Friday, January 29, 2010

Masih Mood Cuti Sekolah

Minggu ini adalah minggu yang terakhir Danish, anak saya yang sulung bercuti sekolah. Huh boleh tahan penat melayan dua hero..Macam-macam kerenah perlu dilayani. Saya kagum dengan mak yang mampu melayan kami sembilan beradik. Besarnya pengorbanan mak.

Danish sendiri sebenarnya memang tertunggu-tunggu cuti sekolah berakhir. Hari-hari dia akan tengok kalendar yang dibuatnya sebelum cuti sekolah baru ni yang saya gantungkan di ruang tamu kami. Dia sudah tahu melihat kalendar dan menghitung hari-hari persekolahan akan bermula. Budak-budak kat sini memang suka dengan sekolah. Sesekali dia teruja untuk menghitung hari kepulangan kami ke Malaysia!Kadang saya kesian tengok dia seperti saya, sentiasa menghitung hari..hehehe



kalendar yang menjadi rujukan Danish..

Macam-macam aktiviti perlu difikirkan supaya anak-anak tidak boring di rumah. Daripada mengaji al-Quran kepada melukis, membaca, mengira dan bermain. Semuanya perlu dipelbagaikan supaya mereka tidak hanya memenuhi masa dengan menonton tv..Biasanya waktu pagi saya beri mereka kebebasan untuk menonton kartun-kartun kegemaran. Kemudian barulah beraktiviti bersama ummi.

Susahnya nak mendidik anak. Kadang-kadang pelbagai alasan diberi bila diajak baca buku atau membuat kerja lain selain menonton tv. Banyak sangat daya tarikan tv. Sebelum cuti sekolah dia taklah banyak kerenah. Tanpa disuruh dia akan membaca buku-bukunya. Naik lemak pula sekarang ni..

Pernah suatu hari,bila diajak baca buku bersama, Danish memberi alasan dia sakit kaki. Bila ditanya sebabnya dia memberitahu dia tercekik tulang ikan kat kaki.Macamana tu?Ingat lagi tak saya dan kawan-kawan ada membuat keropok lekor?Sehari selepas tu saya goreng keropok yang masih berbaki entah macamana dia tercekik tulang semasa memakannya. Dua, tiga hari dia sakit tekak. Kemudian tulang tu telah sampai ke kakinya jadi dia tak boleh la buat apa yang saya minta.Bijakkan dia beralasan. Hai Danish,Danish..

Apa pun saya jarang nak memaksanya. Tunggu sehingga moodnya elok barulah disuruh semula.Harap-harap dengan bermulanya sekolah, semangatnya juga pulih kembali! Ummi pun boleh la rileks sikit hehehe

16 comments:

Ibuhani said... [Reply to comment]

betul tu.....anak2 mesti dididik dr kecil supaya pandai mengisi masa cuti sekolah. Kalau tidak....cuti sekolah mmg x der lah nak baca buku langsung. Terapkn pd anak2 yg buku wajib dibaca w/pun pd masa cuti sekolah.....selg bernama pelajar buku sekolah x boleh ditinggalkn. Slmt bercuti pd anak2 Hamizah :)

Unknown said... [Reply to comment]

salam ziarah

http://friendismirror.blogspot.com
http://memoridiri.blogspot.com
http://kembaratamantamansyurga.blogspot.com
http://rarwrites.blogspot.com

nadnye said... [Reply to comment]

Sama saje kan dimana2..TV tu macam glue plak. rasanya kene bacakan buku atau ajak baca buku yang dia suka setiap hari utknya, nanti lama2 suka la.. tapi betul la jangan paksa

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

tercekik tulang ikan kat kaki??? ahaha..kelakar juga danish ni

Hamizah said... [Reply to comment]

Ibuhani,
mmg dah tjwb ibu bapa kan..tp kdg2 alahai betul@ mencabar minda

Hamizah said... [Reply to comment]

nadnye,
itulah makin byk cuti byk pula kartun kat tv..

Hamizah said... [Reply to comment]

nadiah,
bila dah malasmmg byk la alasannya..

Chik Na said... [Reply to comment]

ha ha ha... pertama kali dengar org terkekik tulang kat kaki ... itulah antara kerenah anak yg membuat kita terhiburkan ...

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

hahha tulang sampai ke kaki , dasyat tu idea anak akak tu. brilliant betul dia hik3x

Nida n' Hanafi said... [Reply to comment]

Salam Mizah..

Samalah anak2 Nida pun Rabu depan akan naik sekolah... mereka duk menghitung hari je nak ke sekolah.. nak main panjat2 katanya.

Hamizah said... [Reply to comment]

Chik Na & Yatie,
itu pjg je akalnya kalau dah xmau..kdg2 xterkontrol juga marah si ibu ni..hehehe

Hamizah said... [Reply to comment]

Nida,
kat sek mcm2 mainan ada..tu yang tak sabar2 tu..cuti sekolah kat nz sama rupanya dgn oz..

Murni Alfathunnisa said... [Reply to comment]

Salam,

itu lah budak2 nama nya. kadang2 alasan yang diorang bagi buat kita ketawa sendiri, kita pun dah lalui zaman tu..hehe

Hamizah said... [Reply to comment]

salam siti murni,
betul mak dia pon ala-ala g2 jg masa kecik..like mom like son..hehehe

mamaarifakeemaisy said... [Reply to comment]

hehe..kreatifnye danish memberi alasan! ^_^...susah jugak nak mendidik anak2 di zaman teknologi sekarang kan..huhu..hope anak2 kita akan sentiasa berada di landasan yg benar! mmg kagum ngn makayah dedulu mampu mendidik anak2 yang ramai!

Hamizah said... [Reply to comment]

mamalieyna,
insya Allah kita mampu..mmg akak jg sgt kagum dgn makbapak dedulu..gigihnya mereka kan