Saturday, January 9, 2010

Crabbing @ Peel Beach, Mandurah

Saya baru sahaja balik dari Peel Beach Mandurah, salah sebuah daerah di Western Australia. terletak kira-kira 100km dari rumah. Bulan Febuari, tahun lepas ketika mula-mula sampai ke Perth ni dah pergi ke sana. Tahun ni pergi lagi sebab program ni adalah anjuran MyPSA khas untuk barisan exco. Tapi kami tak join mereka ni kerana mereka memilih tempat yang jauh dari tandas dan playground. Bimbangkan anak boring dan kesukaran untuk 'qada hajat'. Kami berpindah tempat.



elok je kan tempat ni untuk berkelah

sukanya dapat main

Saya ke sana bersama family Syahrul dan Ima sahaja. Tak seronok juga sebab biasanya kalau berkumpul mesti ada kelima-lima famili yang satu uni dengan abang. Sampai ke sana kaum bapa tak sabar-sabar untuk crabbing, sampai tak sempat makan walaupun belum sempat breakfast kerana kami bertolak seawal 6.30 pagi. Tapi suasana dengan summer dah sampai kemuncaknya ni seolah-olah dah pukul 9 pagi. Cuaca elok je hari ni 29 darjah celcius. Memang nyaman untuk berkelah, sayangnya kali ni air laut kurang, mungkin baru lepas surut, sehinggakan berbau lumpur di mana-mana.. Sesak hidung kami dibuatnya..

sedang uji saiz ketam sesuai ke tidak nak dibawa pulang, kalau tak lepaskan semula

dengan muka gerun, nak cuba pegang juga..


Mujur kami memilih tempat ini, sambil-sambil tunggu suami menangkap ketam anak-anak dengan bebasnya bermain kat playground. Dapatlah ibu borak-borak. Kalau tak jenuh la nak melayan kerenah anak yang keboringan. Setelah 1 1/2 jam berada di tengah laut, kaum bapa naik dengan sebaldi ketam hasil tangkapan. Macam isteri nelayan pula ye..asyik tunggu suami ke laut semenjak dua menjak ni. Tapi itulah rutin musim summer kat sini. Tapi yang peliknya selain kami, memang tiada mat saleh yang menangkap ketam sebab tulah banyak kami dapat.

Untuk pengetahuan semua, saiz ketam yang ditangkap mestilah tidak melebihi 12cm dan hanya dihadkan 10 ekor untuk setiap penangkapnya. Kalau nasib tak baik, jumpa ranger, tak pasal-pasal kena denda. Bab undang semua straight kat sini. Memang penguasa tak makan rasuah. Alimnya mereka, kan. Saya sangat kagum dengan mereka walaupun menyusahkan, mereka tetap patuhi undang-undang..

Insya Allah jumpa lagi kat Peel Beach tahun depan        

12 comments:

Dayah said... [Reply to comment]

besar2 jugak ketam tu ye kak mizah..kenapa ada limit pulak nak tangkap ketam..supaya sorang skit dpt hasil ek../??

Nadiah Sidek said... [Reply to comment]

saiz ketam tu..mmg diletakkn syarat kat situ ye? seronoknya la. sini takde laut. huhu..

Hamizah said... [Reply to comment]

Dayah,
ada limit sbb diorg memang menjaga ekologi spy tak pupus..

Nadiah,
syarat memang disediakan kat website nya.akak ni mmg sentiasa ditakdirkan tggal ditepi laut, kat tganu sblm ni pon, dekat je dgn pantai penarik, setiu

Ibuhani said... [Reply to comment]

bestlah duduk tepi laut! Dpt tgkp ketam yg fresh lg....

Hamizah said... [Reply to comment]

saya dah jatuh cinta dgn Perth ni..kota yang tenang.ketam ni pon adamusimnya ibu hani, bukan selalu ada

fa10 said... [Reply to comment]

bab rasuah mmg setuju la... org sini pun x makan rasuah, jauh sgt klu nak bandingkan ngan negara kita. sedih kan?

Hamizah said... [Reply to comment]

fa10,
gitu la bila agama diketepikan, etika pon xdigunapakai..diorg ni mmg xtaupasal agama tp sgt menitikberatkan etika

Myza Pesona said... [Reply to comment]

Bestnya dapat tangkap ketam! Kat Msia harga ketam pun dah dekat RM20/kg. Mesti puas makan ketam kat san, hehehe

Ummu Ammar said... [Reply to comment]

Mizah..

Kt setiu hari-hari bleh makan ikan2 segar...sekarang musim udang..tak rindu ker?

Hamizah said... [Reply to comment]

Myza pesona,
memang best..Myza ketam fresh, best je isinya

Pah,
Bab ikan segar tak teringat sangat.. kalau suami g mancing mmg dpt makan ikan sgr juga kat cni..saya, kalau udang dan sotong, kureng ckit..dok rindu sgt kat fast food sbb iklan byk sgt..

yatie chomeyl said... [Reply to comment]

itulah kan kak, polis kat sini pon x amik rasuah. klu semua polis msia mcm ni kan bagus

Hamizah said... [Reply to comment]

ye la, yatie.sbb tu diorg maju kan..