
betul tu.kalau kat luar ni kenalah terlebih sikit cuaknya..
mak cik,
baik buta mata drp buta hati, kan..
yatiey,
roti mmg makanan rutin si Danish..mmg wajib beli..kalau ikutkan hati mmg rasanya xpatut beli..
uiks kak..
moga2 Allah mengampunkan kekhilafan itu
dugaan kan??
err..apa rasa kak??huhuhuhu
kena ambik masa lama utk beli sebungkus roti kan sebab nak baca betul2 segala yg tercatat di pembungkusnya.
kat sini pun melambak yg tak tentu ntah apa ingredientnya atau memang kita tak paham apa ke bendanya ??
Allah maha mengetahui !
SALAM,
YANG DAH LEPAS TU, KITA MEMOHON KEAMPUNAN KPD ALLAH SWT. YANG AKAN DATANG, KITA BERHATI2. ANAK2 KITA PUN KENA PESAN AGAR BERHATI2 BILA BELI MAKANAN
x sengaja x per.....insyaallah! Smoga Allah SWT mengampunkan....
bila kita di luar negeri kita lebih berhati2 tentang halal haram makanan kita. Alhamdulillah.
Tapi ada org bila di negara sendiri tak kisah sangat huhuhu
Allah maha mngetahui.. lg pun kita x sengaja
mungkin lps ni kena cuba buat roti sendiri. kalau ada Breadmaker senang je sbb tak payah menguli.
chekna,
Insya Allah dimakbulkan doamu tu..
ikan emas,
mmg lama jg amik masa utk teliti ingredient..kdg2 mat saleh tgk je..
ikan emas,
dok kat negara org ni kena study la skit apa yg boleh dan apa xboleh..kalau naya kita..mkn benda xhalal
LF,
tq atas nasihat..
alhamdulillah kat cni anak2 xpernah beli mknan sendiri ke sekolah pon bw bekal dr rmh..kita ibubapa lah kena beringat utknya..
kak ani,
mdh2an diampunkan
YB,
betul tu..
kat negara sendiri byk yg ada certificate halal ok lah tu..
cuma cuak juga bila ada yg dipalsukan
kak maiyah,
amiiinnn...
nur,
rasa cam xberbaloi nak wat roti sdiri sbb lama sgt prosesnya..BM dah ada tp biasanya guna utk uli doh je..
tak sengaja...xpe kot..
kak mi, yani buat roti sendiri sbb kedai jual roti halal jauh sgt. Kenala beli bread maker.
Ross,
insya Allah perbuatan x disengajakan tdk dikira doasanya..
Ross,
insya Allah perbuatan x disengajakan tdk dikira doasanya..
yani,
BM ada doh tapi abe demo x wi guna kot byk pki letrik..hehehe
Post a Comment