Monday, May 2, 2011

Mewahnya Badan Saya dengan Dadah!!!!!!

Sebelum memulakan entry kali ni, saya minta maaf banyak-banyak kepada kawan-kawan yang tertunggu-tunggu gambar terbaru puteri kami, Iqleema.Bukan tak nak expose, tapi si dia ni asyik tidur saja.Nak minta posing pun susah.Photographer pulak bukannnya profesional sangat.Tunggulah dia rajin buka mata, saya akan upload gambarnya, ok?



Lagi kisah pengalaman bersalin kat tempat orang kali ni.Saya di tempatkan di bilik yang memuatkan empat pesakit.Kurang sikit takut.Saya ni memang agak penakut.Dah lama tak tidur sorang-sorang.Yelah biasanya kalau suami tiada pun anak-anak sentiasa bersama.Malam-malam ketika kat hospital,memang suami tak dapat temankan saya sebab tiada yang nak tengokkan anak-anak..Disebabkan ada orang sebelah menyebelah saya dapat tidur dengan tenang skali.



Bila ada contraction, saya mula memanggil midwife yang bertugas.5minit sekali seorang midwife datang check saya.Kali ketiga saya mengalami contaction, masuk seorang midwife, saya tak dapat melihat wajahnya dengan jelas kerana lampu kat bilik kami tidak terpasang.Tapi yang nyata saya jadi takut bila nampak orangnya besar, tidak pakai uniform midwife, rambut pula hitam.1st time saya nampak midwife bukan berambut perang.Dia terus menghampiri saya tanpa on lampu.Cuak pula saya.Entah-entah penjahat.Haha..Lepas tu barulah dia on lampu.Rupanya midwife Arab yang memakai tudung.Hish..Kus semangat..Tulah penakut sangat..



Selepas dicheck datang doktor, yang menawarkan morfein untuk mengurangkan sakit.Saya terus terima.Dah tak tahan nak tanggung sakit.Tak sangka morfein tak berkesan mengurangkan sakit.Tapi saya betul-betul seperti kecanduan dadah.Memang saya tak dapat beri perhatian kepada percakapan doktor dan midwife.Lalok sungguh!Hinggakan doktor menyangka saya tak faham English.Saya terpaksa tukar wad untuk diberi perhatian lebih.Tepat pukul 7.00pagi doktor memutuskan saya harus diceasar segera.Bukaan rahim dah 8cm.Panik seketika, takut nak bersalin sorang-sorang.Suami masih kat airport menjemput mentua yang tiba dari Malaysia pagi tu.



Masuk ke theatre room saya disuntik epidural dan ubat bius pula.Badan saya menjadi sarang dadah!Hampir dua minggu saya rasa tak terkontrol segala anggota badan.Tak cukup dengan itu hari pertama dan kedua saya masih dibekalkan epidural untuk menahan sakit.Setiap kali sakit picit je syringe yang disambung pada drip kat tangan.Tapi terpaksa dihentikan sebab saya rasa sakit belakang pada hari kedua setiap kali memicitnya.Mewahnya dadah kat sini.Kalau kat Malaysia susahnya nak dapat epidural, kan?Bayar kos hospital mahal kot.Itu belum campur pil-pil pain killer yang tiga jenis iaitu paracetemol, ibufen dan Tramedo.Saya rasa mata asyik berpinar-pinar, badan pula macam melayang-layang.Orang bercakap pun saya tak dapat tangkap hujung pangkalnya.Agaknya inilah yang penagih-penagih dadah rasa..



Alhamdulillah saya rasa cepat je sihat bersalin kali ni.Sebab dadah-dadah tu ke?Ataupun cuaca kat sini sentiasa kering menyebabkan luka ceasar cepat sembuh.Saya pun tak pasti.Dalam masa seminggu luka bahagian luar dah sembuh.Berbeza ceasar sebelum ni 40 hari bersalin pun masih terasa denyutannya.Syukur..Apapun bersalin normal lagi best.Sekejap je dah sembuh luka..




5 comments:

maya amir said... [Reply to comment]

aah mmg kat msia mcm kedekut dadah sket kot ..heheh.. sbb masa saya deliver 2-2 anak tadek kene epi ke inject ke ape, dr tak offer pun.. tapi ade kawan2 saya dpt epi..takpe, yg penting, anak & ibu sihat & selamat kan:) alhamdulillah..

Acik Erna said... [Reply to comment]

mizah..yang penting dah selamat..alhamdulillah...

Zaitun said... [Reply to comment]

Alhamdulillah Hamizah dah selamat.Semoga ibu dan anak sihat2 saja.

anie,Nagoya said... [Reply to comment]

alhamdullillah.....azabnya nak opet.sib baik salin biasa.moga Hamizah sembuh sempurnanya...

Yaniey said... [Reply to comment]

Kak Mi, sy masa beranak kt HUKM, dr kasi epidural. Lepas kuar hosp, bil murah jugak. Kalu kat swasta mahal kut..