Saturday, May 7, 2011

Onde-onde Jadi Keropok Lekor


keropok lekor hijau yang liat..

Suami saya semakin mengada-ngada sejak maknya ada kat sini.Nak makan itulah, nak makan inilah..Manja betul.Hehe.Saya tak kisah pun lagipun bolehlah saya rileks banyak-banyak sementara mentua ada.Biarlah dia bermanja puas-puas.


Kelmarin dia meminta maknya buatkan onde-onde.Bila mentua saya bertanyakan tepung beras pulut, saya yang ingat-ingat lupa ni, cakap ada je kat cupboard.Rupanya tapioca flour.Dia tak faham pula English.Aduh..Tapi dah teruli adunan tu, saya bagi idea kalau letak ikan jd keropok lekor ni..Sebenarnya teringin nak makan keropok lekor bila tengok entry Penyubiru..


Disebabkan tiada ikan, mentua saya gantikan tuna dalam tin.Tadaa..akirnya siap juga keropok lekor.Rupanya memang pelik la sikit sebab dan terletak pewarna hijau.Rasanya pun sedikit liat mungkin terlebih air ketika menguli.Aduh..tak tercapai juga hajat nak makan keropok lekor.Nantilah dah sihat-sihat sikit nak buat lagi la..

15 comments:

Acik Erna said... [Reply to comment]

assalam Hamizah..bila lagi..masa ni le nak bermanja ngan mak dia kan..
mizah pun boleh tumpang bermanja sama..

Kakzakie Purvit said... [Reply to comment]

Bila sesekali dapat bertemu emak memang begitu tak kira anak dah bernikah atau belum.

Keropok lekor resepi MIL tu mesti goreng tak kembang ye....:) Tapi kalau emak buat mesti sedap. Lain kali cari tepung yg betul.

Kakcik Seroja said... [Reply to comment]

Alhamdulillah, masih boleh dimanfaatkan dari terbuang begitu sahaja. :)

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

keropok lekor versi baru..hehe..

Bibu said... [Reply to comment]

Hamizah pun tumppang le manja2 gan maknya.tp lain kan manja gan mak sendiri gan mak mertua

♥MAMASYAZA♥ said... [Reply to comment]

sementara mak masih ada, sudah semestinya kena bermanja, tambah2 jauh dari kampungkan

Zaitun said... [Reply to comment]

Biarlah hubby bermanja sementara masih ada.

Sedapnya keropok lekor.

sal said... [Reply to comment]

nampak cantiklh..
takpe buat mula2 memang gitu..
lama2 tu sedaplah..

nak ucapkan..

SELAMAT HARI IBU..MOGA SIHAT DAN BAHAGIA BERSAMA KELUARGA DAN DIRAHMATI ALLAH SELALU HENDAKNYA..AMEEN

azieazah said... [Reply to comment]

Hehehe... Keropok Lekor Hijau melengkor.. Kata orang, kita buat dia. Silap sikit kalu direpair, sedap juga dimakan, kan?

Selamat menyambut Hari Ibu bersama ibu mertua, HAMIZAH....

Hamizah said... [Reply to comment]

Acik erna,
kak erna ke ni?hehe
betul tanpa mentua membantu skang ni sapalah saya..
tq, ma..

Hamizah said... [Reply to comment]

kak zakie,
terubat rindu kat mak sdiri bila mentua ada..

insya Allah lain kali blh wat yg best!!

Hamizah said... [Reply to comment]

kakcik,
Alhamdulillah..


Nadiah,
bolehlah tiru ye..

Hamizah said... [Reply to comment]

kak ani,
bg saya sama mentua dgn mak sdiri..

Sya,
betul tu..
bila lg nak bermanja-manja..

Hamizah said... [Reply to comment]

kak zai,
jemputlah sekali..hehe


sal,
insya Allah menjadi juga lain kali..

Hamizah said... [Reply to comment]

kak azie,
dah xboleh direpair..
dah kaku..hehe