Salam semua,
Hari ni nak sambung cerita semalam.Kisah ni berlaku ketika saya melahirkan anak sulung pada 2001..
Setelah berkahwin hampir 3 bulan alhamdulillah saya disahkan mengandung.Tidak ada sebarang masalah mula-mulanya.Sehinggalah kandungan mencecah umur 35 minggu.Saya bleeding tak tahu apa puncanya.Berikutan itu saya mendapat mc selama 3 minggu.Lama, kan.So mc akan tamat 2 minggu sebelum due date.Disebabkan saya kat Johor Bharu, suami kat Kuala Terengganu Penolong Kanan sekolah saya (dia boss,sebab tiada Pengetua) syorkan saya balik kampung dan menyambung mc sehingga anak lahir.Tq, Puan Jamiah.
Masih bleeding sekali sekala sehingga dua minggu di kampung.Tapi memang tak boleh detect apa puncanya.Tapi baby sihat.Tiga hari sebelum due date saya dah ada contraction, jadi pergi hospital berhampiran rumah saja.Tiga hari kat hospital saya sakit berterusan tapi belum baby belum ada tanda-tanda baby nak keluar. Saya pula demam sampai tak daya nak bangun.Malam keempat kat hospital, barulah ada tanda nak keluar.Malam tu malam pertama umat Islam berpuasa.Bila saya bagitau nurse yang bertugas, dia minta izin untuk beli makanan sahur dulu.Bengang betul saya.Akhirnya pukul 12 tengah malam saya dibawa ke labor room.
Polisi hospital masa tu suami tak dibenarkan menemani isteri bersalin.Suami saya ada kat luar bersama mentua.Mak saya pula tak boleh temani saya sebab adik sakit.Kat hospital tu cuma ada dua labor room.Empat atau lima midwife bertugas malam tu, sebahagian kat labor room sebelah.Manakala sebahagiannya bersembang kat meja depan labor room sambil dengar radio kuat-kuat.Di perut saya dipasangkan alat CTG (untuk kesan jantung baby).Disebabkan tak tertahan sakit, saya tekan emergency bell kat tepi katil.Seorang midwife datang tak masuk pun, cuma melaung dari depan pintu.Dia marah saya, katanya saya hanya akan bersalin pukul 4 pagi (berdasarkan bukaan rahim 1 jam = 1cm).Sedangkan saya dah rasa baby nak keluar. Dia kemudian kembali ke mejanya semula..
Kemudian saya panggil lagi.Saya nak buka CTG tu sebab saya rasa ia mengganggu pergerakan saya.Tak boleh nak mengiring, cuma melentang.Rimas betul.Akhirnya dia buka.Boleh la saya turun katil naik katil.Masuk toilet keluar toilet sambil melayan sakit.Saya tekan bell beberapa kali lagi, datang midwife dia check saya, katanya baby dah terberak dalam perut.Saya tak tahu pun baby dalam keadaan bahaya.Tak de pengalaman..Tapi midwife tu keluar lagi.Tinggal saya keresahan menanggung sakit.Selepas tu hampir 10 kali juga saya tekan bell untuk bagitau saya dah ready untuk bersalin tapi tak dilayan.
Hampir pukul 4 pagi, barulah permintaan saya dilayan.Tapi bila diorang check denyutan jantung, sah baby saya semakin lemah.Barulah diorang panik mencari nadi baby.Sekali meneran dah keluar.Girl.Tapi baby tak menangis.Hampir dua jam saya menunggu untuk tengok baby. Saya tanyakan midwife, katanya doktor tengah beri rawatan.Hati saya tak sedap.Sehinggalah setengah jam kemudian, saya diberitahu baby tak dapat diselamatkan.Sedihnya tak tercerita.Tengoklah diorang punya attitude, sepatutnya dia bagitau suami saya dulu, kan.Seketika kemudian, suami saya dibenarkan masuk.Saya boleh baca kekecewaannya.
Sebelum jenazah dibawa balik untuk urusan pengebumian, saya minta untuk renung wajahnya.Itulah pertama dan terakhir saya lihatnya.Sangat comel mirip Danish.Tiga kg beratnya.Penat-penat kandung 9 bulan saya tak dapat apa-apa hasil disebabkan kecuaian manusia lain.Apapun saya pasrah, dialah saham saya kat akhirat nanti.Insya Allah.Mula-mula ingat nak sue hospital, tapi bila fikirkan terpaksa post mortem mayat baby saya dan suami mengalah. Biarlah dia ke sana dengan tenang.
Saya terpaksa ditahan di wad hampir seminggu kerana kuman turut merebak dalam badan saya sehingga sel darah putih melebihi sel darah merah.Tuhan masih beri peluang untuk saya bernafas.Alhamdulillah.Saya masih menunggu rezeki baby girl selepas melahirkan Danish dan Danial secara cesarean. Kemudian keguguran pula bulan Febuari lepas..Semua yang berlaku ada hikmahnya,kan.Kita pasti akan diuji selagi mengaku beriman.
Firman Allah:
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankaboot, Chapter #29, Verse #2)