Tuesday, May 10, 2011

Tragedi di Hari Ibu

Semalam saya dan ibu-ibu lain diraikan di kelas Danial sempena hari ibu.Aturcaranya simple saja tapi meriah.Minum teh, main dengan anak-anak dan yang paling saya suka sesi urut mengurut antara ibu dan anak.Tapi sayang tak dapat nak rakam saat-saat manis tu sebab tak bawa kamera.Handpon pun tinggal kat rumah.



Selesai majlis, saya bersama Danial ke kelas abangnya Danish untuk menjemputnya pulang.Kebetulan pula suami saya juga sudah sampai untuk membawa kami pulang.Anak-anak berlari menuju ke kanan, bapa ke kiri.Saya yang ketinggalan di belakang rasa pelik.Tiba-tiba suami memanggil saya.Katanya dia menyorok daripada anak-anak.Saya mula cuak.Hish takkan nak bergurau pula.Bimbang berlaku apa-apa yang tak diingini.

dua hero yang saya nyaris kehilangannya..


Hampir 5 minit menunggu dia orang tak muncul-muncul.Saya mula berdebar.Suami pun mula panik mencari.Tak jumpa.Saya terserempak dengan kawan sekelas Danish.Katanya dia ternampak Danish dan Danial.Laju je saya mengekori budak tu.Terlupa yang saya masih dalam pantang.Tapi tak jumpa juga.Saya bertambah cemas bimbang kalau-kalau dia orang accident atau diculik orang



Hampir satu sekolah kami mencari tak jumpa, suami ke ofis sekolah untuk memaklumkan kepada Principal.Guru kelas Danish juga dah tau kejadian tu.Sama-sama kami mencari.Beberapa minit kemudian hanFon suami berbunyi rupanya Danish call memberitahu dia dah berada kat rumah.Rupa-rupanya bila tak jumpa kami dia orang balik.Alhamdulillah tiada apa-apa berlaku.Ada hikmahnya saya tertinggal hanpon.


Sepanjang perjalanan pulang saya tak habis-habis membebel kat suami.Bergurau tak kena tempat!!!Penat saya mengandung dan bersalin tau.Mujurlah anak bijak macam umminya..hehe.Malam semalam saya takdapat melelapkan mata sebab terbayang-bayang peristiwa tersebut.Itulah perasaan seorang ibu...

18 comments:

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

woo luruh jantung kan kak ..maso tu rasonk menangis dan raso nk marah semua pun bercampur baur kak deh?

Ummu Ammar said... [Reply to comment]

Mizah..

Berdebar baca cerita awak ni..Alhamdulillah, nasib baik takde apa-apa pada double D tu..dah la duk negara orang, risau juga kalau ada apa-apa berlaku..

p/s : Aiiikk..keluar cam dah habis pantang jer..

Murni Alfathunnisa said... [Reply to comment]

Alhamdulillah anak-anak akak cerdik belaka...mujur la takde apa-apa & pandai diorang balik rumah...haih...kecut perut macam ni kak oi...

Zaitun said... [Reply to comment]

Kisah macam ni pernah berlaku pada adik kak Zai.Sehari suntuk mencari anaknya rupanya dia berjalan kaki balik kerumah tapi ditengah jalan orang tolong hantar.Disebabkan tak ada sesiapa dirumah dia pergi kerumah kawannya.Sampai dah heboh satu taman baru anak buah tersedar dan balik.

adie said... [Reply to comment]

fuhh..seb baik diorang tak ape². saya pernah mengalami anak hilang kat pasaraya tapi bukan pasal main nyorok.mmg anak saya tu suka ikut hal sendiri kalu tak monitor dia betul².

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

mujur juga danish terfikir nak call. nadiah pun pernah rasa mcm yg akak rasa sbb safiyyah pun pernah hampir2 hilang jgk. mmg berdebar je rasa

transformed housewife said... [Reply to comment]

mujo tak dok gapo2. Miza pun dle hari lg dop? Maso gi skoloh tuh, baby sapo jago?

Unknown said... [Reply to comment]

anak saya pun pernah hilang beberapa minit masa sibuk shoping raya thn lalu,ngeee..terus tak jd shoping hr tu,nasib jumpa..mmg berdebar xtau nak cakap,saya memahami akak tmbah2 lg dlm pantang lg panik..huhu mujur anak akak pon tak apa2 kan..alhamdulillah..

Unknown said... [Reply to comment]

berharap sangat supaya x nak tgk di mana2 media ada kanak2 lagi menjadi mangsa. alhamdulillah D & D balik ye kak. syukur :)

julietchun said... [Reply to comment]

rumah dekat dgn sekolah ke? nasib baik dorang pandai balik sendiri.

mamaijat said... [Reply to comment]

...saya pun penah alami insiden kehilangan satu2 boy ...
ketika tu di YAOHAN shopping mall..bulan puasa..masa tu saya ngandung anak yg ke 4..tetiba aje angah hilang..penat mencari di semua tingkat..last2 selepaslebih setengah jam..terdengar sayup2 pengumuman nama ayah nya di panggil ke tempat penerangan..anak anda AHMAD TAUFIQ ada di sini....huh!gelap dunia..

mamaijat said... [Reply to comment]

...saya pun penah alami insiden kehilangan satu2 boy ...
ketika tu di YAOHAN shopping mall..bulan puasa..masa tu saya ngandung anak yg ke 4..tetiba aje angah hilang..penat mencari di semua tingkat..last2 selepaslebih setengah jam..terdengar sayup2 pengumuman nama ayah nya di panggil ke tempat penerangan..anak anda AHMAD TAUFIQ ada di sini....huh!gelap dunia..

Hamizah said... [Reply to comment]

yatiey,
buke stakat nok luruh jantung..rasanak meroyan pon ada..dah la dok tgh berpantang..hehe

pah,
alhamdulillah..smpi ke rumah..
langgar pantang hari tu sbb kesian anak klu x gi..

Mulan said... [Reply to comment]

kus semangat.... saya selalu suruh anak jerit kalo tak nampak kami mak/apak nya... yg pompuan ok jk jerit, yg abangnya pemalu.. tapi saya tak kisah jadi tarzan, saya akan jerit kalo anak takde depan mata.. dah byk kali buat keje tarzan ni.. hehehee...

cikpuanhady said... [Reply to comment]

huhu..saya pon pernah mengalami kejadian sebegini, tapi dalam pasaraya..huhu..takmo dah alami perasaan camgitu..

Jom join :Nak menang souvenir dari Swiss? Meh join MBS Giveaway

Belog kami :Notre Belle Histoire

Anonymous said... [Reply to comment]

pernah terjadi 1 peristiwa si abang tiba2 hilang dari pegangan..

terus pucat lesi muka dia sambil meraung jerit nama saya..

huishh luruh jantung dibuatnya waktu tu..

Dr Singa said... [Reply to comment]

hehhehee..
dah komen kat 'sana'


bebel je kat dia!!!!

chekna said... [Reply to comment]

nasib baik diorg pandai balik sendiri.. bahaya jugak tu..maklumlah negeri orang kan...