Sunday, May 8, 2011

Kisah Mak

Entry khas sempena hari ibu..


Semasa kecilnya mak saya sangat bijak orangnya. Semasa bersekolah dia sentiasa mendapat tempat teratas di dalam kelasnya.Tapi disebabkan kurang kesedaran, mak telah berhenti sekolah ketika darjah tiga. Memanglah sekolah agak jauh dari kampung mak~lebih kurang 10 km. Kawan-kawan pula ramai yang tak bersekolah. Menyebabkan mak tawar hati meneruskan persekolahan walaupun arwah datuk memaksa.

Umur 14 tahun mak disunting arwah ayah. Bila dah kawin mak mula berasa susah hidup bersama arwah ayah. Arwah datuk saya memang senang orangnya. Arwah ayah saya cuma seorang petani, anak pula ramai.Jadi mak terpaksa ke sawah membantu ayah.

Pagi-pagi dah keluar tengah hari pulang.Petang ke sawah lagi.Ketika itu jugalah mak terpaksa melihat kawan sekelasnya ketika bersekolah dulu berkereta pergi mengajar di sekolah menengah berhampiran rumah kami.Kawannya itu dulu bukan cemerlang pun semasa bersekolah, tapi disebabkan dia belajar hingga ke maktab dia mampu menjadi cikgu.



Dari situlah mak mula berazam nak didik anak-anak supaya rajin belajar dan berjaya dalam hidup. Mak selalu menyesal kerana berhenti belajar. Tapi kami sentiasa mengusiknya “Kalau mak jadi professor mungkin mak tak bertemu jodoh dengan arwah ayah. Manalah nak ada kami”.Itulah takdir hidup, kan?


mak saya sewaktu melawat kami Mac lalu..

Balik dari sawah mak akan masak untuk kami dan melakukan segala kerja rumah tanpa rasa penat. Kawasan rumah kami adalah bekas sawah, walaupun dah beberapa perigi digali namun airnya tak sesuai untuk diminum.Berbau dan payau.Terpaksalah mak memunggah air dari rumah jiran kira-kira 200m dari rumah. Begitulah kehidupan seharian mak. Tapi saya respek mak walaupun anaknya ramai tapi rumah kami sentiasa kemas dan bersih. Hingga sentiasa menjadi pujian jiran-jiran.

Hidup mak semakin tertekan bila arwah ayah meninggal ketika saya dan lima adik masih bersekolah.Beban Mak semakin bertambah bila adik saya kedua menghidap penyakit Skizofrenia.Tapi mak semakin tabah dengan dugaan hidup.Begitulah hebatnya mak saya.Alhamdulillah kami adik beradik berjaya kini.Yang sedihnya kesihatan mak kini semakin merudum.Saya sentiasa berdoa mak dipanjangkan umur dan tidak ada perkara buruk yang berlaku sepanjang saya di negara orang..

P/S: Syukur tidak terhingga kerana saya dikurniakan seorang ibu dan mentua yang sangat banyak memberi semangat dan dorongan..Semoga mereka sentiasa diberkati Allah dunia dan akhirat.Selamat Hari Ibu untuk semua Ibu-ibu..

11 comments:

Yunus Badawi said... [Reply to comment]

Emak Miza mmg seorg yg tabah. Bukan senang anak2 nak mengikut jejak langkahnya terutama membesarkan anak2 setelah ayah Miza meninggal dunia.

Slmt Hari Ibu utk Miza dan semua ibu2.

Fadzli Amir said... [Reply to comment]

Salam kenal....memang kalau nak ditulis tentang ketabahan dan keperitan arwah mak, mungkin berjilid2 novel agaknya...itulah mak-mak kita zaman dulu....jagalah mak selagi dia masih ada....

Anonymous said... [Reply to comment]

rasonyo sayo x setabah mok mie...
selamat hari ibu jugok utk mie.

maya amir said... [Reply to comment]

sangat salute dgn ibu hamizah.. sgt TABAH!

azieazah said... [Reply to comment]

Betul. Terlalu banyak perkataan jika hendak ditulis, terlalu sedikit ayat pula jika kita terkedu mengenang.

Segalanya begitu indah, kan?

Selamat menyambut Hari IBU buat HAMIZAH sekeluarga...

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

kuatnya kudrat mak akak. nadiah ni buat kerja sikit dah terasa letihnya..huhu..

selamat hari ibu kak! :)

anie,Nagoya said... [Reply to comment]

selamat hari ibu tuk Hamizah.n istimewa tuk ibu Hamizah n mak mertua.

sggh kagum dgn kesungguhan mak Hamizah.secara jujur titisan air mata tuk mak Hamizah seorg ibu yg tabah.tak pasti lagi kkanie boleh setabah mcm ibu Hamizah.

Zaitun said... [Reply to comment]

Itulah pengorbanan ibu.

Selamat hari ibu buat Hamizah.

hnyhar said... [Reply to comment]

sama2lah kita doakan kebahagiaan dan ketenangan buat ayahibu kita..tanpa mereka, kita tidak 'menjadi' seperti hari ini..

selamat hari ibu!!

cheqna said... [Reply to comment]

assalamualaikum kak
bila kenangkan pengorbanan ibu kita memang kompem akan nangis
semoga ibu2 kita akan sentiasa diberkati Allah...

Nida n' Hanafi said... [Reply to comment]

Selamat Hari Ibu buat Miza jua