Bestnya baca kat blog-blog atau status FB.
Semua orang dah berada kat kampung sekarang.
Hari ni saya masih bersama Danial kat rumah.
Suami pergi work station, Danish ke sekolah.
Rutinnya macam hari biasa juga..
Kalau kat Malaysia mesti saya dah berada kat rumah mak atau mentua.
Buat ketupat, tapai pulut, atau rendang.
Saya memang tak suka buat kuih raya sebenarnya.
Sebab tu sampai hari ni hanya satu kuih je siap.
Itupun cam tak menjadi je.
Saya ni kalau nak kata old style pun memang boleh la.
Jangan tak percaya saya akan buat ketupat daun palas sendiri.
Dari kukus pulut hingga jerang ketupat.
Tapai pulut saya menjadi igauan keluarga tercinta.
Walaupun tak buat pakai daun getah tapi masih tetap meletop.
Pakai bekas plastik je.
Manisnya hmmm.. tak terkata..
Rendang biasanya saya tolong mentua je.
Biasanya hari terakhir puasa saya kat rumah mak.
Malam raya, saya kat rumah mentua hingga petang raya pertama.
Memang dah begitu turn raya kami sejak-sejak kawin.
Tak berebut, tak bermasam muka, tak bergaduh pun.
Rumah mak dengan mentua jaraknya tak sampai 10km.
Kalau jalan jem pun masih ada shortcut yang menghubungkan rumah kami.
Balik rumah mak memang ditunggu-tunggu.
Dapat jumpa 9 adik beradik tercinta.
Mak akan masak Nasi Air Sup Keting..
Ini menu raya rasmi kat rumah kami
Ah!rindunya..
Kenapa la saya tak minta mak buatkan semasa kat Malaysia tempoh hari.
Biasanya mak akan masak banyak.
Semua saudara mara akan serbu rumah kami.
Kiranya open house kat rumah mak petang raya pertama.
Macam kenduri pula sebab family kami sangat besar
Oh! Seronoknya.
Tahun ni tak tahu la mak sempat ke tidak sediakannya.
Mak buat umrah malam ni baru balik.
Mungkin kakak dah ambik alih.
Harap-harap tahun depan saya dapat beraya kat kampung.
Boleh jadi kenyataan ke?
Ikutkan tempoh pengajian suami hingga awal 2013.
Cepat-cepatlah bereskan kerja ye, bang..
Dah miss dua kali raya kat Malaysia.
22 comments:
selamat hari raya kak
huhuhuhu
sedih lak baca n3 ni
takpe...tentu akak dapat balik nanti
Selamat Hari Raya Mizah..
kakcik pun dah tak ada kampung... :(
selamat hari raya cheqna..
Insya Aalh beraya kat kg juga nanti kalau dipanjangkan umur..
selamat hari raya kak Chik..
patut la kak chik xsemangat nak raya..best tau raya kat kampung..
usah bersedih. gembirakan hati sendiri.
untung rumah sendiri dan mertua dekat2. tak macam saya, satu di Kuala Pilah dan satu lagi di Perlis.
Pertama kali dengar Nasi Air Sup Keting. Keting siapa ?
slmt hr rayo kak...sedaknyo klu leh make tape pulut hr rayo ni huhuhu
alavendari..
Insya Allah akan diusahakan..
tulah sapa suruh cari isteri jauh2..hehehe
Keting lembu la..
selama ari raya jugok yatiey..
sedak dih tape pulut..xragi nok wat cni..tensen betol..
Selamay Hari Raya diucapkan dari kami kepada kamu sefamily..
Semoga berbahagia beraya bersama keluarga..
Salam Hamizah,
Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin..
Tak pe laa Mizah sabar je laa.. insyallah..dah selesai pengajian hubby u nanti boleh laa balik ke Malaysia dan sambut dengan family tercinta kan.. kena laa berkorban sikit.. tak lama pun kejap je tuh..
Moga gembira beraya di perantauan.. :)
mesti rindu sesangatkan?
sabar tunggu tahun 2013
sama2 la kita sabarkan diri ye kak raya di perantauan..uhuhu..
life kami,
tq, atas ucapan..
rinna,
tq..
masih boleh sabar lg..
kalau x dah lama ku tinggalkan si dia sorg2..kui kui kui..
yelah kejap je tu,kan..
sayangsayangibu,
hanya Allah je tau perasaan ni..tp demi cik abe tresayang akan ku gagah jua menghadapinya..
Nadiah,
hehehe..sabar lagi
Insya Allah..
selamat hari raya.
sedih lak sy membaca.
ambo tok reti nok wat tapai pulut sediri sbb tok2 sedaro sokmo dok bui. dulu dekat 4 thn jugok kami berayo di NZ. sabar jelah Hamizah deh.
selamat hari raya, cidak..
dah hilang sedih..
selamat hari raya, cidak..
dah hilang sedih..
selamat hari raya, cidak..
dah hilang sedih..
nur,
kena belajar jugok wat tupat tape..kot doh xoghe tuo2 xleh la make tape..
Post a Comment