Saturday, May 14, 2011

Selamat Tinggal Sahabat

Saya masih terkejut bila mendapat tahu salah seorang kawan lelaki telah meninggal dunia dalam kemalangan di Kuantan semalam.Beritanya ada kat sini.


Banyak kenangan zaman kanak-kanak bersamanya.Kami satu kelas dari darjah satu hingga darjah enam.Sepanjang enam tahun tersebut dia adalah Ketua Kelas saya.Dia bijak dan sangat berwibawa.Tapi karektornya yang kelakar sentiasa menyebabkan dia disenangi kawan-kawan.


Persahabatan kami diteruskan bila bersekolah menengah sama tapi berlainan kelas sehingga tingkatan tiga.Dia kemudiannya bersekolah kat KISAS setelah mendapat keputusan cemerlang dalam PMR.Alhamdulillah dipertemukan semula dalam FB.Kini terpisah selamanya bila ajal menjemputnya dahulu.


Al-Fatihah untuknya..Semoga rohnya ditempatkan di kalangan para Anbia' dan Sahabat.Takziah untuk keluarganya.


P/S: Kematian menginsafkan diri ini.Harus bersiap sedia untuk menerima jemputannya..

9 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said... [Reply to comment]

Al-Fatihah untuk arwah beliau.

josrevalution said... [Reply to comment]

yes..dah bleh komen..hehe..owh..sory...sy tumpang sedih ats kejadian member ini..hrf dia bhgia dsna...
photoinstrument 4.5 build-479full mencantikkan wajah

Kakzakie said... [Reply to comment]

Sayu dan sedih bila teman kita pergi dulu. Memang menginsafkan...

Al-fatihah buatnya....

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

inna lillah wa inna ilayhi roji'un. moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama insan2 yg beriman..

azieazah said... [Reply to comment]

Alfatihah.

Mati itu pasti,
Hidup insyaAllah.


“SALIH YAAKOB tu minum kopi apa?”

siti murni said... [Reply to comment]

Al-fatihah untuk arwah..

Bapak said... [Reply to comment]

inna lillah wa inna ilayhi roji'un. al-Fatihah...

transformed housewife said... [Reply to comment]

Innalillahi wainna ilayhi rojiun.

DrSinga said... [Reply to comment]

al fatihah...


psst .. link 'sini' awak tu tak 'link' lahhh..
:)