Wednesday, May 25, 2011

Cheesecake Sedap

Betul-betul busy sekarang ni.Memang tak sempat nak updateb blog dan BW.Sorry ye.Baby meragam sikit.Sejuk agaknya.Udara winter dah mula terasa!Dia pula tak suka 'dibungkus'.Kesian..


Semalam hari jadi mentua saya, sambil baby duduk kat rocker, sempat juga menyiapkan cheesecake.Mula-mula berura-ura nak beli saja, tp bila meneliti bahan-bahan kat CheeseCake Shop yang kononnya halal, was-was pula.Gelatin halal tapi emulsifier tak dinyatakan pula sumbernya.Nak selamat wat sendiri la.Hampir pukul 12 malam barulah kek masak.Tak sempat nak hias.Cukuplah dengan strawberry diatasnya.Tulisan Happy Birthday tu suami beli kat kedai je.

Nampak jerawat..hehe.Percbaan pertama oklah, kan?

Resepi ni saya ambil dari internet juga tapi telah diubahsuai mengikut citarasa sendiri.Best!!!!!!Tak manis sangat.Kalau berkenan silalah salin resepinya ye..


CHEESECAKE SEDAP
Bahan-bahan
Based:
2 cawan biskut digestive (saya pakai shortbread)
2 sb butter

Cheesecake
250g creamcheese
4sb gula
4sb plain yogurt
2biji telur
1sb gandum
2sb jus lemon
1st esen vanila

Cara-caranya:
Based:
1.Hancurkan biskut, gaul dengan butter yang telah dicairkan 10saat dalam microwave..
2.Tekan dalam springfoam, masukkan dalam freezer

Cheesecake:
1.Pukul creamcheese dan gula sehingga lembut dan sebati.Kemudian masukkan yogurt.Pukul hingga sebati
2.Masukkan telur satu persatu.Pukul lagi.Kemudian tambah jus lemon dan esen vanila.Pukul sekejap.
3.Akhir sekali masukkan gandum.
4.Masukkan adunan kek ke dalam springfoam yang telah diisi biskut dan butter tadi.Bakar secara bain marine selama 20-25minit, suhu 150degrees.Balut tapak springfoam dengan aluminium foil untuk elakkan air masuk.
*Saya gandakan bahannya, jadi masa membakarnya pun berganda!!
5.Sejukkan 2-3jam.Overnight kat freezer.Baru sedap.

P/S: Happy Birthday, Ma..

21 comments:

sayangsayangibu said... [Reply to comment]

tengok gambar pun dah nampak yummy....errppp sepotong boleh?
selamat hari lahir buat mertua tu ye
moga panjang umur di murahkan rezeki di permudahkan urusan

Admin P@P said... [Reply to comment]

Salam.
Ucapan Selamat Hari Jadi buat mak mertua tu.

Seronok kalau boleh buat sendiri kek, tak kisah sama ada utk hari jadi dsb. Lebih murah, jimat belanja. Lebih seronok dapat kongsi resipi seperti ini.

Semoga selalu ceria.
TQ

azieazah said... [Reply to comment]

Selamat Ulangtahun Kelahiran bonda mertua HAMIZAH. Moga sejahtera panjang umur dan sihat selalu.

Wahhhh jika pandai buat kek sendiri, memang tak payah dah nak beli beli. Rupa kurang tak apa, asal rasa sedap. Nilai kasih sayang itu di situ.

ibunaznoy said... [Reply to comment]

sedapnya & cantik kek tu..sy suka cheeeseee..nnt nk cuba buat gaklah,tumpang salin resepi ye,TQ!

p/s:sampaikan wish 'hepy besday' utk MIL akak ye..

cheqna said... [Reply to comment]

happy birthday untuk mertua kak
cheqna dok makan cheese2 ni walaupun still gebu
huhuhuhuhu

maya amir said... [Reply to comment]

wahhh..mau try laa mcm ni:)

Kakzakie said... [Reply to comment]

Kreatif juga miza walau dlm sibuk melayan baby. Mesti MIL bertambah syok tengok strawberry keliling kek. Bujang-bujang Miza lagilah syok mama dia yg buat sendiri.

Happy birthdy to your MIL...

http://aniesandyou.blogspot.com said... [Reply to comment]

meleleh da ayaq liuq ni

Serius hot! WFTXO@#$%&*!

FaAtip said... [Reply to comment]

I tengok resepi tu sekali lalu je, you know why? Oven tak beli lagi!! ekekekeekee

Acik Erna said... [Reply to comment]

Hamizah..dalam pada baby meragam pun sempat masak cheesecake tu..
selamat hari lahir buat mertua mizah..
bertuah dapat menantu macam mizah..

Hamizah said... [Reply to comment]

Sayangsayangibu,
daa abis..sori..
tq bg pihak MIL..

Hamizah said... [Reply to comment]

Admin P@P,
betul..sy mmg suka wat sdiri je..tp sejak ada bb ni ada kekangan la sikit..
tq atas ucapan..

Hamizah said... [Reply to comment]

kak AA,
betul tu..
mesti mentua sy terharu,kan?hehe

Hamizah said... [Reply to comment]

ibunaznoy..
sila2

Hamizah said... [Reply to comment]

cheqna,
akak pon suka..sama2lah gebu kita..

Hamizah said... [Reply to comment]

maya,
sila try..mana tau terjatuh cinta..

Hamizah said... [Reply to comment]

kak Zakie,
bujang2 saya tu mmg suka cheesecake..MIL pula siap kutip strawberry tu..tak boleh nak letak lebih2 sbb tgh mahal skrg ni..hehe

Hamizah said... [Reply to comment]

anies,
sila sapu sdiri ye..hehe

Hamizah said... [Reply to comment]

kak Fa,
kena beli cepat2 oven tu..kang lambat pula gebu bodi tu..hehe

Hamizah said... [Reply to comment]

Acik Erna..
nak seribu daya,cik..
banggakah mentua saya?kui kui kui..

anie,Nagoya said... [Reply to comment]

selamat hari jadi tuk mak mertua.kek sedap.kalo ada masa nak cuba.minta izin copy ya.masuk list dulu.bila buat tu tak tahu lagi...