Anak saya Danial, 5 tahun baru sahaja mula bersekolah Feb tahun ni.Tak sampai 3 bulan, dia dah mula berslang English Aussie.Hampir hilang sudah slang Melayu Kelantan yang dituturkan hampir empat tahun.Asyik sungguh bercerita pasal cikgu.Cikgu cakap itu, cikgu cakap ini.Obses dengan cikgunya.
Abangnya pula masa baru bersekolah kat sini bila saya minta dia baca doa makan, katanya kawan-kawan dan cikgu kat sekolah pun tak baca doa.Sudah parah ni.Ini yang saya tak suka.Bukan sahaja elemen positif yang terserap, yang negatif pun sama..
Itulah besarnya pengaruh cikgu ke atas kita, kan?Siapalah kita tanpa cikgu.Terima kasih kepada semua cikgu yang pernah mangajar saya dan anak-anak.Selamat Hari Guru, Cikgu-cikgu semua...
P/S: Dah tiga tahun saya tak menyanyi lagu tema hari Guru..Rindunya..
7 comments:
itulah cabaran di perantauan. di tempat sendiri lain plak dugaannya. apapun, kita sbg ibu bapa perlu tahu cara utk tanganinya.
selamat hari guru ustazah.
Salam Hamizah.
Nasib baik juga anak awak kata cikgu dan kawan2 kat sekolah tak baca doa makan. Kalau dibacanya doa mereka tu, lagi keliru.
pengaruh cikgu amat besar, semua cikgu cakap mesti anak-anak dengar :-)
cabarannya lebih kurang sama antara cikgu, ibu & bapa..masing2 dipertanggungjawab mendidik dan mengajar anak2 menjadi org berguna..
:)
jomlah nyanyi sama2..
SELAMAT HARI GURU!!
**anak2 ni, apa yg cikgu cakap kat sekolah semuanya betul..apa yg kita cakap salah...cikgu je yg betul...huhuh
Selamat Hari Guru Mizah. Pasal doa tu, Mizah keno peratila anok2. Meme payoh jugok sbb budok2 meme belajar semuo, positif & negatif. Kenala ajar anok2 pandai tapis & tepis.
sudah slang ya??
:)
Post a Comment