Saturday, January 23, 2010

Dah Besar Rupanya Anak Ummi

Bila tidur malam, si anak saya yang besar, Danish akan masuk tidur ke biliknya..Si Danial? Pasti berlenggang mengikut ummi. Dia tidur bersama saya. Entah macamana semalam, saya tercakap padanya yang dia dah besar jadi kenalah tidur bersama abelong. Dia pun terus keluar bilik untuk tidur di bilik abelongnya. Saya pun segera turut mengekorinya. Bukan apa nak dengar diorang membaca surah-surah pendek sebelum memejamkan mata. Selesai mereka baca, saya kembali ke bilik.


inilah wajah yang membuatkan tidur ummi tak lena..


Mata saya yang tadi memang berat, memang mengantuk sangat-sangat jadi segar bugar balik. Rasa tak tenang untuk tidur bila Danial tiada bersama. Mengiring tak kena, melentang tak kena. Serba tak kena. Biasanya sebelum tidur, kami akan berborak-borak, dia akan cium saya berulang kali. Itulah menyebabkan saya tidak lena untuk tidur. Hampir setengah jam melayan mata, dia masuk ke bilik saya. Rupanya dia pun tak boleh tidur tanpa saya. hehehe..Kat katil dia terus melakukan kebiasaannya. Hai macamana nak berpisah tempat tidur ni. Dah empat tahun umurnya. Nanti kalau dah beradik pasti sendat katil dibuatnya.

Rasanya kena usahakan juga supaya dia tidur asing sedikit masa nanti. Kena tunggu dia betul-betul lena sebelum meninggalkannya. Tapi si mak macamana?Mampukah tidur tanpa si anak manja ni. Hehehe..Tak pa la kot, nanti dapat baby baru. Itulah anak tak tersedar pun, dia dah besar rupanya. Apatah saya masih memanggilnya Baby. Dengan si Danish dulu tak terasa sangat mungkin sebab dia belum pun tiga tahun dah dapat adik..Macam-macam

18 comments:

Ummu Ammar said... [Reply to comment]

Mizah..

Sweet la coretan awak ni..Macam tu la naluri ibu kan? Saya pun dgn Afiq mcm tu..mesti ada saya kalau nak tidur..duk dlm kete pun mesti duk depan dgn ummi..tapi kata org kalau dah ada adik nanti, secara automatik dia akan pandai bawa diri dan berdikari..awak ok la, tak lama dah..tapi saya ni bila lg la yer...

Dayah said... [Reply to comment]

dah besar anak2 kak Mizah...nanti bila anak saya dah besar mcm tu pun mesti pikir mcna nak pisahkan bilik..

Hamizah said... [Reply to comment]

Pah,
oh Afiq pun masih tido bersama ke?Insya Allah dia mampu berdikari nanti.Sabarlah ye Pah..cian plak bila yang diharap-harap xdpt2.saya rasa awak kena berubat.ada juga wanita yg mandul sekunder.cuba la yer

Hamizah said... [Reply to comment]

Dayah,
Susah juga sebenarnya nak pisahkan bilik anak-anak ni.kalau Danish dulu kena beri hadiah br tbiasa..

Nida said... [Reply to comment]

Salam Mizah..

Ala... siannya, Nida dah alami perkara tu.. tak lena tanpa si kecil di sisi.. tapi lama2 oklah tu..:)

Ibuhani said... [Reply to comment]

Salam Hamizah.....Danial comeii :)
Tak per nanti dah ada baby dgn sendiriknya Danial akan gi tdo ngan abang dia....

Hamizah said... [Reply to comment]

wsalam Nida,
ye la kan harap ok la nanti..

Hamizah said... [Reply to comment]

ibuhani,
insya Allah..sukarnya nak melepaskan anak rupanya..ini belum nak menerima menantu lg ni..hehehe

rosma said... [Reply to comment]

salam kak mizah...cute n3 nih...comey je pe'el daneal n mamanyer...

fa10 said... [Reply to comment]

saya pun duk pikir lagu mano nok pisah tidur ngan uzma. awla dulu dr baby lg mmg tido asing. daneal tahu doh ko nok buleh adik? takut terkejut la pulok dio mama ado buah hati baru

Hamizah said... [Reply to comment]

wsalam rosma,
like son like mom hehehe..

Hamizah said... [Reply to comment]

ten,
samalah dgn saya Danish sng je nak ajar. ni terlabih manja dah si Danial tu ssh plak.dia dah tau nak dpt adik xcited ssgt nak adik tp msh nak tdo dgn mak..

mamalieyna said... [Reply to comment]

ooh dah besar tu 4 tahun..cuba2..nanti lama2 oklah tue..eeii..nak tambah baby eh, saya setuju! ^_^

Hamizah said... [Reply to comment]

mamalieyna,
insya Allah biasa la dia nanti.baby baru otw.Insya Allah bulan sept..

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

hehe..sweet la baca part danish cium2 sebelum tidur ;)

Hamizah said... [Reply to comment]

itulah anak manja ummi ni..susah pulak dibuatnya

nadnye said... [Reply to comment]

bab nie memang susah tapi takpe nanti bila dah beradik tahu jea dia bawak diri..

Hamizah said... [Reply to comment]

nadnye,
insya Allah..